KYAIRA 5

33.8K 461 7
                                    


"Assalamualaikum.. Mak leha.. Assalamualaikum" Suraya beri salam.. Sayup2 terdengar suara perempuan jawab dari dalam rumah.. Pintu rumah terkuak.. Suraya tersenyum bila mak leha keluar buka pintu pagar yang terkunci

"Lahh suraya.. Mak leha kat dapur tadi.. Tu yang lambat buka pintu.. Ni kejap mak leha bukak pagar ni hah" Ujar mak leha sambil bukak kunci pintu pagar..

"Takpa lah mak leha.. Bukan lama pun sue tunggu" Kata suraya sambil salam dan cium tangan mak leha.. Dipeluk erat tubuh mak leha..

"Mak leha.. Ni sue ade bawak kuih kesukaan mak leha.. Kuih nona manis.. Suka kan? Kan? Kan?" mak leha menepuk perlahan lengan suraya.. Suraya tersengih..

"Lah.. Susah2 je bawak.. Dah masuk jom.. Apa diri tengah panas ni" Ajak mak leha diikuti suraya.. Suraya terpandang motor ex5 biru.. 'Dia ada ke?' Bisik hati suraya.. Dada suraya mula berdebar perlahan.. Suraya pergi dapur ikut mak leha.. Suraya letak kuih nona manis atas meja makan.. Dah disuruh duduk je kat ruang tamu tapi suraya berdegil nak ikut ke dapur..

"Takkan lah sue nak duduk kat ruang tamu.. Tak manis lah mak leha.. Biar lah sue ikut mak leha" Kata suraya dipeluk bahu mak leha.. Mak leha menepuk tangan suraya..

"Mak leha sorang ke kat rumah?" Tanya suraya sambil bancuh air teh o..

"Tak lah.. Angah ada tp kat mana entah budak tu.. Sue dari mana ni?" Soal mak leha sambil menyambung goreng karipap daging..

"Dari rumah.. Lepas ni nak ke bandar kejap.. Ada nak beli barang" jawab suraya.. Dah siap air teh o. Suraya pergi rak2 pinggan dan capai pinggan kemudian susun kuih nona manis.. Dia menoleh melihat mak leha tengah angkat karipap yang dah siap goreng masuk dalam mangkuk..

"Sini mak leha.. Biar suraya buat.. Mak leha duduk je sana" Kata suraya tersenyum sambil tangan dia ambil alih sudip dari tangan mak leha.. Mak leha tersenyum.. Suka dengan budi pekerti suraya.. Suraya angkat karipap dalam mangkuk dan susun dalam mangkuk kaca.. Tangan suraya beku bila terdengar pintu bilik air terbuka dan suara lelaki terbatuk.. Suraya laju letak karipap dalam mangkuk kaca.. Gugup jadinya.. Iskandar terkejut bila terlihat seorang perempuan bertudung berdiri di meja

"Hah ngah.. Lama sangat kat bilik air tu buat apa?" Soal mak leha memandang anak bujang nya sorang ni.. Mata iskandar tertancap pada suraya yang membelakangkan nya.. Iskandar mengalih kan pandangan..

"Sakit perut mak.. Tetiba harini buat hal.. Tak tahu sebab apa" Kata iskandar lemah.. Petang ni je dah berapa kali dia berjumpa dengan 'Sahabat' baru dalam bilik air tu..

"Angah.. Ni suraya.. Akak shamil yang mak cakap semalam tu.. Hah suraya.. Tu iskandar.. Yang mak leha selalu cerita tu" iskandar menoleh melihat suraya yang masih membelakang kan dia.. Suraya angkat kepala melihat mak leha.. Dia menoleh kebelakang melihat iskandar..

"Assalamualaikum" Ucap suraya sambil menunduk dan memandang ke hadapan.. Mengadap karipap.. Dada suraya seakan mahu pecah.. Wajah yang dia hanya lihat di dalam gambar sekarang dah dapat lihat secara berdepan.. Lebih handsome dari dalam gambar..

"Waalaikummusalam" Jawab iskandar.. Iskandar terkaku di situ.. Ye air muka perempuan bernama suraya itu sangat tenang.. Sedap mata memandang walaupun tidak sampai seminit iskandar melihat..

"Iskandar.. Bawak karipap dengan kuih ni.. Letak depan kita minum sama" Iskandar terpampan.. Minum sama? Iskandar mengambil bekas berisi karipap dan kuih nona manis dibawak ke meja.. Di ikuti mak leha dan suraya yang menatang cawan dan air teh o.. Iskandar duduk.. Mata dia melihat ke arah tv yang menayang kan cerita..

