bab 34

284 14 1
                                    

Sebulan kemudian,

"Makk!" Leen memeluk maknya melepaskan kerinduan. Air Matanya mengalir di pipi kerana terlampau gembira akan kepulangan emaknya itu.

Shah hanya tersenyum melihatkan leen. Shah menyalam abah lalu memeluk abah sambil bibirnya mengucap " selamat pulang abah" shah tersenyum. Abah menepuk-nepuk belakang shah lembut.

Amalin juga tidak terkecuali menangis akan kepulangan emak Dan abah. Rasa sebak tidak dapat dilindung lagi. Abah juga turut dipeluk mereka bagi melepaskan kerinduan.

Mak hanya tersenyum melihat anak-anaknya itu.Lalu abah membuka kata. " Haa,shah Anak abah yang mana paling nakal sekali masa kitaorang takda ni?"

"Haaaa Ni dua dua nakal" shah bergurau. Leen mengesat air matanya lalu wajah yang sayu terus mengukirkan senyuman.
"Dah,Jom kita balik" leen menyampuk.

Sambil berjalan mereka berborak-borak.Al maklumlah rindu sangat kat Mak Dan abah.Banyak sangat hendak diceritanya.

"Yey, lepasni boleh la mak masak , rindunya masakan Mak" amalin memeluk bahu mak erat. Mak yang berjalan terus hilang imbangan. "Eh budak ni"

Mak tersenyum. "Mak,Mak tau tak Akak masak tak sedap langsung!" Amalin mengadu.

Leen yang melihatnya membulatkan Mata " amboi amboi, time aku masak kau Makan habis jugak kan??" Leen menyindir.

"Eleh nak mengungkit"
"Eh budak ni" leen mencubit amalin selamba.
"Sakit la gila!" Amalin membalas.

Mak Dan abah hanya menggeleng "eh eh sudah sudah. Ni mesti selalu bergaduhkan masa Mak takde?"
Shah menyampuk "selalu Mak" shah ketawa kecil.

Keesokkan harinya,

Leen keluar Dari rumah , dia menghirup udara Segar pagi. Nafasnya di tarik. "Segarnya udaraaa" leen menghembus. Lalu terus leen mengambil pakaian yang hendak dijemurnya ke ampaian baju.

Tiba-tiba satu suara kedengaran. "Leen?" . Leen menoleh tanpa ragu ragu. Wajahnya kini berubah apabila melihat zahril di sebelah rumah.

"Zahril?" Leen menghampiri zahril. " bila awak balik? Mami az cakap awak lari rumah,dah berapa hari tak balik awak pergi mana?" leen memandang zahril sayu.Didalam hati leen sungguh rindu. Rindu akan zahril.

"Saya lari sebab awak leen , sampai hati awak kawin dengan shah?" Leen tercengang. "Awak cakap apa Ni? Bukan ke kita takde apa apa?" Leen bersuara.

"Macammana awak boleh terima shah balik,dia dah tinggal kan awak bertahun kot? Sampai awak sakit sbb dia? Awk masuk hospital saya yang jaga tau leen?" Zahril mengungkit. " awak dah lupa ke janji kita? Janji awak kt saya? Kenangan kita semua?'

"Awak,terimalah kenyataan yang kita takde jodoh,saya dah penat nak benci abang awak, bukan saya boleh putarkan masa pun?" Leen membalas. Mata leen mula berkaca mengenangkan kata kata zahril.

"Oh,sekarang awak dah mula sayang dia? Ha?" Zahril menggeleng sambil tersenyum sinis. "Dulu bukan main benci sekarang dah sayang?"

"Saya, takkan senang² lepaskan awak. Saya akan dapatkan awak balik leen."

Leen membulatkan Mata terkejut tatkala mendengar ungkapan zahril itu.Tak sangka zahril boleh berdendam dengan abangnya sendiri.

CINTA LAST MINUTES🕒  [✔]Where stories live. Discover now