Characters
Oh Sehun | Lee Yoonmi (OC) | Oh Sera (5 tahun) | Kim Jongin (6 Tahun) & Others
:: Fanfic ni dah saya post dekat AFF
Sera cepat-cepat berlari keluar mendapatkan Sehun setelah bunyi loceng berdering menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat. Dia berlari sambil menangis teresak-esak. Papanya yang masih belum sedar akan Tuan puteri belahan jantungnya menangis, terus tersenyum lalu mendepakan tangannya untuk didakap Sera.
"Papa.. sobs", Sera menekap mukanya dibahu Sehun sambil menangis sendu. Erat lengan baju papanya diremas.
"Hey, Sera kenapa menangis ni sayang? Tengok papa, cakap dengan papa, siapa yang buat Sera menangis?", Sehun memegang kepala Sera penuh kasih, memujuknya untuk lihat kearah matanya, sedangkan gadis kecil itu terus-terusan tunduk lalu menangis dan menyembabkan wajahnya kembali dibahu papanya itu. Sehun mengusap-usap kepala Sera sebelum puterinya itu menghadap muka kearahnya. Wajah tangis puterinya ditatap lama. Sesekali air mata Sera mengalir, Sehun cepat-cepat menghapuskan air mata itu sebelum jatuh ke bumi.
"Jongin.. Jongin jahat dengan Sera, papa... sobs.." Adu Sera sambil mengusap matanya yang sembam selepas habis menangis. Hidungnya pula sudah mula merah.
"Jongin? Siapa? Dia buat apa pada anak papa ni? Sera bagitahu papa cepat, siapa Jongin tu.. Tunjukkan pada papa.." Sehun jadi kelam kabut. Dia fikir Sera cuma bergaduh kecil dengan rakan-rakannya, tapi Sehun tak sangka pula Sera menangis kerana seorang namja. Eh, Ini tak boleh jadi ni. Bisik hatinya sendiri. Dia harus cari tahu.
"Papa nak jumpa Jongin?", tanya Sera seraya menghapuskan air matanya laju. Hingusnya disedut. Sobs. Dia cepat-cepat menarik tangan Sehun menuju ke arah padang.
Sehun mengikuti Sera yang menarik tangannya dan memaksanya berjalan lebih laju.
Langkah dua beranak itu berhenti dihadapan lapangan bola keranjang. Sekumpulan kanak-kanak lelaki sedang bermain dengan penuh tenaga. Memang mereka semua tidak perduli langsung kehadiran dua beranak itu.
Sehun teringat sesuatu, dulu dia juga seperti itu. Bermain tanpa memperdulikan apa-apa...
“Papa...”
Lamunan Sehun terhenti seketika ketika dia rasakan tangan kecil Sera menarik-narik hujung bajunya.
"Papa.. Itu lah Jongin..." ucap Sera sambil menundingkan jari ke arah kanak-kanak lelaki itu. Jongin yang perasan kewujudan Sera dan Papa nya terus berhenti bermain dan melangkah angkuh kearah mereka.
"Sera-ah, Papa nak berbual kejap dengan Jongin, Sera masuk dalam kereta dulu okey?", Perlahan kepala Sera diusap Sehun.
"Tak nak.." Sera dah mula muncungkan bibirnya tanda tak puas hati. Tangannya dilipat kemas sambil matanya tak lepas merenung papanya.
"Jangan degil.. Kalau Sera masuk kereta, nanti Papa belikan Ais krim?"
"Huwahhhh, jinjja?", bersinar-sinar mata Sera bila terdengar perkataan ais krim. Memang papanya tahu cara mudah nak buat Sera dengar kata. Umpan saja dia dengan ais krim. Haha! Settle.
Sehun segera melangkah masuk ke dalam kereta setelah selesai berbual singkat dengan Jongin. Sera dah mula tak senang duduk. Agaknya apalah yang papa bualkan? Macham je muka tuhh..
“Papa.. Tadi papa berbual apa dengan Jongin?” tanya gadis kecil itu ingin tahu. Sehun cuma mengukir senyuman kecil dibibirnya sambil memakaikan Sera tali pinggang kaledar sebelum teruskan pemanduannya.
YOU ARE READING
XOXO Baby Mr. Oh!
FanfictionMengisahkan kehidupan rumah tangga Sehun dan Yoonmi bersama anak perempuan mereka yang nakal, Oh Sera. XOXO Baby Mr. Oh! adalah satu kisah kenangan antara Sehun dan Yoonmi diwaktu mereka masih dibangku sekolah lagi. Yoonmi yang obses dengan Sehun se...