"Ish, semaklah minah ni. Nak main langgar-langgar pulak dia. Menyibuk je nak kacau crush orang. Macam takde orang lain jer" rungut Bella. Dia pon tengok je dari jauh budak dua orang tu kutip buku-buku latihan yang terjatuh di depan bilik guru itu.
•••••••••••••••••••••••
"Wey, dia datanglah. Kat kaunter air tu" bisik Aziz. "Mana, mana, mana??" Melilau mata Bella carik si dia. "Wah, handsomenya dia hari-hari" "Woy, jangan tenung lama-lama dosa nanti. Dah, sambung makan tu. Waktu rehat dah nak habis ni" kata Aziz
"Eh tadi ada budak baru lah, handsome pulak tu" kata salah seorang pelajar perempuan kepada rakannya sambil menuju ke kelasnya.
"What??!! Berani dia nak ambik Amm aku!!" Pendamnya di dalam hati. Disebabkan cikgunya sudah masuk ke dalam kelas, niatnya terbantut untuk melafazkannya.
"Baik kelas, sekarang mata pelajaran Sains. Sila simpan buku yang lain. Sekarang buka buku teks Bab 4 iaitu tajuk 'Pembiakan'. Kata cikgu Syahmi dan dia mengetahui apa yang akan berada di minda setiap pelajarnya sepanjang 4 tahun pengalaman menjadi guru Sains.
"Bab favourite kau ni"
"Jadi ini ialah gambaran untuk organ pembiakan lelaki dan perempuan. Cikgu akan terangkan satu per satu kepada kamu semua. Hah Bella, saya nak kamu jawab soalan saya. Macam mana zigot boleh terhasil? Tanya cikgu kepada Bella yang sibuk mengelamun daripada tadi. Dia sengaja menanyakan soalan itu untuk mengetahui bahawa pelajarnya menumpukan perhatian atau tidak. Padahal, dia belum merangkan apa-apa lagi.
Lalu, Bella terus berdiri dan menjawab soalan yang diberikan kepadannya. "Apabila penis lelaki memasuki vagina perempuan, berjuta sperm akan pergi ke ovum. Tetapi hanya satu sperm akan terselamat untuk menghasilkan zigot. The struggle is real cikgu" jawab Bella dengan yakin. Sempat lagi dia masukkan pepatah Inggeris.
"Wah, bagus kamu ni. Kagum cikgu. Saya tak terangkan lagi pon boleh jawab dengan jelas. Hah kelas, macam ni lah boleh jadi pelajar contoh. Cuba kamu semua jadi macam dia" seluruh kelas memberi pandangan yang lain daripada yang lain kepada Bella setelah mendengar apa yang dicakap oleh cikgu 😏
"Apa?!! Cikgu tanya aku jawablah. Pelik ke?" Jerit dia. Yang nak tergelak pon ada. Yang geleng kepala pon ada 😂
YOU ARE READING
I wish I had never met you
Teen FictionIt's a girl life 😏 Btw, cerita ni idea fresh dari otak dan realiti sebenar.