Sesuatu Ikut Pulang..

25 0 0
                                    

**Kisah nih diceritakan oleh someone yang terpaksa dirahsiakan identitinya..**

Saya ingin berkongsi pengalaman yang saya sendiri alami. Apa yang berlaku pada saya bukanlah dibuat-buat tapi yang sebenarnya terjadi pada saya kira2 sebulan lebih yang lalu, ketika saya bertugas hingga lewat malam untuk menyelesaikan laporan untuk keesokan harinya. Bila sudah selesai, jam di tangan saya menunjukkan kira2 jam 1.20 pagi. Saya langsung ke tandas untuk mencuci muka. Ketika saya hendak melangkah keluar dari tandas, saya terkejut bila pintu tandas di belakang saya seperti digegarkan. Walaupun terkejut saya tidak memikirkan apa2. Saya sempat berkata dalam hati, "Eh aku ni dah tambah berat badan ke sampai bergegar pintu bila berjalan?" Saya terus ke pintu untuk periksa lantai dan dinding pintu kubikel kerana saya bersama teman2 sekerja dilatih agar mencari punca sekiranya sesuatu berlaku. Saya periksa semua ok tidak ada apa2 pun.
Saya pun pusing untuk keluar dari tandas tapi bila hendak keluar saya terdengar pula bunyi ketukan dari arah pintu kubikel tadi. Tok... Tok... Tok... Tok... Saya terus pusing dan melihat ke arah pintu itu yang masih kedengaran bunyi ketukan. Saya perhatikan buat seketika, terdiam saya bila pintu itu bergoyang perlahan, nak kata ada angin tak mungkin. Saya beristighfar panjang dan serta-merta bau yang datang dari alat pewangi udara di tandas bertukar menjadi seperti bau busuk dan hamis. Saya terus keluar dari tandas dan naik teksi pulang ke rumah. Sampai saja saya terus bersihkan diri dan siap2 untuk tidur apabila saya terdengar salakan anjing melolong tinggi. Saya terus bangun dan pergi ke balkoni. Saya melihat seekor anjing sedang melolong tinggi dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Saya perhatikan dalam hati ada tupai ke atau burung tiong kuning ke kerana di tempat kawasan perumahan saya memang ada burung itu dan selalu kedengaran bunyinya. Saya terus perhatikan tapi tidak kelihatan apa2 hinggalah ke satu pokok kelapa anjing itu melolong, saya perasan daun kelapa di atasnya melendut ke bawah. Saya beristighfar panjang dan terus terangkan lampu rumah dan putarkan CD ayat2 suci Al-Quran hinggalah ke pagi, saya tidak dapat tidur. Itu saja yang saya ingin kongsi sama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERITA SERAM.. KotWhere stories live. Discover now