Bisikan Terakhir by Adriana (part 4)

99 1 0
                                    

Adam berlalu pergi meninggalkan diriku ini berseorangan di rumah banglo dua tingkat ini. Selalunya, apabila Adam ke pejabat, aku akan mengemas rumah atau pergi ke rumah ibu mertuaku yang terletak berdekatan dengan rumahku ini. Adam selalunya pulang pada pukul lapan malam. Adam amat prihatin akan kesihatan dan kandunganku ini. Inilah merupakan cahaya mata yang pertama untuk kami. Alhamdullilah, Adam Mukrizlah orang yang paling ghairah untuk melihat anaknya ini. Persiapan bayi semua sudah lengkap sebaik sahaja kami mendapat tahu bahawa kandunganku berusia enam minggu.

Pada hari itu, aku tidak rasa ingin ke rumah ibu mertuaku. Dengan itu, aku hanya berehat di syurgaku ini. Aku mengemas rumah dan mula memasak pada jam enam setengah untuk makan malam yang teristimewa nanti. Selepas memasak jamuan malam, aku terus menaiki tangga ke tingkat dua untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Aku sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melindungi suami aku daripada apa-apa kecelakaan atau keburukan. Umpama ditatang bagai minyak yang penuh, begitulah cintaku terhadap Adam Mukriz, seorang yang telah aku kenali sejak aku berusia sembilan belas tahun lagi.

Bisikan Terakhir by AdrianaWhere stories live. Discover now