HE's Mine

52 3 0
                                    

-1st Chapter-

Hana berlari di laluan pejalan kaki. Dia dah lambat untuk final test. Dia berlari sekuat hati tanpa menghiraukan orang lalu-lalang. Dia melihat jam tangan.

"Haish... Aku betul-betul dah lambat ni. Test ni tahla penting. Ni semua salah oppa. Dia tak kejut aku.".

Pada masa yang sama Sehun mangayuh basikalnya selaju yang boleh. Dia juga lambat untuk final test. Test itu penting untuk masuk ke universiti.

PRANGGG!

"Aduh! Woi!!! Buta ker? Kau bawak basikal macam mana? Tak nampak ke aku sikit punya besar kat depan ni!! Bengong betul." , jerit Hana sambil mengosok punggungnya.

"Sorry. Tak sengaja. Saya nak cepat tadi. Ada test." , jelas Sehun.

"Habis tu kau ingat aku takder test. Mata taruk kat lutut. Buta ke!" , marah Hana

Sehun tidak boleh tahan sabar. Sudahlah dia terlambat untuk test sekarang dia kene layan perempuan gila di depannya.

"Saya dah mintak maaf kan? Awak nak apa lagi? , kata Sehun dengan tegas.

"Kau ingat mintak maaf cukup ke? Aku nak kau-"

"Kau nak apa? Duit? Aku boleh bagilah. Setakat perempuan macam kau ni, tepi jalan aku boleh kutip bawak balik rumah. Dasar perempuan murahan!!!" , jerit Sehun. Orang ramai memandang ke arah mereka.

PANNGGGG!!

Satu tamparan hinggap di pipi Sehun. Hana bernafas keras, Tak pernah dia jumpa lelaki yang biadap macam Sehun. Dia pernah nampak Sehun di sekolah tetapi tidak pernah berminat nak berkenalan. Hana memandang Sehun dengan pandangan yang tajam.

"Aku ni bukan murah sangatlah nak duit kau. Harta bapak aku banyak lagi. Boleh sara aku ni. Aku cuma nak kau hantar aku masuk sekolah sebab kaki sakit. Kau dah langgar aku tadi. Tu je!" , terang Hana sambil menangis.

Sehun terpegun seketika. Tak patut dia panggil Hana perempuan murahan. Sepatutnya dia dengar dulu apa yang Hana nak cakap. Sekarang ni Hana sudah menangis. Sehun panik.

"Err... Tak payahlah nangis. Aku bergurau jer.. Jom aku hantar kau." , kata Sehun tergagap. Dia ingin memapah Hana tetapi ditepis Hana.

"Aku tak perlu pertolongan lelaki yang berlagak macam kau ni. Menyesal aku pergi sekolah hari ni." Hana berjalan terhinjut-hinjut meniggalkan Sehun yang terkebil-kebil.

----RUMAH HANA-----

"Macam mana boleh jatuh ni?" , tanya Kyungsoo, abang Hana. Kyungoo menyapu iodin di atas luka Hana dan membalutnya. Hana hanya mendiamkan diri dan dibiarkan soalan abangnya berlalu. Kyungsoo memandang muka Hana yang muram.

"Apasal muka macam orang hilang boyfriend je? Gaduh dengan Luhan ker?" , seloroh Kyungsoo. Luhan ialah teman baik Hana dan Kyungsoo suka Luhan kerana baginya Luhan boleh menggantikan tempatnya untuk menjaga Hana.

"Apa kene mengena Luhan pulak ni? Takder maknanya Hana nak gaduh dengan dia." , kata Hana sambil makan bubur ayam yang dimasak oleh Kyungsoo.

"Dah tu pasal apa? Ceritalah kat abang. Mana tau abang boleh tolong."

"Tadi Hana kene marah dengan cikgu sebab datang lamabt untuk final test tu. Ni semua bang punya pasal. Hana jatuh sebab nak cepatlah. Kenapa abang tak kejut Hana awal-awal?"

"Siapa suruh Hana layan Running Man sampai subuh? Abang dah kejut 10 kali tau. Sakit tekak abang ni."

"Kenapa abang tak kejut untuk kali ke-11?"

"Ingat lawak ke Hana? Dahlah. Abang nak pergi market. Nak beli untuk masak malam ni. Nak ikut tak?" , pelawa Kyungsoo.

"Hmmm... Boleh beli chocolate tak?" , tanya Hana dengan muka yang comel.

"Boleh. Dah cepat siap.. Abang tak nak lambat."

"Okay ^^"

-END CHAPTER 1-

HE's MineWhere stories live. Discover now