BAB 16

1.5K 79 1
                                    

"Nak kena buat apa pula sekarang?"

"Perdayakan Danish tu supaya percaya yang kau nak melabur dekat syarikat dia and then make sure dia tak syak apa-apa. Act like we don't know each other. Get it?"

"Yes!"

*************

Baju kotor dicampak satu persatu di dalam mesin basuh. Butang yang terdapat pada mesin basuh itu ditekan beberapa kali. Penutup ditarik dan menutup mesin basuh tersebut.

"Haih..penatnya" Keluh Bunga sendirian.

Mana taknya? Tadi dia kena basuh pinggan, kemas dapur, mop lantai, kemas bilik, vakum ruang tamu, lap barang-barang antik guna pengilat, tukar cadar tilam, buang sampah, cuci kereta dan sekarang basuh baju.

"Assalamualaikum" tiba-tiba kedengaran salam dari luar rumah.

Bunga mencapai tudung bawal creape lalu menuju ke pintu utama .Salam dijawab lalu pintu dibuka.

Bunga tercenggang.

"Datin Rafidah?"

***************

"Jemputlah minum auntie" kata Bunga sambil menuang air ribena di dalam gelas yang dibawanya tadi.

"Terima kasih" Datin Rafidah tersenyum kelat. Sebenarnya dia rasa bersalah dengan gadis dihadapannya ini. Selepas kejadian Rafiq yang ditangkap bersama gadis ini di dalam bilik, dia bertindak memaki hamun dan mencerca gadis ini. Sekarang dia sudah tahu kebenarannya.Rafiq yang sengaja mencari pasal.

"Auntie?" Datin Rafidah tersentak. Wajah bujur sirih itu dipandang.

"Ya kenapa Bunga?" soalnya.

"Bunga cakap, mak dan ayah takde dekat rumah. Kak Dahlia keluar dengan kawan-kawan. Abang Danial ada lah dekat atas. Auntie nak jumpa siapa?" ulang Bunga kembali. Mungkin wanita separuh usia itu ada masalah sehingga tidak dengar percakapannya tadi.

"Ouh..auntie datang sini nak jumpa Bunga..macam ni lah..auntie nak mintak maaf sebab tak percayakan Bunga dulu,auntie nak mintak maaf jugak sebab dah tuduh dan hina Bunga macam-macam. Sekarang auntie dah tahu siapa yang salah antara kamu dan Rafiq" Terang Datin Rafidah.

Bunga tersenyum nipis."Tak apa lah auntie..Bunga dah lama maafkan auntie. Lagipun benda dah berlalu.Tapi kalau tak keberatan, boleh tak Bunga tau kenapa Rafiq fitnah Bunga sampai macam tu sekali? Seingat Bunga, Bunga tak pernah kenal dan ada apa-apa masalah dengan Rafiq"

Datin Rafidah telan air liur."Terima kasih lah sebab tak berdendam. Bunga ingat tak masa majlis resepsi kenalan Faiz, Maya? Rafiq berkawan rapat dengan Faiz jadi auntie dan keluarga hadir ke majlis tu. Kebetulan Bunga, Dato' Danish dengan Datin Siti pun hadir dekat majlis ni. Bunga tak ingat yang Bunga ada marah dan tengking seorang lelaki depan khayalak ramai? Itulah Rafiq.Tapi mungkin Bunga tak ingat sebab Rafiq kemalangan dan telah menyebabkan mukanya hancur. Jadi auntie cadangkan Rafiq buat pembedahan plastik dan ianya berjaya. Auntie rasa Rafiq nak balas dendam sebab Bunga dah malukan dia di depan semua orang. Waktu tu mungkin mak Bunga tak sedar yang auntie ikut sekali dalam majlis tu sebab auntie balik awal kerana urusan yang penting" kata Datin Rafidah panjang lebar.

"Bunga ingat.Tapi Bunga betul-betul tak sedar yang Bunga marah tu Rafiq. Bunga mintak maaf lah buat anak auntie macam tu.Tapi perbuatan Rafiq memang melampau sebab dia dah peluk Bunga depan mak dan ayah. Bunga tak sangka Rafiq adalah orang yang sama memalukan Bunga depan mak dan ayah" Patutlah muka Rafiq tiada sedikit cela pun sekarang. Bunga menarik nafas dalam. Perkara itu terlayar kembali.

