"Sabtu ni kita lepak air terjun nak, Aziz?
Mesej Bella kepada rakannya kerana kebosanan yang melampau agar tidak keseorangan di rumahnya.Kira-kira seminit kemudian, dia mendapat maklum balas dari rakannya dan mendapat lampu hijau.
Di air terjun
"Wah, sejuknya dekat sini. Kita kena pergi selalu nih" kata Aziz dgn gembirannya."Baik boss" jawab Bella.
Sedang menikmati alam semula jadi yang indah itu, Bella teringat akan buah hatinya, Am.
"Wey Aziz, kau rasa Am tengah buat apa sekarang ni? Aku rindu dia lah 😭💕"
"Hmmm, manalah aku tahu. Kau fikir aku bodyguard dia ke? 🙂"
"Haa, panjang umur pon. Tu dia, dekat pondok sana tu hah. Sibuk buat live Instagram dengan kawan dia."
"Alah, data aku dah habis lah. Tak boleh nak tengok live dia, huhu. Malam nanti mesti dia buat lagi. Dekat rumah kan ada wi-fi. Boleh tengok puas-puas 😏" kata Bella.
•••••••••••••••••••••••
"Wah, segarnya dah mandi air panas waktu malam-malam macam ni. Takkan nak terus tidur, tak mengantuk lagi nih. Main phone dulu lah."
"Burrrrkkkkkk~" perutnya sudah berbunyi menandakan bahawa dia masih lapar walaupun dah makan malam.
"Adoi, masa ni lah lapar lagi. Masak maggi cup je lah"
"Am dah start live lah. Dia pun tengah makanlah. Lagi berseleralah aku nak makan ni."
Setelah habis makan, dia masih menunggu live itu sehingga tamat. Dia berasa amat gembira, lalu tidur dalam kesenangan.
•••••••••••••••••••••••
"Aku mimpi lah malam tadi."
"Kau mimpi apa?"
"Aku nampak dia cakap yang dia sebenarnya suka kat aku."
"Apa benda yang kau merepek ni? Pagi-pagi dah cakap benda bukan-bukan."
"Betullah."
"Hmmmm, yelah. Pergi mandi dulu, kau kata nak jogging pagi ni. Konon nak pikat Am."
"Baik boss, sekarang jugak saya gerak."
"Jangan lupa breakfast, nanti muntah macam hari tu, habis kotor baju aku"
"Hehe, jangan risau, mak aku dah masak pagi tadi. Pasal hari tu kan aku dah belikan kau baju baru. Takkan nak ungkit lagi."
"Cepat sikit, lambat aku tinggal, bye""Aik, tinggal macam tu je? Malu lah tu" kata Bella bila Aziz terus meletakkan telefonnya.
🍕🍕⭐️🍕🍕⭐️🍕🍕⭐️🍕🍕
Sorry sebab tak dapat nak sambung dgn cepat 👉🏻👈🏻
YOU ARE READING
I wish I had never met you
Teen FictionIt's a girl life 😏 Btw, cerita ni idea fresh dari otak dan realiti sebenar.