Edryka yang sedang menelaah bukunya itu tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang menuju ke tempatnya. Lily sudah perasan akan kehadiran lelaki yang dilihatnya itu. Dia sudah perbetulkan bajunya. Sempat lagi buka bedak compact nya. Touch up apa yang patut. Diletakkan kembali bedaknya itu ke dalam beg. Hatinya sudah diterpa perasaan bahagia.
"Hello..." Ujar mamat k-pop yang digelar oleh Lily.
Edryka yang sedang leka membelek bukunya itu, pantas dikejutkan oleh satu suara yang tak dikenali. Lily sudah mempamerkan senyumannya itu yang tak lekang dari bibirnya.
'Lily ni dah kenapa! semacam je. Janganlah tersengih sampai macam tu sekali. Nanti tak pasal-pasal orang labelkan kau tu perempuan gedik pulak! Jari tu duduk diam-diam tak boleh ke! Jangan nak gulung-gulung baju tu! Dah macam orang tak betul je!' kawannya itu dilihat.
"Hello too.."jawab Lily.
Edryka sudah pandang ke hadapan. Bulat anak matanya.
'Hah? Apa mamat ni buat dekat sini? Aku ingat siapa tadi. Tak kan lah dia nak duduk dekat sini pulak. Dekat sini tempat duduk punyalah banyak. Dekat sini jugak dia nak duduk. Masalah betullah dia ni! Tak aman hidup aku hari ni. Tak pasal-pasal aku kena ceramah percuma lagi." Gerutu hati Edryka.
"Can I seat here?" Ujar lelaki itu tersenyum.
Lily mempersilakan lelaki itu untuk duduk.
"Sure." Lily tarik kerusi di sebelahnya hanya tersenyum lebarnya. Suka pulak hatinya ketika itu.
Edryka yang berada di sebelahnya itu, terkejut dibuatnya dengan kata rakannya itu.
'Ish, dia ni!!! Sesuka hati ja suruh mamat sepet tu duduk. Kalau ya pun tanya la aku dulu boleh ke tak. Ini tak ada kebenaran aku pun. Macam dia seorang je dekat sini. Kau tunggulah! Aku ketuk kepala kau tu sampai keluar burung baru tahu! Macam dia seorang je dekat sini!' Gerutu hati Edryka lagi.
" Thank you." Ujar lelaki itu kepada Lily sebaik sahaja membenarkannya duduk di situ.
Lily tesenyum. Tak sudah dengan senyumnya itu.
"Welcome." Jawab Lily.
Lelaki itu perasan akan seseorang ketika itu. Perempuan yang berlanggar dengannya tadi. Jantungnya mulai bergetar laju.
"My name is Rain. You?" Ujar lelaki itu sebaik sahaja memperkenalkan dirinya.
'Peliknya nama. Mesti dari Korea. Setahu aku kalau dah nama Rain ni mesti dari Korea. Macam seorang artis tu. Ish! Lupa pulak siapa dia tu. Tapi kan, kalau dah tengok dari dekat ni, muka tu pun dah macam Korea. Sebijiklah macam Korea. Tak ada yang kurang sikit pun.' Bisik hati Lily.
Lily menggeleng perlahan.
"Oh..My name is Lily. Are you new student here?" Jawab Lily dengan mengajukan satu pertanyaan kepada mamat k-pop itu.
" Yes. This my first day is here." Balas Rain.
Edryka hanya terdiam sambil membelek bukunya. Telinganya menangkap perbualan lelaki tak diundang itu dengan kawannya.
'Nak speaking London lah konon! Geli pulak telinga aku ni dengar. Eeeiii!!' desis hati Edryka.
"Where do you from? I think you not from here,right? Based on your look,I don't think so."Tanya Lily.
YOU ARE READING
Sepet Jodohku? - Ery Aieril
RomanceSebuah cerita love romance yang luar biasa. Rasa aura romantik tergambar dari tingkah laku dan patah kata yang diungkap. Setiap patah kata yang diluahkan, seperti berada di keawangan dan membuai perasaan. Kisah mengenai Rain Danial dan Edryka Natash...