Chapter 3

13 2 0
                                    

Sudah aku ceritakan tentang teman-temanku di sekolah. Sekarang aku ingin memceritakan kehidupan aku sebagai seorang pelajar harapan sekolah.. (Tipu je). Seperti yang telah diberi tahu aku berada di tingkatan 3 Cekal. Guru kelas kami bernama Pn. Ruhaida guru kelas yang sangat bertanggungjawab. Keistimewaan yang aku suka tentang kelas aku ialah kelas yang memang suka menyanyi. Jika ada guru yang masuk lambat, maka mereka mengambil peluang keemasan ini untuk menyanyi bukan seorang tetapi hampir separuh kelas turut serta menyanyi termasuklah diri aku sendiri HAHA. Tetapi, biasalah pasti ada yang tidak senang dengan kebahagiaan kami menyanyi. Tapi kami tidak peduli kadang-kadang mereka yang tidak suka kami menyanyi itu pun kadang-kadang turut serta dalam nyayian kami. Bukan rakan sekelas saja yang tidak menyukai kami sesetengah guru juga “anti” pada kami. Seperti pada kisah semasa aku di tingkatan 2 Cekal kami (8 orang pelajar) telah dihantar beramai-ramai ke bilik runding cara (bilik disilpin) kerana lambat masuk ke kelas dan aku pada waktu itu aku merupakan seorang pengawas sekolah. Dan paling mengejutkan adalah guru pada waktu itu adalah Ustaz Tajuddin yang merupakan guru pengawas. Kelas 2 Cekal pada waktu itu pun merupakan kelas yang paling banyak namanya direkotkan di dalam buku disiplin dan kelas paling bermasalah di sekolah. Dan pada tahun ini kelas kami cuba untuk mengelakkan melanggar peraturan sekolah tetapi untuk menjadi kelas yang paling senyap itu mustahil. Pada bulan puasa juga kelas kami juga tetap merupakan kelas yang terbising kecuali pada waktu peperiksaan tetapi selepas peperiksaan kelas kami kembali seperti asal. Bagi aku kelas 3 Cekal ini adalah seperti keluarga aku sendiri gaduh itu biasalah, manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Sudah tiga tahun kami satu kelas yang sama. Insyallah jika di izinkan Allah aku berharap kami juga akan kekal dalam kelas 4 Cekal tahun hadapan. Selalu buat cikgu marah, malas buat kerja rumah, suka mengumpat, selalu hasut cikgu pergi ke library dan perbagai lagi kejahatan kami lakukan disekolah. HAHAHAHA memang lucu bila diingat peristiwa bersejarah ini. Bak kata budak zaman sekarang Ngam❌Ngam.. HAHA. (Budak wechat). Okey sampai disitu sajalah.

___________________________________

Ghost readers?
Follow my ig:@st.hjrky
Give me a??
🌟🌟🌟

Aku & rakan²Where stories live. Discover now