Bisikan Terakhir by Adriana (part 5)

93 0 0
                                    

Jam di dinding menunjukkan pukul lapan malam tetapi sehingga saat itu aku tidak menerima apa-apa panggilan telefon daripada suamiku. Selalunya, beliau akan sentiasa menghubungi aku untuk memastikan bahawa dia sudah berada dalam perjalanan pulang ke rumah. Hatiku mula resah, gelisah. Aku tidak boleh duduk diam. Alangkah terperanjatnya aku apabila telefon bimbitku berdering dengan tiba-tiba. Tanpa berlengah lagi, aku terus mengambil telefon dan menjawabnya.

"Ya, saya isteri kepada Encik Adam Mukriz. Kenapa?" kataku dengan hati yang berdegup kencang.

"Minta maaf Puan. Pihak kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa Adam Mukriz. Tetapi Allah lebih menyayanginya," kata seorang lelaki di hujung talian dengan nada kepiluan.

Bisikan Terakhir by AdrianaWhere stories live. Discover now