Tahun : 2001
Masa : 1.15am
Venue : mIRC Alam Maya
************************************Vampiria: Halooo!
Sacaral: Hey bro! What's up?
Vampiria : Nothing much. Just woke up.
Sacaral: Apa best hari ini?
Vampiria: Gua dapat offer job tu.
Sacaral: Alhamdulillah. Congrats bro!
Vampiria: Tapi kene report dekat Indonesia. Bandung.
Sacaral: Apa masalahnya? Ok la tu..
Vampiria: Jauh kot. Sorang2 tak biasa la..
Sacaral: Ah relax jer lah!
Vampiria : Takut la..
Sacaral: Anak jantan tak kan Indonesia pun takut.
Vampiria: Eh bukan macam tu. Kan aku cakap aku tak biasa. Aku susah sket nak sesuaikan diri.
Sacaral: Kau ni betul ke lelaki? Apa nama kau yang betul eh? Dah lama aku suspect kau bukan lelaki sejati. Mula-mula aku ingat kau patah ke tapi lama-lama aku rasa kau perempuan la.
Vampiria: Told ya.. Ali.
Sacaral: Kau patah ke? Gay?
Vampiria: Tumbuk muka tu kang!
Sacaral: Sorry haha!! Serious bro.. Tapi serious aku tak rasa kau lelaki!!
...
Sacaral: Sorry. Serius aku mintak maaf bro!
Vampiria: Tak apa...
Sacaral: Just accept the offer ok.
Vampiria: Fikir tak habis lagi ni.
Sacaral: Indonesia je kot. Tak pernah pergi?
Vampiria: Tak.
Sacaral: Lagi takut apa?
Vampiria: Takut nak hidup dekat tempat orang. Aku sorang je kot.
Sacaral: Kalau takut sangat jom lah gua temankan. Untung-untung mana tau kan. Lol!!
Vampiria: Eh tak perlah!
Sacaral: Gua free. Cuti sem. Tak ada projek ni. Amacam? Ok?
Vampiria: Eh tak per lah!
Sacaral: Kantoi ni.. apsal lu gelabah?
Vampiria: Mana ada..
Sacaral: Buktikan kau Ali.
Vampiria: Haha.. Tak kuasa. Kita chat jer kot. Kata tak serious.
Sacaral: Tapi kita dah lama chat. Bertahun kot. Kita chat hampir tiap malam woo. Sebab tu aku tau kau bukan Ali.
Vampiria: Tak percaya sudah!
Sacaral: Come on lah!
Vampiria: Apa?
Sacaral: Mengaku je la. Bagi no kau. Aku call sekarang.
Vampiria: Tak kuasa!
Sacaral: Pls. Pls. Pls..
Vampiria: Eh jangan memacam. Gelilah! Ha ntah2 kau yang gay!
Sacaral: Aku dah buktikan aku lelaki straight. Kau dah dengar suara aku kan. Kau tu yang dari dulu banyak alasan. Bila aku citer pasal awek aku kau macam suka je nak tau. Ha aku penah tanya kau soalan kalau diberi pilihan nak bergambar dengan Jennifer Aniston ke Brad Pitt. Kau pilih Brad Pitt. Masa tu aku dah rasa lain dah sebab tu aku tanya soalan tu..
Vampiria: Apa plak!
Sacaral: Ok camni.. tak yah gaduh. Kau bagi je no telefon kau. Senang.
...
Sacaral: Pls.
....
Sacaral: Pls la bro. Kita dah kenal lama kot. Sampai hati kau tipu aku. Kau berdosa dengan aku. Kau kene mintak maaf.
Vampiria: Ok²!
Sacaral: Apa no telefon kau?
Vampiria: 3698524*
Sacaral: Apa *?
Vampiria: Cari sendiri no last belakang tu. You only have 1 min. Kalau phone bunyi selepas 1 min aku tak angkat.
Sacaral: Weii kejap ar!
Vampiria: Gtg!
**Disconnected**
************************************
Assalamualaikum semua!
Cerita ni bermula pada awal tahun 2000 macam tu. Zaman internet baru bermula masa tu. Korang tentu tak pernah lalui zaman ni kan! Haha!
Sebenarnya dah lama sangat nak tulis cerita ni. Tapi aku selalu putus asa. Sebab aku takut watak Alika Medina kene kecam. Hehu!
Bagi pihak watak utama iaitu Alika Medina aku minta maaf kalau korang tak puas hati dengan karektor dia. Pls don't judge her tapi cuba korang rasa kalau you guys ditempatnya.
Maaf banyak-banyak kerana aku bukan penulis handal. Aku cuma berkongsi sebuah kisah. Kalau korang ada pengalaman lebih kurang macam citer ni korang best! At least tak lah aku rasa pelik sangat.
Ok gais! Mekaseh bebanyak kerana sudi membaca.
YOU ARE READING
(Bukan) Kekasih Gelap
RomanceAlika Medina. Aku bukan perampas. Bukan juga kekasih gelap. Kau pula sering mengejekku tidak boleh buat pilihan. Jadi inilah pilihanku. Lari darimu! Jerri Zairil. Aku memang nakal. Tapi aku merelakan jodohku ditentukan oleh keluarga. Aku ingin memb...