Chapter 2

15 2 0
                                    

Sudah aku cerita tentang asal usul namaku. Jadi aku ingin menceritakan kisah aku di sekolah. Aku bersekolah di SMKTM. Aku berada di tingkatan 3 Cekal. Aku dan rakan-rakanku duduk di dalam satu kumpulan. Satu kumpulan mempunyai 6 meja. Aku, Amera, Najiha, Aida, Dahlia dan Soleha adalah teman rapatku di sekolah. Kami juga mempunyai “Group” tersendiri yang bernamaHANAD'S”.HAHA bukan bertujuan untuk hidup berkelompok atau mengasingkan diri dari rakan yang lain cuma sekadar group sahaja. Kami juga tetap berkawan dengan rakan kelas yang lain walaupun mereka bukan dalam group kami. Memang stailnya macam itu. Kami sentiasa bersama pada waktu rehat, waktu sukan, di library dan sebagainya HAHA. Biasa bagi seorang perempuan remaja pasti mempunyai seorang lelaki idaman. Seperti Amera juga meminati seorang lelaki yang cukup kacak yang bernama Aiman. Bila ditanya suka atau tidak pada Aiman tidak mengaku. Alahai..sudah suka suka sajalah kenapa mahu malu pula?.HAHAHA. Najiha juga tidak terkecuali tetapi dahulunya jugak meminati rakan sekelasnya yang bernama Syukri. Tetapi sudah beralih arah pada lelaki yang lain akibat cinta yang boleh dikatakan bertepuk sebelah tangan. Kesian tapi sekarang dia meminati seorang lelaki yang berada di tingkatan 5 bakti yang bernama Zulfika. Nama saja macam perempuan tetapi lelaki. Hmm.. Ya. Lelaki ini juga lebih tua 2 tahun dari Najiha.Okey selesai 2 orang tinggal lagi 3 orang yang belum aku ceritakan. Yang seterusnya, Aida juga meminati lelaki  yang 3 tahun beza umurnya yang bernama Na'em. Na'em sudah habis bersekolah di SMKTM tetapi cinta Aida kepadanya tidak pernah hilang dek melayang dek angin. Tapi Aida juga pernah terjatuh cinta dengan seorang lelaki di sekolah. Orangnya yang tinggi, kacak bergaya, dan juga IPhone user. Gayanya juga seperti seorang cikgu. Memang cikgu pon. Cikgu yang juga bernama En. Fahmie Zamzam. Seorang guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah. Alangkah malangnya cikgu ini hanya guru sementara di sekolah. Kesian.. Seterusnya, Dahlia seorang gadis yang cantik juga meminati seorang lelaki yang kacak lagikan bergaya yang bernama Aidil. Juga tua setahun dari Dahlia. Cinta mereka berdua ini sangatlah suci AUTA.. Aku juga selalu melihat mereka berdua iniberdatingdengan jarak yang jauh iaitu dari kelas ke kelas. Aidil ini berada di tingkatan 4 Cekal. Kelas 4 Cekal dan 3 Cekal  berada dihadapan sahaja yang memisahkan kelas ini hanyalah tembok. Jadi senanglah mereka hendak berjumpa.. Yang terakhir, Soleha. Soleha Soleha Soleha... Yang dahulunya mencintai seorang lelaki 2 tahun beza umurnya yang juga berada di tingkatan 5 Cekal. Lelaki ini bernama Amirul. Dahulunya juga mereka ini bercinta bagai romeo and julie tetapi disebabkan satu pergaduhan mereka berpisah. Jadi hidup Soleha ini sekarang masih solo. Okey tamatlah sudah...

____________________________________

Say no to ghost readers ❌
Give me a 🌟
Muah cikit 💋

Aku & rakan²Where stories live. Discover now