"Adui!"jerit Edryka. Bacaannya terhenti. Habis buku yang dipegangnya jatuh ke jalan. Dia sudah mengusap lengannya.
Buku yang dibawa Rain turut jatuh ke jalan. Dia sudah mengambil bukunya.
"Maaf. Saya tak sengaja." ujar Rain pula.
Edryka merengus perlahan.
'Buta ke apa orang ni! Aku yang besar ni pun nak dilanggarnya. Mata tu letak dekat kepala lutut agaknya. Menyampah betul aku orang yang macam ni!' bisik hati Edryka.
Setelah mengambil buku yang terjatuh tadi, Edryka bangun semula. Dia sudah melihat lelaki itu. Geram sungguh dirinya ketika itu. Anak matanya terpana melihat lelaki itu. Ternganga sekejap mulutnya. Cepat-cepat ditutup semula mulutnya.
'Sepet? Adui! Kenapalah sejak-menjak ni aku jumpa lelaki mata sepet je! Dalam mimpi pun aku boleh jumpa lelaki sepet! Aku ni dah kenapa! Dah tak betul agaknya! Hari ni aku berlanggar pulak dengan mamat sepet! Hari sepet sedunia ke apa ni! Pening kepala aku macam ni kalau setiap detik fikir pasal sepet je! Sepet! Sepet!' bebel hati Edryka.
Rain sudah tersenyum.
'Comelnya dia ni!' desis hatinya.
'Boleh pulak dia tersenyum! Bukannya nak mintak maaf!' bebel Edryka lagi.
"Minta maaf sekarang!" pinta Edryka kasar.
Rain terkedu. Dia bagai tidak percaya perempuan di hadapannya itu berkata kasar begitu. Nampak sopan je tapi perangai kalah orang lelaki. Ganas!
"Hah?"
Edryka merengus kasar.
"Awak ni pekak ke apa! Tak payah nak hah sangatlah! Saya cakap sekali lagi. Minta maaf sekarang dekat saya! Kalau dah salah tu, tak reti nak minta maaf ke? Jangan berlagak diri tu suci sangat! Suci taik kucing lah! Menyampah!" Edryka sudah buat muka berlagaknya.
Rain masih terdiam. Muka perempuan itu dilihat dalam-dalam. Edryka semakin berang apabila lelaki itu terdiam sahaja. Tiada tanda-tanda untuk lelaki itu membela diri.
"Saya tahulah mata awak tu sepet. Takkanlah mata sepet pun tak nampak bila berjalan. Nasib baik tak tertutup terus mata tu! Lain kali berjalan tu tengok depan. Bukannya hendak berangan. Kalau nak berangan, awak duduk dekat tangga sana tu! Beranganlah puas-puas. Faham!" tak ada budi bahasa betullah Edryka ni.
"Okay! Saya minta maaf. Puas hati?" ujar Rain ringkas.
Bulat mata Edryka memandang lelaki itu. Dia sudah berpeluk tubuh. Macam hendak mencari gaduh je lelaki itu dengannya.
"Apa awak cakap? Puas hati? Huh! Cantik bahasa. Nak bergaduh dengan saya ke apa! Kalau nak boleh je! Mari sini! Kalau berani dekat dengan saya, saya patahkan tangan awak tu! Sini!"
Rain tidak berkutik. Bukunya masih dipegang.
"Saya tak ada masa nak bergaduh. Saya datang sini nak belajar dan bukannya nak cari pasal dengan orang lain. Kalau saya betul-betul salah tadi, saya minta maaf sekali lagi. Kalau bukan, saya dah maafkan awak. Manalah tahu mata awak tu juling sampai boleh terlanggar dengan mamat sepet ni kan! Minah juling dengan mamat sepet! Okaykan? Sepadan! Semuanya berkenaan dengan mata." bidas Rain.
Geram Edryka melihatnya.
"Awak cakap saya ni minah juling?" Edryka mengenggam kuat tangannya tanda geram.
Rain mengangguk.
"Ya. Awak minah juling. Kalau tak juling, awak tak berlanggar dengan saya. Setahu saya, saya berjalan tadi tengok depan. Alih-alih awak langgar saya. Kalau nak baca buku bukannya sambil berjalan. Faham! Sekarang salah siapa? Saya atau awak? Tolong cakap dekat saya sekarang! Saya nak dengar!".
