9

152 35 0
                                    

Waktu rehat mejelang tiba.

Pelajar berpusu pusu ke kantin sekolah.

Tapi aku sebaliknya. Aku menentang arus dan pergi ke bilik muzik.

Setiap hari pada waktu rehat aku akan pergi ke bilik muzik. Aku membuat lagu.

Aku lebih tertarik dengan aliran hip hop dan rap.

Aku harap akan menjadi seorang rapper pada satu hari nanti.

Dapat mencipta lagu yang boleh membuka mata dunia.

Agar dunia tidak lagi mengamalkan deskriminasi dan penindasan.

Dan aku hanyut dengan alunan piano.

Aku lupakan segala masalah yang membelenggu.

Tiba tiba aku mendengar suara yeoja menangis.

Aku amati suara itu dan mencari arah suara tersebut.

Suara itu membawa aku ke bilik stor.

Aku cuba membuka pintu stor tersebut namun gagal.

Aku kemudian menghentak kuat pintu itu dengan kerusi dan akhirnya pintu dapat dibuka.

Aku lihat seorang yeoja yang sedang duduk memegang lututnya.

Aku menghampirinya.

Namun belum sempat aku bertanya keadaanya, yeoja itu mengusutkan rambutnya dan mengoyakkan bajunya sehingga mendedahkan bahunya.

Aku terkejut.

Tidak tahu hendak buat apa.

Dia mula menangis dengan kuat.

Aku kemudian terdengar suara namja di luar yang memanggi pelajar lain.

Ramai pelajar lain. Mereka terkejut melihat keadaan yeoja tersebut.

Mereka menuduh aku yang membuatnya begitu.

Aku menidakkan.

Aku menggesa yeoja itu supaya memberitahu perkara sebenar.

Namun dia berkata bahawa aku yang melakukannya.

Pelajar namja mula meluru memukul aku.

Mereka memukul aku bertubi tubi.

Badannya aku habis luka dan berdarah.

Saem Kang datang dengan Saem Jae. Mereka bertanyakan apa yang berlaku dan pelajar menceritakan apa yang berlaku.

Aku menggeleng kepala. Aku memberitahu bahawa semua itu fitnah.

Saem Kang datang kearah aku dan menampar wajah aku.

Aku kemudiaan diarahkan pergi ke bilik disiplin.

[OG] PILLWhere stories live. Discover now