"Ni kuih nona manis.. Suraya bawak.. Nah" Kata mak leha.. Mak leha hulur pinggan berisi nona manis ke arah iskandar.. Iskandar menyambut sambil tersenyum pada mak leha.. Suraya tunduk kan kepala.. Ambil air teh o dan minum perlahan.. Cuba buang perasaan debar bila terlihat senyuman iskandar.. Manis ditambah dengan lesung pipit bertambah2 gula jadinya..

"Sue bila balik johor?" Soal mak leha..

"In Shaa Allah.. Dalam hari rabu sue balik jb.. Lagipun dah lama tak balik sini.. Tu yang apply cuti lama sikit" Jawab suraya.. Mata suraya pandang wajah iskandar yang tengah leka tengok tv.. Suraya mengalih pandangan melihat mak leha.. Aduhaii mata.. Jaga sikit mata tu..

Setelah berbual panjang.. Suraya mintak diri lepas basuh pinggan apa yang patut.. Tak elok lah datang rumah orang tinggal kan semua.. Lagi2 dengan orang yang kau kenal sangat.. Iskandar awal2 dah pergi bilik air.. Suraya bunyi kan hon kereta.. Suraya tersenyum bila teringat wajah iskandar yang tengah tersenyum.. 'aduhh.. Angau lah ni' bisik hati suraya.. Suraya menampar2 pipi..

Iskandar keluar dari bilik air sambil pegang perut.. Iskandar terjengah2 ruang tamu.. Risau kalau suraya masih belum balik.. Tadi masa dia ke bilik air.. Suraya tengah basuh pinggan.. Setelah yakin suraya dah takda iskandar duduk di ruang tamu dan baring di sofa.. Sumpah lutut dia sekarang tengah bergoyang.. Lemah otot2 kaki iskandar rasa sekarang.. Mak leha lihat iskandar.. Dah teruk ni..

"Angah ok tak ni? Dah berulang pergi bilik air tu.. Taknak pergi klinik ke ngah?" Tanya mak leha kerisauan tengok keadaan iskandar.. Lemah lemau semacam je ni..

"Takda apa lah mak.. in Shaa Allah angah ok je.. Nanti elok lah ni" Jawab iskandar lemah.. Rasa nya malam ni kelas mengaji terpaksa dibatalkan.. Badan lemah betul iskandar rasa sekarang..

"Mak nak tanya ni" Kata mak leha berhati2.. Iskandar menoleh dan bangun dari baring.

"Apa dia mak?" Iskandar memandang wajah mak leha yang tengah tersenyum bahagia..

"Angah rasa suraya tu macam mana?" Tanya mak leha.. Iskandar terdiam.. Suraya?

"Ok.. Cantik.. Sopan santun.. Tulah apa yang angah tahu setakat ni.. Kenapa mak tanya?" Soal iskandar.. Mak leha membetulkan duduk..

"Tak berkenan ke? Mak berkenan sangat dengan suraya tu" kata mak leha teruja.. Jelas diwajah mak leha tengah gembira.. Iskandar tersenyum sedikit..

"Angah serah pada jodoh mak" balas iskandar perlahan.. Entah lah.. Hati dia seolah menidakkan kehadiran suraya.. Lagipun.. Suraya tu doktor.. Iskandar? Hanya driver dan ambil upah mengajar ngaji..

"Iyalah.. Mak pun tak boleh paksa angah.. Mana2 jodoh angah nanti.. Mak harap baik budak nya" Ujar mak leha.. Iskandar memandang wajah cantik mak leha.. Dia tahu mak leha seakan kecewa.. Iskandar mengeluh perlahan..

>>>>>>>>>>>>>>>>

Ok selesai pasal siapa suraya tu.. Suraya suka iskandar ke? Tapi kenapa iskandar macam so so je dengan suraya? Gedik gelitis lah iskandar ni.. Suraya baik what.. Kannn? Hehehehe :D

-Ada yang rindu kat kyaira? Next KYAIRA ok? Hihihihi..

-Tungguuuuu sebab KYAIRA 6 akan ada part kyaira cuba goda iskandar.. Ehhh tergoda ke idok? Moh lah kite tunggu ok..

Kasi meriah sikit vote dengan komen.. Kalau meriah aku cepat2 sikit update KYAIRA 6 nanti.. Kalau tak lambat sikit aku update.. Hehehe

Bye bye
Adios
:D

KYAIRAWhere stories live. Discover now