"Jiyong!",suara TOP bergema di seluruh pelosok rumah agam itu.GDragon atau lebih dikenali sebagai Jiyong terus bangun dari katil dan menuju ke ruang tamu,mendapatkan hyungnya.''Haa,baru bangun?"kata TOP."Dah bangun dah tapi tidur balik.Hehehehe."Kata GDragon sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal."Bagus,dah tu lewat nak pergi kerja?Jiyong jangan buat perangai Jiyong yang dekat New York tu.Sini Malaysia,faham?'',kata hyung TOP sedikit tegas.Ya,GDragon baru balik New York kelmarin.Dia tinggal disana lebih dari 4 tahun untuk menyambung syarikat arwah appanya disana.Hanya 2 kali dalam sebulan sahaja dia balik ke Malaysia.Itu pun kerana kerja kalau tidak,tak sudi dia hendak memijak negara yang penuh dengan budaya.''Ala,hyung ni.Orang baru balik kelmarin takkan tak boleh rehat?hyung ni memaksa betullah.Sebab tulah suruh orang balik awalkan?kata ada hal penting.Dahlah Jiyong nak masuk tidur balik''.GDragon terus bangun dari sofa dan menuju ke tingkat atas.TOP hanya menggeleng.Tiba-tiba dia batuk dan keluar darah dari mulutnya.Kepalanya terasa pening.Cepat-cepat dia mengelap dan membuang tisu itu kedalam tong sampah agar tidak ada seorang pun yang perasaan.
YOU ARE READING
Without You♥
RomanceJiyong yang baru kehilangan hyungnya,telah membawa diri ke New York.Semasa di KLIA ,secara tidak sengaja seorang perempuan,Nayeon telah melanggarnya tanpa meminta maaf.Dari kejadiaan itu, berlakunya "couples".Tapi,kedatangan bekas teman wanita Jiyo...