"Aku.. sukakan kau!", akhirnya terluah juga isi hati gadis itu. Sudah lama dia menyukai
jejaka itu dalam diam. Aisyah mendongak untuk melihat Fikrin. Liurnya diteguk. Mereka bertentangan mata. Lama."Maaf aku tak boleh. Aisyah, kau tahu kan yang aku dah berpunya",Fikrin mula bersuara.
"Aku hargai confession kau tu. Thanks but sorry i can't. I love Arina so much", Fikrin beredar selepas mereject cinta Aisyah.
Kaku. Malu. Bodoh. Itu yang dirasai gadis yang berusia 17 tahun itu. Ditolak mentah2.
....
"What?!, she's confessed kat kau?! minah tu?.. jap.. unbelievable! ",Faris selaku bff Fikrin mula tergelak.
"Ni kena buat pengumuman ni! ",Aidil pula mula mencelah.
"Ok guys, listen aku ada sesuatu nak bagitahu korang semua",Aidil mula berdiri di atas kerusi kantin. Semua pelajar yang berada di kantin itu mula menumpukan perhatian terhadap Aidil. Aidil mula berdehem.
"Korang tahu tak tadi kan ada seseorang confessed kat Fikrin! But, Fikrin tolak.. and korang nak tahu tak siapa orang tu? She's Aisyah from 5 Aspirasi! Korang kenal tak dia? Dia tu yang selekeh tu, pakai spek bulat besar yang gigi jongang tu", semua pelajar di kantin itu mula tergelak! Ada yang mula mengata2 pasal Aisyah.
Kebetulan Aisyah dan Anis baru sahaja selesai membeli segelas air di kantin itu. Anis di sebelah berpaling ke arah Aisyah. Simpati. Ya dia sebagai sahabat mestilah akan simpati jika sahabatnya dicemuh.
"Oh, that she is. Eh Aisyah! Marilah confess sekali lagi..mana tau kau diterima"Faris ketawa terbahak2 di akhir ayatnya. Apa yang lawak pun aku tahu!
"Ada hati confessed kat orang hensem. Weh, cermin dulu diri kau tu.. kalau lawa takpe la jugak, ni muka dah la xsiap! selekeh jongang! Miskin pulak tu! "Tanpa rasa simpati Aidil menghina Aisyah di hadapan pelajar lain. Semua yang berada di kantin itu ketawa tidak berhenti. Aisyah tidak kisah jika orang lain ingin gelakkannya, tapi perkara yang menyakitkan hatinya ialah Fikrin pun turut ketawakannya. Sakit betul hatinya tatkala ini. Aisyah menggenggam gelas yang berisi air milo di tangannya. Dia terus melulu ke arah Aidil lalu menyimbahkan air milo tersebut ke muka jejaka yang barusan menghinanya.
Semua yang berada di situ kaget melihat tindakan berani Aisyah tadi.
"Kau siapa nak hina aku Aidil?! Aku tahu aku tak lawa macam awek2 korang semua! Tapi aku ada hati dan perasaan! Aku.. takkan maafkan korang semua! Dan kau Fikrin, lupakan je la pasal confession bodoh aku tadi tu" Aisyah terus beredar dari situ. Satu tempat yang ingin dia tuju sekarang ni iaitu toilet.
"Salah tanggapan aku tentang kau orang semua ni, harap muka je hensem tapi hati busuk macam loji sampah! ",Kini giliran Anis pula menyimbah air ke muka Faris setelah itu Fikrin.
"Kau apahal hah betina?! ",Faris tidak berpuas hati. Ingin saja dia melempang Anis tetapi dihalang Fikrin. Anis hanya buat muka seposen lalu blah dari situ. Dia ingin mencari Aisyah, sahabatnya.
...
"Kenapa aku ni bodoh sangat?! Kenapa aku sanggup buat perkara yang akan memalukan aku?! ",Aisyah merenung dirinya melalu cermin besar di tandas sekolahnya.