Edryka terdiam. Merah padam mukanya. Lelaki di hadapannya memang betul-betul berani berkata-kata dengannya. Selama ini tiada seorang pun yang berani melawan katanya.
"Kenapa diam? Sekarang dah jelaskan salah siapa. Saya tak nak panjangkan hal ni lagi. Saya pergi dulu. Malas saya nak melayan hal-hal yang tak berfaedah ni!" pinta Rain. Langkahnya disambung kembali.
Edryka sudah menghentak kakinya. Rasa hendak ditunjal-tunjal saja kepala lelaki itu.
"Oh ya! Lupa saya nak beritahu. Maaflah ya kalau kata-kata saya tadi terkasar. Ada nampak macam biadap tak? Huh! Saya tak ada niat pun nak cakap macam tu. Saya cuma nak awak sedar je kesalahan awak sendiri. Jangan nak terus menyalahkan orang lain. Jalan tu guna mata. Jangan hendak menutup kesalahan sendiri dengan menuding jari terhadap orang lain. Boleh?" Rain tersenyum.
Panas saja telinga Edryka mendengarnya. Berani betul lelaki itu menyindirnya. Belum sempat dia hendak bersuara, lelaki itu bersuara lagi.
"Awak melayu kan? Okay! Senang cerita! Dalam islam mengamalkan sikap hormat-menghormati. Bercakap secara baik dan bukannya bercakap secara kasar macam nak makan orang. Nabi tak suka kalau orang bercakap kasar ni! Kalau tak kenal sekalipun dengan orang lain, muka tu kenalah dihiasi dengan sekuntum senyuman. Dengan senyuman tu boleh menghindari daripada seseorang itu mendapat persepsi negatif dari orang lain. Sejuk mata memandang bila orang tu tersenyum.
Apa yang penting, bila dengan senyum tu awak dapat pahala. Senang je awak nak mengutip pahala dekat dunia ni. Seutas senyuman yang ikhlas dan menceriakan itu ibadah. Nanti bila kita terserempak lagi, awak senyum tau! Jangan nak masam pulak muka tu! Tak manis! Kita kena mengikut sikap yang baik. Nabi Muhammad murah dengan senyuman. Ikut perangai nabi Muhammad. Boleh?" sambung Rain lagi.
Rasa mahu dicili-cili saja mulut lelaki itu. Bertambah pedas kata-kata lelaki itu. Edryka hanya mampu menahan geram. Tak pasal-pasal ketika itu dirinya sudah mendapat ceramah percuma.
"Perempuan melayu ni kalau sopan santun, ada tingkah laku yang baik, pandai menghormat orang, orang lain mesti suka terutamanya lelaki. Lelaki suka kalau perempuan ada ciri-ciri macam tu. Bagus untuk dijadikan calon isteri. Okaylah! Saya pergi dulu! Assalamualaikum." ucap Rain.
Rain hanya tersenyum saja dalam langkahnya itu.
"Siapalah kau! Kalau aku jumpa kau, aku takkan lepaskan kau!" geram Edryka perlahan.
"Jangan lupa jawab salam saya tu. Kalau tak jawab, berdosa tau!" sempat lagi Rain mencelah dalam perjalanannya itu.
Bulat mata Edryka mendengarnya. Hendak saja dibaling bukunya dekat lelaki itu. Memikirkan buku itu adalah ilmu pengetahuan, jambatan ilmu, dibatalkan saja niatnya. Dengan ilmulah dapat mengubah hidup seseorang. Dapat memberi kejayaan dalam hidup seseorang. Tidak elok mempersiakan ilmu.
"Waalaikumussalam." Edryka terus berlalu dari situ dengan kesebalan hatinya. Berkumat-kamit mulutnya mengata pasal lelaki itu. Hentakan kuat menyaksikan perjalanannya.
YOU ARE READING
Sepet Jodohku? - Ery Aieril
RomansSebuah cerita love romance yang luar biasa. Rasa aura romantik tergambar dari tingkah laku dan patah kata yang diungkap. Setiap patah kata yang diluahkan, seperti berada di keawangan dan membuai perasaan. Kisah mengenai Rain Danial dan Edryka Natash...