Apa salahku?

1.1K 36 0
                                    

Apa salahku?
By : Pink Heart
Part 4

Keadaan menjadi tegang dengan berita kematian jamirah diketahui umum.punca kematian jamirah belum diketahui.tetapi mengikut pemeriksaan ringkas yang fauzi jalankan,jamirah meninggal disebabkan tekanan perasaan yang parah dan kerana penyakit tekanan darah tingginya.mayat jamirah dibawa keluar dari bilik perbicaraan untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Perbicaraan kes tasha ditangguhkan sehingga bulan julai,izul pulakdibenarkan keluar buat sementara waktu untuk menguruskan hal-hal pengebumian jamirah dan menguruskan soal anak-anaknya.

Tasha pulak dibawa semula ke hospital untuk merawat pinggulnya yang terhentak semasa kejadian pergaduhan semasa di mahkamah pagi tadi.fauzi risau sekiranya tasha mengalami keretakkan di bahagian pingulnya.

“abang fauzi,tasha tak  apa-apalah.tasha ok.”kata tasha

“kena periksa juga tasha,tak boleh nak ambil remeh tentang perkara ni.”terang fauzi serius.tasha hanya mendiamkan diri saja,dia tahu fauzi lebih arif sebab fauzi seorang doktor yang sangat cermat dan seorang yang teliti dalam mengendalikan soal kesihatan pesakitnya.

“Fauzi,macam mana keadaan tasha?”tanya hafzam yang baru saja muncul di bilik x-ray.
“Haf,ada sedikit keretakkan pada tulang pinggul sebelah kiri tasha akibat jatuh dari kerusi roda tu tadi d mahkamah.tapi tak serius sangat,masih boleh dirawat lagi.”terang Fauzi.

“Kesian tasha..siapalah yang sanggup nak jaga dia nanti kalau kes dah selesai?kalau aku dah tak boleh nak jaga tasha.tak lama lagi aku pun nak kawin.”kata hafzam lagi

“Aikk,aku tak tahu pun kau nak kawin?”kata fauzi lagi.

“hahahahaa..macam mana kau nak tahu,kalau kau sibuk dengan urusan c tasha tu.kalau dah suka tu fauzi,kawin saja lah dengan tasha tu.”kata hafzam lagi

“Gila kau Haf,bini orang tu..pikir kau boleh ke main ambik je bini orang.akai takda.”kata fauzi lagi.Hafzam ketawa saja dengar fauzi membebel.

*************************

Dua bulan berlalu,tasha sudah semakin pulih.tetapi,masih menggunakkan tongkat untuk membantunya berjalan.tasha merasa amat selesa bila dia tidak lagi  tinggal di wad hospital tempat dirinya bertapa selama 3tahun 2bulan.tasha suudah jemu untuk tinggal lebih lama di wad.

Tasha kembali ke rumah lamanya dengan bantuan Fauzi.rumah ini lah satu-satunya harta yang dia ada sejak berkahwin dengan izul dulu.Dan sekarang tasha masih lagi isteri yang sah kepada izul walaupun izul di penjarakan

Tasha masuk perlahan-lahan ke dalam rumah.tasha lihat semua barang-barangnya sudah dipenuhi habuk dan banyak sarang labah-labah dipenjuru dinding.Tasha masuk ke dalam biliknya,dibukanya alamari yang menjadi tempat menyimpan baju-bajunya.tiba-tiba jatuh sepucuk sampul surat ke lantai.dengan prlahan tasha mengutip sampul yang jatuh itu lalu membukanya.

Kehadapan isteriku tasha yang ku sayangi,

Maafkan abang sayang,bukan niat abang buat tasha macam ni.Abang sayang sangat dekat tasha.akibat tindakkan abang,tasha sengsara.abang tahu,walau menangis airmata sekalipun tasha tak mungkin akan terima abang lagi dalam  ntasha.tapi,Cuma satu saja abang pinta,abang harap tasha dapat bantu abang walaupun permintaan abang ni amat mustahil untuk tasha terima.
Anak-anak abang terbiar tasha..anak-anak abang tiada yang sudi nak jaga.mak dan ayah arwah ira pun tak nak terima anak-anak abang.mereka kata anak-anak abang tu anak pembunuh,anak kotor,anak penjenayah,anak banduan dan macam-macam lagi.
Abang kesiankan anak-anak abang,ini bukan salah mereka.ini salah abang dan ira.anak-anak abang terkena tempiasnya.ibu dan ayah abang pun tak nak terima anak-anak abang ni.adik beradik abang pun sama juga.mereka hina dan tendang anak-anak abang dari rumah.sehinggakan anak-anak abang menjadi gelandangan di Bandar meminta sedekah sana sini.
Di sini,abang amanahkan hak penjagaan sepenuhnya ke atas tasha untuk menjaga anak-anak abang.semua wang simpanan abang,abang dah pindahkan ke akaun simpanan tasha.tolong jaga anak-anak abang.abang merayu dengan tasha.kesiankanlah anak-anak abang.abang janji,abang tak akan tuntut tasha apa-apa ataupun nak seksa tasha.
Abang akan lepaskan tasha.abang tak nak biarkan tasha tergantung tak bertali bersuamikan lelaki macam abang.di sini,abang ceraikan tasha dengan talak tiga.abang rela hati menceraikan tasha agar tasha boleh mencari seorang lelaki yang lebih baik dan lebih bertanggungjawab menjaga tasha dan menjadi teman hidup tasha.Hanya satu permintaan abang,anak-anak abang,anak-anak tasha juga..mereka Cuma ada tasha untuk membela hidup mereka.
Anak-anak abang tinggal di bawah jambatan dekat tepi sungai kat Bandar.tasha carilah mereka di sana.Cuma tasha saja harapan abang untuk menjaga anak-anak abang.abang amat-amat berterima kasih kepada tasha sekiranya tasha sudi menjaga anak-anak abang tu.Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik tasha.
Akhir kata daripada abang,andai abang panjang umur kita mungkin berjumpa lagi.tapi andai kata nyawa abang tak panjang,abang mohon tasha maafkanlah semua kesalahan yang pernah abang buat terhadap tasha.

Apa salahku?Where stories live. Discover now