"Memang yang akan dipandang hanya rupa saja ke? Buruk sangat ke aku ni? ",bisik hati Aisyah.
"Aisyah! sini rupanya kau.. risau aku kau tahu? ",Anis datang lalu mengusap belakang Aisyah,tujuan untuk menenangkan sahabatnya.
"Kau ok? ",Anis bertanya.
Eh Anis,kau boleh tanya pulak dia ok ke tak? sah2 la dia tak ok..
"Aku malu Nis.. Aku menyesal sangat sebab buat pengakuan kat Fikrin. Macam mana aku nak berdepan dengan pelajar2 yang lain lepas ni? ",Aisyah teresak2 berbicara.
"Aisyah, kau buat tak tahu je. Anggap je semua tu tak pernah berlaku. Lagipun SPM 2 minggu lagi.. so dalam masa 2 minggu ni semua pasti sibuk nak study an.. an lepas je exam tu, kau dah tak perlu hadap muka shrek2 tu semua dah",Aisyah berkata2, memberi semangat!
"Shrek? yang hijau tu",Aisyah mula tersenyum. Ada je Anis ni dengan lawak dia.
"Ha,, kan dah senyum.. Dah la aku taknak tengok kau nangis lagi.. lupakan diorang tu.. tak penting pun, yang penting sekarang ni kita kena study Math.. Cepatlah, aku nak kau ajar aku formula Algebra",Anis mula memeluk lengan Aisyah."Haa tu la kau, dalam kelas duk termenung kat benda lain.. ok jom aku ajar kau"
...
"Nasib baik aku ada baju spare, kalau tak, masuk kelas dengan baju yang kotor tu lah gamaknya! ",omel Aidil.
"Tu la kau, mulut lancang sangat! ",ujar Fikrin.
"Dah cepat, aku nak study ni.. makin berdebar pulak aku bila kira hari exam dah makin dekat",Fikrin menambah lagi.
...
Pejam celik pejam celik, akhirnya hari yang mendebarkan telah tiba iaitu hari peperiksaan SPM, pelbagai karenah yang boleh dilihat ketika ini, ada yang menjeling orang sebelah, ada yang termenung, ada juga yang membuat air liur basi.. Syukurlah Aisyah dan Anis tiada masalah ketika menjawab peperiksaan tersebut.
Terima kasih kepada Anis kerana sentiasa memberi semangat kepada Aisyah untuk melupakan perkara pahit yang pernah terjadi dalam dirinya.Kalau bertembung dengan Fikrin, Aidil, Faris dan geng2 gosip, Aisyah hanya lalu sahaja seolah2 tidak nampak bayangan mereka.
Peperiksaan berjalan selama sebulan.. Lama giler! Tapi ok lah sbb jarak hari tu pelajar boleh study dan buat latihan banyak2. Tambah2 lagi kalau senggang paper Math.. aku suka giler yang ni, takde la otak aku sakit sangat sbb nak study esei bi lagi kan.. huhuhuh
"Tahniah kepada semua calon kerana telah berjaya menjawab 10 matapelajaran SPM. Saya doakan kalian semua mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke University. InsyaAllah",tutur Ketua pengawas yang menjaga dewan peperiksaan.
Finally, MERDEKA!!
Semua pelajar mula bersorak kerana telah bebas dari SPM.. Aisyah berjalan ke arah Anis.
"Anis, kita dah habis SPM lahh.. Kau boleh jawab tak? ",Aisyah bertanya. Aisyah memang akan bertanya setiap kali selesai menjawab peperiksaan.
"Yes Cah",Anis menjawab. Kedua2 mereka tersenyum girang.. Gembira kerana segala penat lelah dan usaha mereka berjaga malam dan buat study group memberi hasil kepada mereka.
So how bab 1?hehehe harap korang sukakannya ok.. Kalau boleh tekan la vote ty.. and comment sekali..
YOU ARE READING
We're Meant To Be!
RomanceAq xreti nak buat sinopsis.. kalau nak tahu baca je.. InsyaAllah best.. Start: 6 June 2017