Bab 1 ; Bulan Puasa

1.4K 36 2
                                    

Jumaat [ 26.05.2017 ]

Harini semua orang bergembira kerana telah diumumkan bahawa esok puasa.

Masjid - masjid di kawasan Puchong , Selangor telah dipenuhi oleh penduduk dikawasan ini.

Tidak lupa juga keluargaku yang bergembira hendak menunaikan solat tarawih yang akan dilakukan sebelum puasa pada esok hari.

Tapi malangnya , aku tidak berapa sihat untuk ikut serta dalam menunaikan solat tarawih pada hari ini.

Aku sudah 2 hari demam panas. Aku tidak suka untuk makan ubat antibiotic yang diberikan oleh doktor.

Ahli keluargaku pergi ke masjid yang beberapa langkah sahaja sudah sampai .. Al maklumlah rumah sebelah masjid.

Aku sedih mengenangkan situasi yang sedang dialami oleh aku . Tapi bila difikir - fikirkan balik sakit ialah penghapus dosa - dosa kecil.

Aku ditinggalkan bersama anak - anak buahku yang terlalu hyper. Aku diarahkan untuk mengasuh mereka sebelum ibu mereka pulang. Tetapi mujurlah ibunya tidak jadi pergi ke masjid.

Aku duduk ditingkat atas membiarkan anak - anak buahku dibawah dengan kerenah masing - masing. Aku tidak larat untuk mengasuh mereka biarkanlah lagipun ibu mereka ada bersama mereka.

Aku lemah.

Demam yang terlalu panas membuatkan aku tidak berdaya untuk bergerak kemana - mana hanya mampu berbaring sahaja.

***

Mama, papa, kakak dan abang sudah selesai menunaikan solat tarawih di masjid. Mereka lega dan gembira kerana dapat melakukan solat tarawih sebelum berpuasa pada esok hari.

Aku masih lagi berbaring diatas katil dan cuba untuk melelapkan mata yang sepet ini.

Kakak menyergah dari luar bilik.

Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap kakakku.


+++

TOK IMAM , JIRAN SEBELAH ?✅Where stories live. Discover now