KYAIRA 22

33.6K 659 146
                                    

Kyaira merapikan baju yang tersarung ditubuh lampai dia sambil memusing2kan badan dihadapan cermin.. Simple tapi nampak cantik dengan dua warna yang berlainan

Setelah berpuas hati dengan apa yang tersarung ditubuh kyaira melangkah menuruni tangga.. Setiba di bawah kyaira menoleh kebelakang bila nama nya dipanggil

"Cik kyaira nak kemana?" Tanya mak piah.. Kyaira mendengus kasar

"Keluar.. Ada event.. Kau ni dah tak ada kerja lain ke kat dapur tu? Sampai ke sini menyibuk hal aku.." Ujar Kyaira sinis dan terus berjalan keluar..  Mak piah hanya tersenyum kelat

Kyaira masuk ke dalam kereta dan keluar kan handphone dan mencari nama iskandar dalam aplikasi whatsapp

'Aku nak keluar ni.. Ada event.. Tak tahu balik bila' kyaira send tapi hanya ada 1 tick sahaja yang keluar

"Satu tick je?"

Kyaira mencebik dan hidup kan kereta dan keluar dari perkarangan rumah bergerak membelah malam

Iskandar beri salam dan melangkah masuk.. kaki nya diorak ke tangga.. Dibukak pintu bilik dan buka suis lampu.. Kosong.. Iskandar melepaskan keluhan.. Keluar lah lagi lah ni.. Iskandar cas handphone yang dah k.o sebelum keluar semula pergi ke dapur..

Tekak yang kering ibarat gurun sahara minta disejuk kan dengan kadar yang laju.. pintu peti ais dikuak.. Dikeluarkan sirap sejuk dituang ke dalam cawan sebelum duduk dimeja dapur..

Mata nya berkalih bila terlihat bayang orang masuk ke dapur

"Mak Piah" Tegur Iskandar lembut.. Wajah tua Mak Piah dilihat.. timbul satu rasa kesian diusia2 senja macamni masih kuat untuk mencari rezeki

"Iskandar.. Nak makan tak? Mak piah panas kan lauk" Tanya mak piah mengejutkan lamunan rasa kesian Iskandar yang menebal.. Air sirap diteguk perlahan

"Takpe mak piah.. Saya dah kenyang.. Mak piah saya nak tanya sikit" Ujar iskandar.. Mak piah tarik kerusi dan duduk di depan iskandar..

"Tanya apa iskandar?" Tanya mak piah perlahan..

"Kyaira ada cakap dengan mak piah yang dia ada pergi ke mana?" Soal iskandar.. Air sirap yang masih tersisa dicawan diteguk habis

"Ada tadi.. Kyaira cakap nak ke mana tu aven , eben.. Entah mak piah pun tak reti nak nyebutnya" Jawab mak piah.. Iskandar tersenyum dan mengganguk kan kepala

"Event? Takpa lah.. Ni mak piah bangun nak apa? Is boleh ambik kan" Tanya iskandar seraya bangun bawak cawan ke singki

"Nak air.. Haus pulak tekak nya malam2 ni" Jawab mak piah memandang iskandar tengah basuh cawan dan letak ke tempat nya dan capai cawan kering dibawak ke peti ais tuang air sirap sejuk..

"Is.. Mak Piah nak tanya sikit tapi is jangan ambik hati ya" Wajah Mak piah dipandang lembut.. Senyuman manis diukir..

"Tanya apa tu mak piah? Serius bunyi nya ni" Soal Iskandar .. Cawan yang berisi air sirap di letak dihadapan Mak Piah sebelum  punggungnya diletak semula dikerusi tadi.. Niat nya untuk naik ke bilik dibatal kan serta merta

"Maaf kalau Mak Piah tanya.. Is tak ada ke nasihat kan Kyaira? Mak piah bukan apa.. Mak piah tengok is ni baik orang nya.. Hormat orang tua.. Tak pernah lagi Mak Piah tengok is marah2 tapi bila Mak Piah tengok Kyaira.. Jauh betul perangai dengan is" Ujar Mak Piah panjang lebar.. Iskandar tersenyum kelat..

"Ada Mak Piah.. tapi Insha Allah mudah mudahan satu hari nanti Kyaira berubah.. Saya buat apa yang terdaya.. Selebihnya saya serah pada ALLAH" Mak piah mengangguk2 kan kepala

KYAIRAWhere stories live. Discover now