EPISODE 2-DIA

70 9 3
                                        

Kau mahu apa
Pastikanku beri
Kau minta apa
Akan ku turuti,

Walau harus aku
Terlelah dan letih
Ini demi kamu
Sayang....

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari
Tak terbit lagi

Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada ilahi
Tuk satukan kami
Di syurga,,, nanti...

"Emmmm......aku tak percaya wujud
orang yang setia macam ni.."

Katanya setelah mendengar dan meneliti bait-bait perkataan yang ada pada lirik lagu"Doaku Untukmu Sayang"yang diberi oleh kawan baiknya.

Dia ni orang yang
tak percaya cinta sebab pernah
gagal dalam percintaan ketika di
sekolah menengah.Bagi dia,itulah
kali pertama dan terakhir dia
bercinta.Lepas tu...STOP!

"Buang masa aku je dengar lagu ni."Katanya sambil mengeluarkan
earphone yang disumbat ditelinganya.

Tiba-tiba....

"Dee...?Dah siap?

"Sempat lagi sumbat telinga eh?"

Tegur Puan Hawa pada masa yang sama menepuk kedua-dua bahunya.

Dianah yang terkejut memuncungkan bibirnya sebagai tanda merajuk...

"Mama ni....terkejut Dee tau.."

"Hahaha...sorry ye buat Dee terkejut."

"Ni dah siap ke belum?"

"Dah.."

"Dah?Tudung pun tak pakai lagi boleh cakap dah siap?"

"Emmm.."Dee menundukkan kepalanya.

"Haih...Dee,kenapa ni? Sedih je muka...kan mama dah mintak maaf tadi.."

Dianah hanya senyap tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.

"Dee?"Tegur Puan Hawa sambil cuba
untuk mendapatkan muka anaknya
yang tertunduk.

"Ma..."Dianah berkata dengan suara
yang kian sebak.

"Kenapa ni Dee?"

"Dee tak nak masuk kolej.Dee nak duduk rumah je...kalau kene
kerja pun Dee sanggup...yang
penting Dee tak nak masuk
kolej.."Pujuk Dee dengan penuh harapan.

"Laa..kenapa pula ni Dee?"Tanya Puan Hawa dengan penuh tanda soal.

"Jauh la maa..."Katanya dengan muka yang penuh belas kasihan.

"Jauh?"Puan Hawa menyoal.

"Ye la ma..dah la tiada kawan.."

"Dulukan Dee pernah masuk asrama masa sekolah menengah,takkan la Dee tak boleh nak masuk kolej.
Kolej tu kan lagi bebas dari sekolah menengah dulu,,,lagi pun bukannya tinggal dalam kolej pun,kan tinggal kat rumah sewa...kan?

"Lagi satu,bukan Zira kawan baik Dee tu pun pergi kolej tu ke?"

"Tu sorang je mama...dekat rumah ramai kawan."Bantah Dee.

"Habis tu...Dee sanggup nak biarkan
Zira duduk kolej tu sorang-sorang?"

"Emmm..tapi maa..."

Belum sempat Dianah habiskan ayatnya,

"Dee....cuba Dee ingat balik cita-cita dan impian Dee...Dee nak capai tak semua tu...?Kalau Dee nak capai semua tu,,,masuklah kolej.Mana tahu ada kawan baru yang boleh membimbing Dee nak capai cita-cita Dee tu kan..?"

Dee,,,Nur Dianah binti Ahmad Syam...tu la nama penuh dia... cita-cita dia? cita-cita dia memang rare,,,jarang ada perempuan yang ada cita-cita macam dia,,, dia bercita-cita nak jadi player utama negara dalam acara taekwondo... setakat ni... dia dah menang 24 pingat emas sejak dia sekolah rendah.. tapi semua tu peringkat negeri je... bila di ajak pergi ke peringkat kebangsaan.. dia tak nak.. sebab dia cakap,, dia tak cukup bagus lagi...

"Dee duduk rumah pun bukan buat
apa-apa pun kan?Dee duduk rumah
bukannya ada usaha nak capai cita-cita dan impian Dee tu kan..?"

Jelas Puan Hawa yang bersungguh-sungguh sepaya dapat mendaftarkan Dianah ke kolej.

"Ye la mama....betul la semua yang
mama cakap tu.."Dianah berkata dengan suara pasrah.

"Ala anak mama ni.....janganlah sedih-
sedih....cuba senyum sikit..."Puan Hawa berkata sambil mengangka muka Dianah yang tertunduk.

Nak tak nak,Dianah terpaksa juga senyum dihadapan Puan Hawa untuk menyejukkan dan melegakan hati ibunya.

Walaupun Dianah ni hanyalah anak angkat kepada Encik Roslan dan Puan Hawa ,mereka tetap memberikan sepenuh kasih sayang mereka kepada Dianah dan boleh dikira Dianah ni anak manja.Meskipun begitu,Dianah tidak pernah mengingkari arahan mereka berdua.Malahan Dianah cukup mengambil berat tentang adab-adab dengan mereka.Dan kini hubungan mereka sangat erat sampaikan mereka bagaikan alpa bahawa mereka hanyalah keluarga angkat mereka.

"Dee,cepat sikit bersiap..."

Mama tunggu kat bawah dengan
papa,kita sarapan sama-sama."

"Ye mama."

Setelah Puan Hawa keluar dari biliknya

dan menutup pintu biliknya....

"Haih...Kalah lagi dengan mama..."Dianah bermonolog bersendiri

****
"Tiga lelaki maut ditelan buaya."


"Ish,ish,ish...teruk sangat ni...macam mana boleh kena telan dengan buaya?"Kata Encik Roslan selepas membaca tajuk utama surat khabar
pada pagi itu.

Selang seketika itu,Puan Hawa pun
hadir di meja makan.

"Haa...apa yang lama sangat panggil
Dee tadi?"

"Mana dia?"

"Tak turun sekali?"

Bertalu-talu Encik Roslan bertanyakan soalan pada Puan Hawa.

"Dia ada kat atas...tengah bersiap.."Jawab Puan Hawa ringkas.

"Itu tak menjawab persoalan saya,
kenapa lama sangat tadi?"

"Dee tu...tadi.Dia cakap tak nak masuk kolej.Tapi...."

"Haish....ada-ada saja dia ni."

Pada ketika itu,muncullah Dianah di
meja makan.

"Dee...mama cakap Dee tak nak
masuk kolej.."

"Betul ke apa yang mama cakap tu?"

"Dee kena sambung belajar kat kolej....ni semua untuk masa depan Dee juga,kan?"

"Ye papa..Dee dah relakan hati nak pun masuk kolej."

"Baguslah kalau macam tu..Sekarang
kita sarapan.Nanti mama daftarkan
Dee di kolej."

"Papa pula?"

"Sorry sayang,papa ada kerja,,,sorry sangat-sangat."

"Asyik-asyik ada kerja,asyik-asyik
buzy."Dianah bermonolog di dalam hati.

****

DIANAH IS MINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang