[27 Sya'bn 1438H]

26 3 0
                                    

Peserta-peserta daripada wakil kumpulan memulangkan semula kain-kain yang diberikan oleh Kak Jannah. "Alaaa...mana boleh macam tu..! Dorang main tipu!" Kedengaran tuduhan daripada ahli kumpulan Aini. Biasalah, kalah menang adat pertandingan. Yang menang pula semestinya tidak lain dan tidak bukan ialah kumpulan Qiestina.

"Dah, dah. Masuk, beratur ikut kumpulan balik. Kumpulan yang barisannya cantik, lurus, dan paling cepat duduk...akak tambah markah!" Kak Hani mengatur balik adik-adik peserta DINA 1437H yang haru-biru mengomel tentang aktiviti tadi. Hujan pun sudah berhenti beberapa minit yang lalu. Jadi, tidak perlulah Kak Hani terjerit-jerit hendak memberi arahan kepada mereka.

Terkejar-kejar budak-budak itu masuk ke dalam kumpulan masing-masing. Namun, kali ini bukan kumpulan Alya dan Qis yang berjaya memenangi cabaran Kak Hani tersebut, sebaliknya ialah kumpulan Aini. Kumpulan Farhah pula masih lagi mengekalkan momentum yang sederhana sejak hari pertama kem berlangsung.

"Hahahaha, kumpulan Qis kalah. Barisan kumpulan Aini juga yang paling bagus." Kak Hani sengaja nak mengusik. "Eh, awak ni. Sopanlah sikit. Ada ke fasi perangai macam ni." Kak Jannah menegurnya serta-merta, dengan berbisik. Kak Fitrah pula menjeling tajam dari tepi. Begitulah senaman mata Kak Fitrah setiap kali Kak Hani tidak mengawal gelagatnya yang aneh-aneh di hadapan peserta.

"Awak tu dah la Ketua Fasi, senonoh la sikit perangai tu bila depan budak-budak ni.." Giliran Kak Fitrah pula bermonolog dalam hatinya.

"Err, hehe. Maaf, maaf." Kak Hani menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dilihatnya Qis bersilangan tangan sambil menarik mukanya yang tidak berapa nak garang sebab mukanya memang comel! Serius, tak tipu. Itu tanda dia protes agaknya, manakala Kak Fitrah pula turut menggaru kepalanya yang juga tidak gatal kerana seakan-akan suara hatinya itu tadi didengari oleh Kak Hani.

Kalau fasi lelaki berjangkit-jangkit gejala merepek, fasi perempuan ini pula berjangkit-jangkit tingkah laku menggaru kepala. Kalau nak tahu, gaya mereka menggaru ini tak sama macam monyet. Gaya mereka ini lain sikit. Sebenarnya, tidak perlulah nak bayang macam mana gayanya.

Kak Hani menyambung kembali agenda petang itu sebelum melepaskan peserta untuk balik berkendiri di bilik penginapan, "baiklah, seronok kan main cari-cari tadi? Sekarang ni, akak serahkan kepada Kak Fitrah untuk terangkan kenapa kita main aktiviti tu. Apa nama permainan tu?"

"Siapa Jumpa Dia Kaya!" Peserta-peserta itu menjawab. Kali ini Alya pula yang paling kuat suaranya kerana adiknya masih tidak habis lagi merajuk dengan usikan Kak Hani. Sensitiflah katakan.

Kak Fitrah pun tampil ke depan. Mikrofon tidak lagi perlu untuk digunakan kerana hujan sudah berhenti. Kalau digunakan pun risau bergema-gema suara dalam dewan itu nanti, tidak jelas pula peserta-peserta mendengar penjelasan Kak Fitrah.

"Terima kasih, Kak Hani. Sebelum akak teruskan, siapa kat sini boleh bagitahu akak apa yang dia buat tadi? Akak nak orang yang ikat kain kat mata, meh sini cakap kat depan kawan-kawan." Maka, bangunlah seorang anak kecil daripada barisan kumpulan Farhah, laju dia ke depan. Dia pakai baju belang-belang hitam putih, tudung pula berwarna kelabu.

"Ok, sebelum tu perkenalkan diri dulu." Kak Fitrah mengarahkan.

"Nama, Amanina. Panggil Nina."

"Umur?" Kak Fitrah menambah.

"Umur Nina 8 tahun." Jawab Nina sambil menghayun-hayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

"Lah, janganlah pandang akak. Tu, pusing pandang kawan-kawan tu. Sekali lagi." Kak Fitrah tidak berpuas hati dengannya. Nina pun memusingkan badannya mengikut seperti yang kakak fasi itu suruh.

"Nama Nina, 8 tahun, hihihi.." makin ringkas pula jawapan Nina, malu barangkali tetapi badannya masih lagi terhayun ke kiri dan ke kanan. Tangannya pula dah diangkat menutup mukanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Pemudah CaraWhere stories live. Discover now