Never ignore the person who loves you, cares for you & misses you..
Because one day, You might wake up from your sleep and realized that, You lost the moon while counting the stars..
Mulai hari itu, Sehun adalah orang yang selalu menghantar dan menjemput Yoonmi di Sekolah, sepanjang dua minggu ketiadaan ibu bapa Yoonmi di Korea. Dan mulai dari detik itu juga lah Yoonmi berkira yang dia pasti akan lebih rapat dengan Sehun namun jangkaannya tetap meleset.
“Hun..Esok perlawanan akhir kan?”, tanya Yoonmi setelah turun dari motosikal milik Sehun. Sehun masih berdiam dan tidak memperdulikan pertanyaan Yoonmi sebaliknya dia masih mencuba membukakan topi kaledar yang dipakai Yoonmi itu. Macam hari-hari biasa, Sehun pasti akan menghantarnya dan menjemputnya balik dari sekolah.
Sehun mengangguk membalas ucapan Yoonmi. Nah, setelah terbuka topi kaledar itu, baru lah dia membalas, itu pun cuma dengan anggukkan.
“Boleh tak saya nak datang tengok awak main?”, tanya Yoonmi lagi. Matanya dah bersinar-sinar, merayu sangat untuk Sehun izinkan. Tapi...
“Kau kan baru je nak sihat.. Tengok tangan tu? Berbalut lagi.. Tak payah datang lah..”
“Tapi..” Yoonmi dah mula muncungkan mulutnya. Masam je muka bila dia tak diizinkan pergi tengok perlawanan itu.
“Ahh tak payah nak buat muka macam tu, buruk aku tengok”, cepat-cepat Sehun meremas poni rambut Yoonmi. Biar rambutnya kusut, Hahaha.. Sumpah sebenarnya Yoonmi comel sangat dimata Sehun. Cuma Sehun saja tak pernah nak mengaku.
“Yah! Jadi boleh lah saya pergi?” 100% muka Yoonmi berubah ceria, dah Sehun cakap muka tadi buruk.. -_-
“Suka hati kau lah..”
Sehun dan satu Team bola keranjang bersorak girang selepas dinobatkan sebagai pemenang perlawanan akhir bola keranjang itu. Masing-masing mengukir senyuman diwajah mereka. Ini adalah satu kebanggaan bagi sekolah.
Team XOXO Daebak!
“Hey Sehun, Yoonmi tak datang ke?”, Tanya Luhan sambil menuang air coca-cola ke dalam gelas milik Sehun. Disebabkan mereka menang perlawanan, Team XOXO sempat membuat parti kecil untuk meraikan kemenangan mereka bersama.
“Entah..” sahut Sehun lalu meneguk air bergas itu dalam sekali teguk. Oneshot! Ahhh~ Desahnya lega.
“Kau kenapa kejam sangat dengan dia hah? Yoonmi tu gadis yang baik.. Dia cantik pulak tuh.. Ermm, Tapi, Yura cantik lagi lah... bagi aku.. Aip! Jangan pernah ada hati dengan Yura tau? Dia aku punya!” sempat pula Luhan memberikan amaran pada Sehun. Sehun cuma tersenyum kecil dan menggeleng. Memang tak lah dia nak suka dekat Yura. Yura jauh sangat dari kriteria gadis idamannya.
“Aku..” teragak-agak Sehun berkata.
“Kenapa? Jangan sebut kau suka Yura...”
“Eish! Bukan Yura lah, ni pasal Yoonmi! Aku rimas sebenarnya dengan dia.. Iye lah, hari-hari datang cuba nak rapat-rapat dengan aku, Kau tak rasa ke yang dia cuba mencari perhatian?” Sehun meluahkan segalanya pada Luhan. Well, walaupun ucapannya ini sebenarnya bukan dari hatinya..
Sehun cuma tak nak mengaku pada Luhan yang dia juga turut ada perasaan lebih pada Yoonmi. Memang! Egonya terlalu tinggi untuk mengaku.
“Dia suka kau lah tu..” sambung Luhan pula. Sedar tak sedar, Sehun perlahan-lahan tersenyum.
“Memang, yang tu aku tahu..Tapi, siap bagi makanan semua, silap hari bulan, dia jampi apa-apa dalam makanan aku, aku yang angau kat dia... hahahah,” gurau Sehun sarkastik.
YOU ARE READING
XOXO Baby Mr. Oh!
FanfictionMengisahkan kehidupan rumah tangga Sehun dan Yoonmi bersama anak perempuan mereka yang nakal, Oh Sera. XOXO Baby Mr. Oh! adalah satu kisah kenangan antara Sehun dan Yoonmi diwaktu mereka masih dibangku sekolah lagi. Yoonmi yang obses dengan Sehun se...