PINDAH (BAB 6)

12 0 0
                                    

"Ehh serious ah biar betul??? "soal Den kepada jiran Kak Long yang tinggal di sebelah rumah sewa Kak Longnya itu.Jiran Kak Longnya itu sebaya dengannya akan tetapi jirannya itu bersekolah di sekolah lain,jauh lah jugak sekolah dia tu

"Betulah awak,haritu saya terdengar yang kononnya depa cakap yang seminar motivasi tu diadakan dekat dewan balairaya ala yang kat hujung taman ni."tutur jirannya itu.Haish takpe ah Den oi!Bukan kau pergi pun hahaha!

"Oh kalau camtu saya masuk dalam dulu ye penatlah,dah pukul berapa dah ni?Alamak dah pukul 4petang!"Kata Den sambil berlalu masuk ke dalam rumah.

Adusss dah la homework berlambak nak mampus!pastu folio contoh pula hancuss sebab mamat takguna tulah!Heshh aku berdoa sangat lepasni aku tak jumpa dia dah!Tutup story pasal dia,aku taknak ingat dah.Wasting my time je!

Den terus menghempaskan badannya pada tilam, ala penatlah katakan!Hah malasnya nak buat homework!!!Wuarghhh 

"Tit tit tit..."Phone Den bergetar membuatkan Den terkejut hahaha

"Hish sapa letak ringtone macam ni,bunyi cam lain je..."kata Den sambil mengangkat fonnya itu untuk dijawab.

"Helo,Asalamualaikum siapa bercakap di sana?"kata Den

"Akak! ni Wany lahh!Ya Allah rindunya kat akak!!! 

"Waalaikumusalam,maaf lah saya rasa adik ni salah nombor"kata aku sambil menahan gelak hahah padan muka engkau, dah la bercakap kat phone pun nak menjerit macam bercakap dengan orang utan aje menjerit sakan~

"Akak jangan nak nipulah!Wany tau ni suara akak!"

"HAhahah asal Wany call akak?"tanyaku dengan malas.Arghh nilah paling aku tak suka bila bercakap ngan si Wani ni,mesti banyak cakap and time nak letak telefon boleh lagi cakap japlah akak orang nak sembang lagi ngan akak Haish ni yang aku malas ni.Banyak sangat cerite dia tu!

"Takdelah akak nak bagitau je Sabtu ni Kak Long hantar akak sini kan?tanya Wany 

"HMM YELAH DIK OI,takkanlah nak naik uber hahahaha jauh tu  dari Gombak ke Muar hahaha"kata aku sambil berseloroh,Ceh Wany ni nak kata tak matang,nampak macam matang dari aku adalah! 

"Ishh akak ni! dahlah adik chow dulu!"kata Wany dengan berbaur merajuk.

"Hmm yelah Asalamualaikum bye!"kata aku sambil terus meletakkan fon aku diatas meja.

Aku terus meluru ke atas meja belajar aku untuk mencapai segala jadah barang untuk aku buat homework,ingat nak tolong Kak Long masak tapi takpelah dia nak masak untuk suami terchenta dia kan hahaha,takut kalau aku menyebuk nak join dia masak,abiss lauk semua rasa lain,taknak lah cakap tapi aku rasa korang tau lah kan~~

Tup tup dah pukul 7malam,cepatnya masa berlalu....Seusai sahaja solat aku terus berdessup ke dapur hahahah perut sudah berbunyikk.

"Hmm Den dah solat ke??" soal Abang Irwan yang memandang aku dengan garang.Abang Irwan ni sebenarnya anak kepada Uncle Faqih iaitu abang kepada ayah aku sendiri,Oleh itu aku dah terbiasa lah sikit ngan Abang Irwan ni!Haahaha bolehlah jugak nak sakat sakat dia heheheh

"OOhh dahlah,Abang Irwan,  tadi keluar lambat sikit sebab ada banyak homeworks kena siapkan."kata aku sambil menolong Kak Long mengeluarkan pinggan dan cawan dari cabinet dapur.

"Haih Den duduk je dulu situ biar akak bawak je semua lauk ni ke depan hah!"tutur Kak Long dengan lembut,aku tidak menghiraukan kata katanya itu malahan aku terus capai kesemua lauk itu dan membawanya ke meja makan.

"Dahla akak,jom semua lauk dah dibawa ke meja"kataku sambil mengukir senyuman ikhlas ke arahnya.

"Hmmm thanks ye"Kak long menyuruh aku untuk memanggil Abang Irwan untuk bersantap makan malam.

Seusai sahaja abang irwan membacakan doa makan,aku terus dengan lahapnya mencapai kari ikan tongkol yang dimasak oleh kak long.Kak long yang duduk bersebelahan dengan abang irwan cuba menahan gelak dek kerana melihat aksi aku yang bagaikan orang yang tak pernah makan selama bertahun tahun hahaha.

Abang irwan di sisinya pula menggelengkan kepalanya kerana melihat aku sebegitu."Den,nak tanya, macam mana persekolahan Den nanti kalau Abang Irwan dengan Kak Long kamu tu berpindah ke Penang nanti?soal Abang Irwan.Aku terus memandand pelik ke arah Abang Irwan

"Aikk takkan Abang Irwan tak tau yang sekolah tu kan ada asrama,nanti Den suruh mak daftarkan Den untuk tinggal dekat situ."kata ku dengan bersungguh sungguh.Aku melihat muka Abang Irwan yang seolah olah baru melepaskan kelegaan yang besar.

"Fuh nasib baik lah sekolah Den tu ada asrama,bukan apa Abang Irwan takut nanti Den ni asyik berpindah randah aje semata mata nak cari sekolah yang terdekat lepastu at the same time den pun tertinggal kelas pastu dah tak boleh ikut dah".tutur Abang Irwan dengan nada yang berbaur sedikit kelegaan.

Aku hanya tersenyum memandang Abang Irwan.Aku terus menyambung acara makan aku yang tergendala sebentar tadi.Suasana makan malam pada malam itu terus berubah menjadi sunyi....

Penyemak Yang TerulungWhere stories live. Discover now