"Erghhh bosannya,lama lagi ke??"soalku kepada Nina dengan nada yang separuh berbisik.
"Jap lah weh sekejap jeee lagi sikit je lagi,pastu abislah dia okeh!"kata Nina dengan bersemangat supaya dapat melihat aku untuk bersabar sebentar.
Hishh kenapalah pengetua ni nak buat perhimpunan secara mengejut pastu sembang bende tak lain tak bukan pasal bende yang sepatah haram pun budak budak tak tau langsung....Susah bebenor lah kalau macam ni setiap harii cer bayang kan......
Qhairun dan Izzati saling berpandangan sesama sendiri setelah melihat aku yang tersengih sensorang."Awat dengan membe kita yang lagi sorang ni?"tanya Farah ke arah mereka berdua.
Qhairun terus menjawab dengan nada mengejek "Ingat kat CRUSH kott".Secara serta merta Farah dan Izzati tergelak mendengarkan jawapan yang diberikan oleh Qhairun tadi.
"Eheem ingat aku tak dengar tadi ye Qhairun"kataku dengan tidak memandang mereka.Malas lah,better aku tadah telinga secara paksa untuk dengar pengetua berucap di depan.Haihh.
"Hah korang ni dah kenapa ok ke??soal Fiqah kepada depa tiga ekoq tu .Nampaknya Fiqah dengan aku pun sama malas nak layan depa tiga ekoq tu.Maybe penat kot ,dahlah duduk bersila dekat dataran sekolah,naik kebas dah kaki aku ni...
Selesai sahaja menyanyikan lagu sekolah,Fiqah dan aku terus menjadi fresh dan siap berhigh five lagi.Wahh betapa nikmatnya dah habis perhimpunan be like.....
Kelihatan ada seorang pengawas menyuruh aku untuk beratur di belakang kerana aku dah tak ikut barisan tadi.Haiiih malaslah nak gaduh punya pasal aku pun ngikut ajelah..
Kelihatan Nina menjaga barisan budak form 3 supaya dalam keadaan teratur.Aku sempat melambai ke arahnya,dia pun membalas lambaian aku.Hahaha comel juga Nina ni bila pakai baju formal pengawas dengan berblazer biru laut dan berskirt panjang,dahla dalam blazer tu ade baju kemeja lengan panjang warna biru tua.Tak panas ke wahai para pengawas sekalian???
Aku terus menggalas beg jenama Body Glove aku itu.Nasib baik hari ni buku sikit aje.Kalau tak tinggi aku yang 161cm ni pun menurun kepada 0.3cm akibat membawa buku yang berat setiap hari ke sekolah .Haahahah
Sedang berjalan dalam barisan tiba tiba aku ditahan oleh seorang pengawas,pengawas itu menyuruh aku untuk tunggu di tepi,What the lime ape salah aku....!!!Aku tanya dengan sorang pengawas junior tu apsal ni??Pengawas junior tu cakap yang Ketua Pengawas suruh tahan sesiapa sahaja yang ada buat salah alah kire mcam spotcheck lah jugak.
Aku terus membuntangkan mata aku,hish ketua pengawas ni lahh time nilah engko nak wat spotcheck segala bagai.Cait punya KP suruh anak buah dia aje yang spotcheck,yang dia tu pulak entah duduk goyang kaki kat bilik pengawas tu tak?? kutuk ku dalam nada yang agak kuat sedikit.Lantak korang lah kalau korang nak dengar ke tak!
"Well it's time to revenge girl"kata Ren apabila telah melihat satu figura manusia yang telah dia kenali dahulu..kau kutuk aku kan,well aku pulak akan kenakan kau!!
"Mana name tag pelajar hah?tanya Ren kepada gadis itu.Semua pengawas lain terkejut dan yang paling ketara adalah pengawas perempuan.Nilah first time KP sekolah menahan seorang pelajar perempuan,selama ni asyik pelajar lelaki sahaja tapi asal tetibe nak tegur budak perempuan kat depan dia tu...
Aden memandang muka lelaki di hadapannya itu dengan seribu kerutan.Wait bukan ke ni mamat yang kertas tuu!!!Aduhhh omak help meee,Abang Irwan help me!!ayahh tolong Den.!!
