Monokrom | Bab #001
Aku terbaring di katil,
Mimpi yang sama.
Aroma hujan, seolah-olah segar. Masih dapatku rasai. Semuanya bergerak dengan perlahan, titisan air secara perlahan-lahan menjadi merah.
Ada seorang perempuan berambut panjang, disanggul tinggi. Bibirnya munggil dicolek gincu beronakan darah. Bajunya lengkap berkebaya, senyum manisnya diarahkan kepada aku.
Menyeramkan.
Yang menghairankan aku, dia tidak basah walaupun ketika itu sedang hujan. Mulutnya terkumat-kamit sesuatu aku tidak dengar, namun kali ini lebih kuat dari mimpi sebelum ini.
"A-us-"
Sejuk, tubuhku dingin. Suaranya agak garau, tidak sesuai dengan gayanya seperti gadis melayu terakhir. Tiba-tiba dia ketawa mengilai-ngilai seperti di rasuk, matanya terbeliak bertukar kehitaman. Dia berhenti, mata kami berlaga dan dia senyum.
Aku terjaga.
Shit!
Basah bantalku dek peluhku yang menjurah seperti baru lepas bersukan. Alat kawalan jauh pendingin hawa aku gapai, tutup. Dingin, tak tahulah nak kata bagaimana, tapi aku berpeluh. Hairan sekali rasa.
Ketawa dia, masih lagi bergema pada organ gegendang telinga aku. Pagi aku terbantut lagi kerana tak mampu bergerak dari katil, otak masih lagi memproses maklumat tentang mimpi aneh itu.
Pagi yang sempurna, aku fikir.
Aku kemas bilik aku. Entah, dalam mimpi saja mungkin. Aku biar sahaja bersepah, malas menguasai diri. Dari bahasa sopannya aku tiada keinginan mahu mengemas. Pagi aku hancur lagi sekali kerana mimpi itu.
Entah mengapa, aku rasa duniaku hanyalah monokrom, beronakan hitam dan putih. Aku mungkin sedang buta warna pun aku tidak pastilah pula.
Makin hari, makin lama mimpi itu. Bagaikan ada sambungan. Perempuan bergincu merah, sanggulnya tinggi. Meremang bulu tengkuk aku bila ingat semula.
Keluar dari bilik, aku terus ke dapur. Biasalah, jerang air, panaskan makanan lebihan malam tadi. Cukuplah sarapan aku begitu. Di hadapan televisyen, terpapar berita pagi tentang kematian seorang gadis lengkap berkebaya. Aku abaikan, kerana malas mahu kisah. Aku tukar siaran, rancangan kartun kanak-kanak Spongebob Squarepants tersiar di kaca televisyenku.
Gelak anehnya mula memenuhi ruang tamuku.
Aku mula rasa bosan. Aku merancang untuk bersiap, mahu keluar.
Bilik aku, secara visualnya hitam putih. Dinding di cat warna putih, cadar katilku berwarna putih. Dipadankan dengan rak buku dan almari hitam.
Buka alamari, mahu pilih baju. Baju aku semuanya hitam dan putih. Aku usap mata aku, adakah aku bermimpi. Ya, Aku hanya nampak semuanya hitam dan putih sahaja hari ini.
Mungkin keluar rumah nanti nampaklah aku rona warna lain, mungkin.
Salah jangkaan aku.
Dapat aku rasakan mataku bermasalah. Hitam, putih, kelabu sana dan sini. Langit kelihatan kelabu, persis seperti mahu hujan, namun cerah di sebalik silauan mentari. Pokok yang selalunya segah hijau pun aku nampak kelabu kehitam-hitaman. Jika permukaan daunnya licin dan berlilin, ya aku nampak putih.
Aku berhenti di perhentian bas. Selang beberapa minit, aku lihat sebuah bas berhenti dihadapanku dan aku naik.
Aku duduk di tepi seorang lelaki. Agak kacak bagi aku, rasa aneh pula kerana aku juga seorang lelaki. Kulitnya bagi aku agak cerah, walaupun keadaan penglihatan aku yang aneh hari ini.
YOU ARE READING
Monokrom
Mystery / ThrillerMonokrom | Sipnosis "Kalau dah jumpa, baguslah." Jasad kakunya yang dipenuhi darah di hadapanku hilang. Aku seperti di alam mimpi, darah yang terpercik bagaikan hujan, dalam keadaan slo-mo. Aku lihat sekeliling, perlahan. Angin beku meniup lembut tu...