Apa Salahku?

954 28 0
                                    

Apa salahku?
By: Pink Heart
Part 5

Tasha memaklumkan kepada sarjan zaili berkenaan ibu izul yang ingin menuntut hak penjagaan ikmal Dan isha.Tasha juga menceritakan tentang adik izul si faizal Yang menyakiti dirinya dengan cara menarik rambut tasha semasa mereka datang ke rumah.Sarjan zaili faham dengan apa yang baru saja tasha katakan dan menyuruh tasha datang ke balai polis untuk membuat laporan serangan faizal Dan org tuanya terhadap tasha.tasha faham,lalu tasha mematikan panggilan Dan terus menghubungi fauzi untuk meminta bantuan fauzi membawanya ke balai polis.

"Hello,abang fauzi.Busy tak?Tanya tasha

"Tak,abang baru jak nak balik rumah ni.ada apa tasha?"kata fauzi

"Kalau abang tak keberatan,tasha nak minta tolong.tasha nak ke balai polis ni nak buat laporan."kata tasha

"Ada apa masalah ke tasha?kenapa nak pergi ke balai polis pulak ni?"Tanya Fauzi kehairanan

"Keluarga arwah izul ada datang rumah tadi nak ambil isha Dan ikmal.mereka nak tuntut hak penjagaan cucu mereka."terang tasha.

"Senang² saja mereka nak tuntut.nanti bila semua Wang peninggalan arwah izul tu mereka dapat,comform mereka buang isha Dan ikmal di tepi jalan.kita fight tasha..jangan biarkan isha Dan ikmal hidup menderita lagi."kata Fauzi

"Memang tasha nak lawan..tasha dah janji dengan arwah izul yang tasha akan jaga isha dan ikmal macam anak tasha sendiri.lagi pun ini amanah arwah izul yang terakhir."kata tasha lagi.

"Betul tu,tak apa tasha tunggu sekejap..15minit macam tu abang sampai."kata fauzi lagi.terus tasha mematikan panggilan itu.

Sampai saja Fauzi di depan rumah tasha,kelihatan tasha Dan isha sedang menunggu di depan pagar rumahnya.lalu,fauzi memberhentikan keretanya.masuklah tasha Dan isha ke dalam kereta.

"Abang,kita singgah kat sekolah ikmal ya.kita jemput ikmal dulu baru kita ke balai polis."kata tasha.fauzi hanya menganggukkan kepala tanda faham.

Selepas mereka mengambil ikmal,mereka terus menuju ke balai polis.

Sesampai di balai polis,hanya tasha saja yang turun dari kereta.sebab isha pulak tertidur.tasha tak nak kejutkan isha..fauzi pun tak mahu isha bangun.biarla isha tidur,sekurang-kurangnya dirinya pun boleh juga rehat lelapkan mata sekejap.

Tasha masuk ke dalam balai Dan terus menuju ke arah kaunter Dan berjumpa dengan pengawai yang bertugas.

Sedang tasha sibuk membuat laporan,tiba-tiba tasha di panggil masuk ke dalam bilik inspektor Ramzan.tasha terkejut,ada apa lagi inspektor Ramzan nak jumpa dengan dirinya?mahu tak mahu,tasha terpaksa juga masuk ke dalam.

"Knokk..knokk..knokkk"tasha mengetuk pintu bilik pejabat inspektor Ramzan.

"Masuk."kedengaran suara inspektor Ramzan memberi kebenaran masuk.

"Ada apa Tuan nak jumpa saya?"Tanya tasha.

"Puan Tasha sila kn duduk.."kata inspektor Ramzan.lalu tasha pun duduk di kerusi depan meja inspektor Ramzan.

"Saya menerima aduan yang menyatakan puan tasha sudah menyeleweng duit anak yatim.iaitu duit  anak-anak arwah izul.betul ke puan tasha?"Tanya inspektor Ramzan lagi

"Apa!fitnah apa ni Tuan?buat apa saya nak menyeleweng duit isha Dan ikmal sedangkan saya tak pernah pun usik walau sesen duit mereka berdua."terang tasha dalam Nada suara yang agak meninggi.

"Sabar Puan tasha..tugas saya hanya nak menyoal puan tasha.aduan yang kami terima ini daripada keluarga arwah jamirah.mereka nak menuntut hak penjagaan isha Dan ikmal."kata inspektor Ramzan lagi.

Apa salahku?Where stories live. Discover now