"Well kita jumpa lagilah kali ni!!Hahahah nice to meet you"kata Ren di hadapannya sambil memberikan senyuman yang maha sinisnya itu.Gulp!
Adehhh ape aku nak buat ni!takpe kau lalu tepi dia suh mana mana pengawas tulis nama aku.desis hati aku
Aku terus membuka langkah untuk berlalu di tepinya itu,namun dihalang olehnya dia mendepakan tangannya sambil berkata "No where to run my dear.."katanya sambil memandang mukaku dengan memberikan jelingan.
"My dear kau cakap!! tengkorak my dear kau!suka suki mak bapak aje nak panggil aku ni my dear kau"bentakku dengan kasar sekaligus mengejutkan semua pengawas yang masih ralit memandang Ren tanpa kerlipan.
"Kau lupa ke yang kau ade dua kesalahan hah!"kata mamat poyo di hadapan aku itu
"OOh jap yee! Zaim!tolong tulis nama budak ni sebab tak pakai name tag pelajar ye."kata mamat di hadapannya itu.
"Err kejap ye bro"kata Zaim sambil terkocoh kocoh mengambil buku nota dan pennya untuk menulis nama Aden.
"Woi woi jap lah name tag pelajar tu aku seriously tak dapat lagi,lagipun aku datang tahun lepas lepastu nak dekat hujung tahun so cikgu cakap alang alanglah then dia cakap dia akan buat sekali harung next year maksudnya tahun nilah."jelas aku sambil mengharap supaya si zaim ni boleh pertimbangkan.Mamat poyo tu pulak tak habis habis usha aku dengan tak puas hati....
"ERmmm do I really care?!"pastu asal tak pakai kad pelajar baharu?'soal Ren kepadanya
"Err tak bawak lah....sorry eah"kataku sambil menggaru pipi aku sampai jadi merah dah.Mamat poyo di hadapannya terus merenungnya dengan tajam!!!
"OK done,anything else?ada lagi ke?soal Zaim yang berdiri di sebelah Ren.
"Wei kau!(sambil tunjuk kat Zaim).kau tahu tak patut kau bela aku lagipun kau taukan yang aku ni budak baru yang tak dapat name tag pelajar tahun lepas!!!Issshhhh mana KP kau? biar aku face to face ngan dia.Dasar pengecut punya KETUA PENGAWAS!"bentakku dengan kuat.Pengawas yang lain semua tersentak sebab terdengar yang aku cakap Dasar pengecut punya KETUA PENGAWAS ada yang cuba nak masuk campur tapi ditegah oleh mamat poyo namati tu!
"OHH KP yee jap eah,let me call him for you!Daniel!!kata Ren.
"YUP bro,asal"-DANIEL
"Mana KP kita iye tak nampak pon dia?mana dia menghilang iye?"soal Ren kepada Daniel.Daniel sedaya upaya untuk menahan gelak ."Hmm ntahlah we kau rasa dia kat ne hah?!"soal Zaim sambil meledakkan tawanya.Pengawas disitu juga tergelak melihatkan situasi janggal itu.
Den terus menjeling ke arah Zaim."Kau asal gelak?pikir lawak????"
"Korang ni dah kenapa buang tebiat ke???"soal Daniel kepada Ren dan Zaim
"EH engkau mana KP korang hah?!"tanya Aden sambil memandang muka ke arah Daniel.
"Hmmmm haih he's in front of you right now,girl"jawab Daniel
"Mana!Jangan memain ngan aku boleh tak????!!.Kataku sambil mendengus kasar.
"It's him".Kata Daniel sambil mamandang muka mamat itu.
"WHAT THE CREEPS!".Kataku sambil membuntangkan mata ku ke arah mamat itu.Habissssslaah engkau Aden...
"Oh well anyway nama dia TENGKU FAHRIL WARREN .Any question???"soal Zaim kepada Aden
Bagi aku inilah malapetaka paling besar...dan tandanya aku akan HABIS!!!
YOU ARE READING
Penyemak Yang Terulung
JugendliteraturSiapa yang tahan kalau selalu asyik kena walaupun tak salah.Mesti kau fedup kan?Gurau sikit takpe,tapi YANG ni dah melebih!! "Kau ni over lah cakap sikit pikir rendahkan kau,cakap banyak satgi pikir aku maki kau pulak,kau nak ape sebenarnya?-Aden "...