EPISODE 1-AKU

108 9 3
                                        

Terasa tidak selesa
Badanku penat dan lelah.
Mengumpul kekuatan untuk membuka mata
Untuk melihat apa yang terjadi sebenarnya.

Saat aku mengangkat kepala
Aku ternampak sesusuk tubuh
Berada tidak jauh dariku
Yang mana mukanya bertentangan denganku.

Dia memalingkan mukanya
Apabila menyedari aku sudah sedar
Dia datang kepadaku
Sambil menggenggam erat tangannya.

Aku cuba untuk melarikan diri
Tetapi malangnya aku diikat dengan kemas
Pada sebuah kerusi kayu yang lama.

Dia mendekatkan mukanya padaku
Lalu berkata dengan suara yang lantang;

"Woi!Mana dia?"

Aku terpaku;
Dan membisukan diri

Serta memikirkan siapakah dia yang dimaksudkan.

"Kau dengar tak?"

Lamunanku sebentar tadi hilang
Bagaikan ditiup angin.
Aku diherdik dengan suara yang bergema

Di sebuah bilik kosong.

"Siapa dia dan apa kau nak ha?"Aku menjerit kembali kepadanya Walaupun aku dalam ketakutan

Berdepan dengan lelaki yang seperti ingin membunuhku.


"Kau boleh buat-buat tak tahu?

"Kau ingat,kau boleh sembunyikan dia selama-lamanya?"

Dia berkata kepadaku dengan senyuman sinisnya.

Aku mula rasa tidak selesa dengan senyumannya itu.

"Aku tak tahu,aku tak faham apa yang ....."

"Dush"

Belum sempat aku menghabiskan kalamku,

Satu tumbukan padu hinggap di pipiku.

Otakku bergegar seketika.
Aku memejamkan mata untuk menyedarkan diriku.

Saat aku membuka mataku,
Aku terkejut.

"Fie!Kau boleh tidur lagi?"

"Kau tengok jam dah pukul berapa?"

Kata Safwan yang berada di depanku.

Rupanya dia yang menumbuk mukaku sebentar tadi.

Safwan ni kawan baik aku.Memang dari sekolah rendah lagi dia tinggal denganku.Boleh dikira dia ni adik aku la.Dia tinggal denganku sejak ibu bapanya meninggal dunia,Dalam satu kemalangan tragis yang melibatkan kereta dengan lori. Dia ada seorang adik yang aku sendiri tak kenal. Bila aku tanya tentang adik dia , dia kerap tukar tajuk.

Inilah serba sedikit biodata tentang Safwan.

"Woi,kau dengar tak?"Safwan teriak padaku.

Aku yang masih mamai menggosok mataku.

"Apa?"Aku berkata dengan suara yang seakan-akan mahu kembali ke alam mimpi.

"Kau jangan nak tidur balik eh,dah pagi ni.Nanti lambat."

Kata Safwan lagi yang tidak berputus asa mengejutku sambil menarik-narik tangan ku

Aku pun lihat jam di telefon ku,,

"Baru pukul 7:30...Hari ini bukan hari cuti lagi ke?Lambat nak pergi mana ni?"

Kataku kembali.

Standard aku cuti memang aku tidur sampai pukul 10 pagi sebab penat melatih pelajar silat.Tapi solat subuh tak pernah tinggal.

"Woi,hari ni kan hari pendaftaran budak baru kat kolej.

"Kau juga yang beria nak jaga kaunter pendaftaran."

"Siap minta dengan lecturer lagi."

Kata Safwan yang masih gigih mengejutku walaupun aku buat tidak kisah

Terbeliak mata aku apabila Safwan bagitahu yang harini hari pendaftaran pelajar junior.

Macam mana aku boleh lupa.

Aku hanya ada masa lebih kurang sejam sahaja untuk bersiap.
"Kenapa kau tak kejut aku awal-awal?"Tanyaku pada Safwan

"Dah berapa juta kali tah aku kejut kau,tak bangun-bangun juga.

"Kan aku dah cakap,batalkan je kelas silat kau tu,kau tak nak."

Kata Safwan yang agak marah kepadaku.

Untuk aku yang memang minat dengan Martial Arts,memang tak la aku nak batalkan kelasku.Aku punya minat Martial Arts ni sampai aku belajar Boxing,Silat dan Wing Chun pada satu masa.

Orang kata kalau belajar banyak-banyak dalam satu masa boleh gila.Tapi,,,aku elok je,,waras je,,,.Aku hanya perlu 5 tahun untuk tamatkan pengajian

Untuk Taekwando pula aku tak habis belajar.Cuma sampai tali pinggang merah hitam masa di sekolah menengah.Lepas aku habis tingkatan 5,aku tak sambung sampai sekarang sebab,, ye la kan... aku dah selesa dengan sir khairul,,,dengan dia je aq nak belajar taekwondo,, yang lain? out...

Bila ada masa lapang , aku akan sambung untuk melengkapkan Martial Arts aku.

and,,, back to the story

"Aku buat kelas dapat duit daripada kau?" herdikku kepada Safwan dengan agak marah.

"Dah la.Cepat sikit,dah lambat ni."Katanya dengan lembut supaya tidak bergaduh denganku.

"Aku tunggu dalam kereta."Katanya lagi.

"Ibu dengan ayah mana?"Tanyaku lagi.

"Awal-awal pagi dah keluar.Katanya ada urusan penting."Beritahunya kepadaku.

"Aaa.... " aku cuba untuk bertanyakan beberapa soalan

"Apa lagi,cepatlah siap."Kata Safwan sambil berjalan menuju ke pintu utama rumah.

Aku yang duduk di atas sofa di ruang tamu bergegas menuju ke bilik untuk bersiap-siap.

Tiba sahaja di bilik;

"Mana pula aku letak tuala aku ni?" aku bermonolog

Habis bersepah satu bilik aku kerjakan tuk mencari tuala mandiku.

"Baru aku ingat.Semalam aku lap air protein yang tumpah pakai tuala aku.
Macam mana sekarang ni?"Aku bermonolog sambil berfikir.

Tidak jauh dariku,aku ternampak sehelai kain pelikat yang berada di hujung katil.

Dengan pantas aku mengambilnya dan terus masuk ke dalam bilik air.

****

Sedang aku melihat diriku di cermin,aku terlihat ada satu kelibat di belakangku.

"Sampai bila kau nak tengok cermin tu? Sampai pecah?"Marah Safwan.

"Gerak jom!"Teriak Safwan lagi.

"Kejaplah,sikit je lagi."Aku berkata sambil membetulkan tali leher dan rambutku.

"Ok,jom...!"

****

DIANAH IS MINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang