CHAP~01

157 9 4
                                    

Matahari mulai terbit menyinari segenap Taman Putra Permai. Tepat pada pukul 9:00 pagi, aku...NIK JANNAH FARHANA bangun dari tido dan pergi mandi untuk bersarapan di bawah.

♡♤♡♤♡♤

Selesai segala urusan mandi..aku turun ke bawah untuk sarapan pagi. Lapor derrr. Setibanya di bawah...

"Hey abah. Good morning!! Abah dah sarapan ke?" Sapaku.

Terhinjut sedikit bahu Encik Azizi tatkala mendengar sapaan yang nadanya agak memeranjatkan. Nasib abah jannah ni takde sakit jantung.

"Ish kamu ni kan long, suka buat peranjat abah tau. Haaa.. ASSALAMUALAIKUM and good morning my naughty girl. Abah dah sarapan dari tadi lagi tau. Nak tunggu kamu, sampai malam lah abah kebuluran tak makan agaknya. Ni sebelum kamu makan, pergi panggil dulu adik bongsu kamu tu." Tu diaaa!! Panjang bebenor nya abah aku ni duk bebel.

Tapi asal aku rasa macam ada angin sentap je menerjah dalam diri ni erk. "Hehe.. Waalaikumussalam." Adoii, patutla terlupa nak bagi salam rupanya.

"Mana pergi si budak khaleef tu bah?" Tanyaku setelah kelibat NIK KHALEEF FAUZAN iaitu adik ke-dua aku yang tak muncu-muncul. Yelaa.. biasanya dialah yang selalu bangun awal masa hari-hari minggu ni pastu duduk tercokoh depan televisyen sambil main xbox.

"Hari ni Khaleef ada Kem Cekal SPM kat sekolah dia, jadi pepagi lagi abah dah hantar ke sekolah." Terang Encik Azizi kepada Jannah. Jannah mengangguk sambil menghirup secawan milo yang baru dibuat oleh abahnya.

"Ouh, abah tak pergi klinik ke hari ni?"

"Oh ya, terlupa pulak!! Duk cakap dengan kamu sampai esok tak siap. Dah la abah ada appointment dengan patient pagi ni. Haishh." Aikkk!! Dia yang lupa salahkan aku pulak. Heshh abah ni la, macam-macam.

Dengan laju Encik Azizi menghirup air milonya buat kali terakhir sebelum ke klinik dan terus mengambil briefcasenya yang sudah tersedia ada di tepi pintu utama. Jannah sempat berlari ke Encik Azizi untuk menyalami tangannya.

Sejurus kemudian, Enzik Azizi pergi meninggakalkan perkarangan rumah dengan membawa kerera Honda Civicnya yang berwarna merah. Jannah hanya menghantar dengan ekoran mata lalu terus masuk ke dalam rumah.

Jannah melihat ke arah jam. Tepat pukul 10:30 pagi. Adik bongsunya tak turun-turun lagi ni. Haa, meh sini nak tolong panggil.

"Farhaaahhh!!!! Farhaaahhh bangunnnnn!!! Nik Adhwa Farhah!!!! Baik cepat bangun dari katil sebelum aku naik atas!!! Cepat, aku kira sampai 3: SATUUUU!-DUAAA!-DUAAA SETENGAH-TI"
Selepas dengar je nombor-nombor yang disebut oleh alongnya iaitu Jannah, laju sahaja Farhah turun daripada katil dan...

"Oittt!!! Ye..ye. Farhah dah bangun laaa."

"Bagus. Nanti kau turun makan sarapan. Khaleef takde, pergi kem. Kalau kau nak apa-apa..pergi cari aku kat luar sebab aku nak pergi basuh kereta. Dengar tak woii!?" Oh yeah. Maka bergema lah satu rumah agam itu dengan suara lembut gangster si Jannah tu.

'Ish Along ni, boleh pulak dia tanya dengar ke tak. Dah la bergegar rumah ni dia cakap. Kan senang kalo dia naik atas, cakap slow-slow dengan aku. Ni tak.. nak juga dia laung sampai negeri Johor boleh dengar.' Bebel Farhah dalam hati.

Mr. Meow & Miss GangsterWhere stories live. Discover now