3* - Alika Medina

38 3 0
                                    

Zahira sudah siap menunggu aku di rumah sewanya. Sengaja hari ini aku minta dia tunggu aku. Ada alasan untuk berborak lama sket nanti. Lagipun pukul 3 nanti Zahira sudah berjanji untuk berjumpa dengan kekasih hatinya Nael. Bukan senang nak jumpa orang yang dah ada kekasih ni. Weekend je dating. Hari biasa pun dating jugak kan.. haha..

"Hei, kenapa kau senyum-senyum ni?" Soal Zahira lalu pehaku ditepuk kuat.

"Hoi, sakitlah! Kau tahu tak tangan kau tu dah la besar, gebu, sakit tau!"

"Alala, kesiannya. Tangan aku besar ye. Peha kau ni pun boleh tahan gebu kau tahu. Nampak je kurus keding tapi hmmm.." usik Zahira nakal.

"Hei Medi, kau dating dengan siapa sekarang?" Soal Zahira. Dia tahu aku susah nak lekat lama dengan seseorang. Bukan aku memilih tapi aku cepat bosan. Dan aku sendiri membosankan. Poor Medi!

"Mana ada. Keluar biasa-biasa je.. itu pun dengan mamat-mamat underground." Jawab aku jujur.

"Mamat-mamat underground pun jadi orang kan.. macam Adi dia kan lecturer." Dalam ramai-ramai kenalanku Zahira hanya ingat Adi itupun sebab dia ikut aku keluar berjumpa Adi dulu.

"Ye la aku tak cakap diorang jadi setan plak. Kawan-kawan aku semua sopan-sopan tau. Semua best! Tapi kitorang kawan je." Jawabku jujur. "Dah tukar citer lain!" Pinta aku tak sanggup nak jaja cerita sendiri. Sumpah tak best!

Sepanjang perjalanan ke KLCC itu kecoh dan becok mulut Zahira mengenakan aku. Sebaik sampai parking Zahira terus tarik tangan aku ke Madam Kwan's. Zahira sudah berkerja jadi tentulah dia akan belanja aku makan hari ini.

Selesai memesan makanan aku terus memberitahu Zahira mengenai tawaran kerja yang aku terima. Aku sangka Zahira akan menghalang aku menerima tawaran tersebut. Ye la kalau dia betul kenal aku kan.

"Terima je la Medi. Ini mungkin yang terbaik untuk kau. Soal takut jangan kau layan sangat. Company tu besar kan. Hq dekat sini. Sana cuma operation je. Apa yang kau takut lagipun Bandung tu bandar bukan pendalaman. Ramai je orang Malaysia kat sana." Panjang pujuk Zahira cuba menyakinkan aku. Sudahnya sehingga jam tiga petang aku masih berbelah bagi.

Petang itu setelah aku serahkan Zahira kepada Nael aku jalan sendiri keluar masuk butik. Memang aku tak beli apapun. Bosan betul window shopping ni. Kalau ada banyak duit boleh beli je apa mahu. Balik rumah lagi bagus. Keluhku sendiri. Ye la.. Penganggur macam aku manalah mampu nak beli semua ini. Lainlah kalau aku dah punya gaji tetap nanti. Oh gaji! Fikirkan gaji terus terbuntang mataku. Sudah lama aku tunggu peluang ini. Punya gaji tetap. Kerja dengan syarikat yang kukuh. Baiklah aku akan fikir betul-betul balik nanti. Pro dan kontranya. Aku senyum lalu bergegas ke kawasan parking.

Sebaik tiba di rumah jam sudah pukul 4.30 petang. Tanpa lengah aku terus mengangkat wudhu dan menunaikan solat Zuhur yang masih berbaki 20 minit sebelum Asar. Jadi selepas Zuhur aku boleh terus buat Asar.

Selesai berdoa Asar itu aku terus rasa segar. Ringan kepala yang berat disebabkan kurang tidur. Nikmat dan manisnya solat. Terus aku buka buku nota lalu menulis dan merangka sesuatu. Malam selepas Isyak aku sudah nekad untuk menerima tawaran kerja tersebut. Esok aku akan call Encik Haris.

Banyak yang aku fikir petang tadi. Bila aku tulis kenapa aku perlu terima tawaran kerja itu rupanya lebih panjang senarainya dari kenapa perlu aku tolak.

Baru nak melelapkan mata telefon berbunyi. Telefon ni memang aku dah setting bunyinya perlahan jadi tak adalah aku terkejut beruk kalau tengah-tengah aku mengelamun macam ni dia berbunyikan..

"Hello Ali." Sapa orang di sana ceria. Tak perlu tanya siapa sudah ku tahu gerangannya kerana sejak akhir-akhir ini aku jarang berhubung dengan sesiapa kecuali mamat ni.

(Bukan) Kekasih Gelap Where stories live. Discover now