Ketika itu Bunga sedang mencari ibu dan ayahnya.Tiba-tiba seorang lelaki yang dikenali menegur Bunga.

"Hai awak" Bunga memandang pelik ke arah lelaki itu. Bukan kerana rupa parasnya tetapi kerana perlakuannya yang sedang memintal-mintal tali leher yang dipakai dengan gedik.

Bunga tersenyum lalu membuka langkah ingin beredar dari situ.
Belum pun sempat kakinya melangkah, lelaki itu menghalangnya.

"Ops..nak pergi mana? Saya cuma nak berkenalan dengan awak. Janganlah sombong sangat" Kata lelaki tadi

"Saya mintak maaf encik, tapi saya tak kenal siapa awak. Sekarang ni saya nak cari ibu dan ayah saya. I've no more time"
Nafas kasar dihembuskan.

"I need to talk with you. My friend challenge me to take you out as a girlfriend"

"Go find another girl, I'm not interested"

Akibat tidak puas hati, lelaki itu memeluk pinggang Bunga kerana mahu menghalangnya dari pergi.
Masa itu jugalah mak dan ayahnya bertemu dengannya.

"Bunga! What is going on here?!" tengking Dato' Danish.

Bunga bertindak menampar muka lelaki tersebut lalu berkata

"listen here, saya betul-betul tak kenal awak dan saya tak berminat dengan tawaran awak! Not because of your face but your attitude! How dare you hug me infront my mom and my dad!" Bunga berpaling ke arah ibu dan ayahnya

"Bunga tak kenal dia mak, ayah..kalau tak percaya boleh tengok cctv" kata Bunga yakin.

"Okay thats enough, So now let's go..Maya is waiting for us" kata Datin Siti lalu menarik Bunga berlalu dari situ bersama-sama Dato' Danish meninggalkan lelaki yang tidak dikenalinya sendirian.

END FLASHBACK

"Bunga? Auntie nak kena balik ni, suami auntie baru call suruh auntie balik cepat.Terima kasih air tu." Datin Rafidah tersenyum manis.

Bunga yang baru tersedar dari lamunannya membalas " ouhh ok auntie sama-sama."

"Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam"

Bunga menutup pintu.Sekarang dia sudah tahu kenapa Rafiq menfitnahnya dulu. Dia harus meminta maaf!

*****************

Bunga meliarkan pandangan di sekitar kelas.
"Mana Rafiq ni?" keluh Bunga sendirian.

"Hi sayang" tiba-tiba Rafiq menyapanya dari belakang.

Bunga yang mendengar suara Rafiq berpaling ke belakang.

"Rafiq? Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak" Bunga menepuk kerusi sebelahnya yang kosong.

Rafiq yang memahami terus duduk di sebelah Bunga.

"Apa yang you nak cakap?"

"Saya nak minta maaf kat awak. Saya dah tahu kenapa dulu awak buat macam tu dekat saya"

Rafiq memandang tepat ke mata Bunga.
Bunga yang tidak selesa melarikan matanya.

"I tak rasa you ni orang yang baik Bunga. Dulu you tak pandang langsung muka I."

"I'm sorry Rafiq. But you're too much. Awak dah peluk saya depan mak dan ayah saya dan itu telah meruntuhkan kepercayaan mereka kepada saya. Lagipun awak yang tergedik-gedik waktu tu. Sebab tu lah saya pandang awak pelik"

Rafiq tergelak kecil.

"Okey lah..I mengaku yang memang I gedik waktu tu. I saja buat macam tu nak tengok apa pandangan you
dekat I. Macam ni lah. Apa kata kita lupakan segalanya dan kita kawan?"

Bunga terkedu "Tapi...awak..."
"Oh..yang tu..er..thanks sebab awak dah nasihat saya waktu tu...saya dah sedar. Mesti awak tak nak kan kawan dengan saya kalau perangai saya masih macam tu?" tanpa sedar kata ganti nama diri telah bertukar.

Bunga menghembus nafas lega.

"Friend?"

"Friend!"

**************
Tired..
Vote and comment.

Abaikan typo

☁🎈🎈☁🎈🎈☁
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
☁🎈🎈🎈🎈🎈☁
☁☁🎈🎈🎈☁☁
☁☁☁🎈☁☁☁

PERGI (COMPLETED)Where stories live. Discover now