before baca ni, author nak korg baca dulu story description yang baru author tukar tadi. Sorry erk kalau req scene korg author ubah ataupun tak guna sebab nak matchkan dengan storyline cite ni. Maaf sngat..
-
Ahrin's p.o.v
" chukkae, Dr.Im!" nurse diluar bilik pembedahan berkata kepadaku, sebaik sahaja aku dapat menyelamatkan seorang wanita yang ingin melakukan pembedahan penukaran jantung. Dengan izin tuhan, ya pembedahan itu berjaya. Seluruh badanku terasa sengal-sengal, dan kelopak mataku berasa begitu berat sekali kerana hampir 11 jam aku melakukan pembedahan tanpa henti. Penjaga kepada wanita itu juga berterima kasih kepadaku. Aku hanya mampu mengucapakan, "dengan izin tuhan menyelamatkan dia"
Tujuanku hanya satu, pergi ke tempat rehat doktor. Aku ingin pulang tetapi mengantuk menguasai diri. Aku terus masuk kedalam bilik dan menghempaskan badanku keatas katil.
Nobody pov
"wowwww Ahrin-a! Bapak lama siaa kau oprate!" tiba-tiba, satu suara mengacau Ahrin. Ahrin mendengus geram. Dia hanya menjeling kepada Somin, nurse dekat hospital ni. Ahrin ingat yang ganggu dia tapi rakan sekerjanya, tetapi bukan.
" engkau ni Somin, takde keje lain ke? Asyik kacau orang je. Aku ngantuk tau takk?" Ahrin baling bantal tepat dekat muka Somin, tetapi berjaya dielak olehnya.
" lek la Ahrin, yang lain pon tak habes oprate lagi weh." somin menjulingkan matanya. Ahrin hanya mencapai bantal yang dibalingnya tadi, lalu diletakkan di katil. Kot putih yang membaluti badannya tadi dibuka. Tadi lupa nak bukak sebab penat sangat. Sekarang baru rasa panas.
" tak yah nak membongak aku la. Habes enam orang tengah main pc kat sana tu sapa? Hantu? Kau ingat aku buta sangat ke?" Ahrin menunjukkan kearah enam org yeoja yang duduk diatas kerusi berhampiran Ahrin. Somin hanya tersengeh.
" hohoho lek ah gurau je, aku nak tengok kau still waras lagi ke tak lepas 11 jam terkurung dlm bilik pembedahan uh." Somin tersengeh dan tangannya membuat gerakkan 'mianhae' yang tarian twice dlm lagu cheer up tu, lalu lari takut kene bebel dengan Ahrin.
Ahrin pon baru nak jerit, tiba-tiba siren kedengaran.
" red code, red code, red code"
Taerin, Hwaeun, Hanna dan Jihyun terus keluar berlari pergi ke emercency centre, manakala Hyera mencapai kot putihnya, dan turut mencapai kot putih milik Ahrin dan dicampakkan kepada Ahrin. Terus dia keluar berlari, dengan killer high heels dia.
Tanpa banyak soal, Ahrin terus memakai kotnya, lalu berlari menuju ke emergency centre. Dia memang penat tetapi sudah kerjanya merawat doktor bukan? Memanglah doktor di Myeongdwae ni ramai tapi bila dah red code, maksudnya pesakit boleh lebih dari 20 orang datang sekaligus. (hantam saja HAHAHAHA)
sesampainya dia di emergency centre tu, dia tergamam. Dah agak dah. Pesakit amat ramai, dan keadaan disitu menjadi riuh rendah. Dengan doktor dan nurse berkejaran membawa katil pesakit, asyik melanggar satu sama lain. Pertama kali sejak Ahrin bekerja disini, keadaan menjadi seteruk ini. Ahrin tak tahu dia harus merawat siapa, jadi dia terus pergi ke pintu utama dan dia nampak satu ambulans yang pesakit didalamnya agak teruk kecederaannya, dari sini Ahrin boleh nampak lutut namja itu terkeluar. Amat ngeri, tapi dia sudah biasa dengan keadaan sebegini. Dia terus berlari kearah pesakit itu lalu dia tolak katil pesakit itu menggunakan pintu selatan yang berada berdekatannya. Pintu masuk barat amat sesak kerana disitulah terletaknya emergency centre.
YOU ARE READING
╰doctors╮
Mystery / Thriller-ketujuh-tujuh doktor ini dari Myeongdwae Specialist Hospital, mereka ditugaskan untuk merawat pesakit dan menjadi doktor persendirian mereka di rumah. Tapi ada satu rahsia besar yang disembunyikan oleh MSH, iaitu sebenarnya pesakit yang mereka rawa...