-2nd Chapter-
----SUPERMARKET------
Hana dan Kyungsoo berjalan beriringan. Jika orang tidak kenal mereka mesti orang akan ingat mereka pasangan kekasih. Parents Hana sudah lama meninggal kerana kemalangan jalan raya dan sekarang Kyungsoo lah sebagai ayah, ibu dan abang untuk Hana. Mereka berjalan untuk mencari barangan dapur.
Sehun masih teringat akan Hana. Rasa bersalah menyelubungi diri. Sehun berfikir bagaimana nak mencari Hana. Dia ingin meminta maaf kepada Hana. Segala kerjanya tergendala kerana hal pagi tadi. Sehun terpaksa kerja partime kerana nak merasa bekerja. Sehun duduk dalam keluarga yang kaya dan parents Sehun tidak benarkan Sehun untuk bekerja tetapi tetap dengan pendiriannya.
"Abang.. Hana nak makan daginglah malam ni boleh?"
"Hanwoo? Nak makan macam mana? Hana nak abang masak apa?"
"Bakar jerlah. Dah lama tak makan stik. Sedapnya~"
"Okay.. Kita ambil banyak sikit. Buat stock. Malam ni abang bakar daging and buat black pepper sauce."
Sehun berjalan ke arah rak dalam supermarket tempat dia bekerja. Dia terpaksa kerja hari itu untuk menggantikan rakannya yang cuti. Sehun tidak kisah sebab dia suka kerja. Tiba-tiba Sehun ternampak Hana dan seorang lelaki.
"Siapa lelaki tu? Boyfriend dia ke? Tapi takkanlah dia nak dating dekat supermarket. Tapi boleh jadi jugak. Maybe dia temankan byfriend dia shopping." , Sehun bermonolog sendiri. Bermacam spekulasi bermain di otaknya. Dia cuba mengekori Hana.
"Hana nak pergi tengok face wash kejap. Nanti abang call kalau dah habis bayar."
Hana tinggalkan Kyungsoo and berjalan-jalan untuk mencari barang make-up dan barangan untuk bilik mandi. Sehun membatalkan niatnya untuk mengekori Hana sebaliknya dia teruskan kerjanya yang tergendala. Dia akan mencari jalan sendiri untuk meminta maaf dekat Hana.
"Hana, I'm sorry."
"Hana, saya nak mintak maaf"
"Hana, sorry"
"Hana, aku nak tak sengaja"
Sehun berlatih disebalik rak. Dia pening barcampur malu untuk minta maaf kepada Hana.
Hana mendengar someone memanggil namanya. Dia cuba mencari suara tersebut dan menjumpai Sehun dibelakang rak makanan. Dia mengintai Sehun.
"Ni bukan mamat yang bajet yang langgar aku pagi tadi ke? Apa dia buat kat sini?" , Hana masih mengintai Sehun. Tanpa Hana sedar dia terenyum melihat gelagat Sehun yang hendak minta maaf.
"Macam mana dia tau nama aku Hana?"
Tiba-tiba telefon Hana berdering. Hana panik. Cepat-cepat dia matikannya. Risau jika Sehun dengar. Sehun menoleh.
"Siapa tu?"
"Alamak.. Dia dah perasan."
"Hana?! Apa awak buat kat sini?" , tanya Sehun.
"Sepatutnya aku yang tanya kau benda tu. Aku mestilah nak beli barang." , jawab Hana. Dia menukar topik.
"Hehehhehehehe~"
"Kenapa kau gelak?"
"Awak hendap saya ker? Hahaha~"
"Psstt~ Takder makna. Bye. Aku nak balik"
"Ehhhhhh~~ Kejap... Awak dah menghendap saya pastu terus nak balik? Mana boleh." Sehun senyum nakal.
"Apa masalahnya? Kau nak apa?" Hana menggeletar.
"Saya nak awak...." , kata Sehun sambil mendekatkan diri ke arah Hana sehingga Hana terlanggar rak belakang. Sehun mendekatkan mukanya ke muka Hana. Hana panik dan menutup matanya. Sehun gelak kecil. Tak sangka perempuan ni comel jugak. Katanya dalam hati.
"maafkan saya.", sambung Sehun.
"Maafkan kau?" , tanya Hana sejurus membuka mata. Merah padam mukanya. Dia ingatkan Sehun hendak menciumnya tadi.
"Ye.. Saya nak mintak maaf sebab dah langgar awak and panggil awak perempuan ehem ehem tu." , jelas Sehun dengan muka kasihan.
Hana hanya mendiamkan diri. Berfikir untuk memaafkan Sehun atau tidak. Dia memandang Sehun atas bawah.
"So? Macam mana Hana?"
"Before that macam mana kau tau nama aku Hana?"
"Ohh.. Masa Hana kene marah dengan cikgu, saya tak sengaja dengar nama awak."
"....."
"Awak nak maafkan ke tak? Saya banyak kerja lagi ni."
"Aku fikir dulu."
"Saya jumpa awak dekat tasik belakang sekolah besok boleh?"
"Hmmm.." , Hana terus beredar.
"By the way, nama saya Sehun, OH SEHUN!!!" , jerit Sehun. Dia gembira kerana boleh jumpa Hana lagi besok. Hana hanya tersenyum dengan perangai Sehun.
"Perangai macam budak kecik. Sehun? Oh Sehun.." , Hana tersenyum seorang diri.
-END CHAPTER 2-