'Awak nak kemana, Holt...?'
Evie menyoal dikala aku mengikat tali kasut di depan pintu. Gadis hantu menanti jawapan sambil memeluk tubuh. Aku tersenyum seraya berdiri. Evie mendekati aku perlahan-lahan tatkala pintu depan dibuka.
"Aku ada hal kejap..."
'Hal apa...?'
"Hal kerja..."
'Hurmmm, awak balik pukul berapa? Lambat tak...?'
"Ermmm, aku tak boleh janji...Settle je, aku terus balik..."
'Jangan lewat sangat...'
"Sure..."
Aku membalas ringkas. Evie tersenyum tawar apabila ciumanku singgah ke dahinya. Tanpa membuang masa, aku terus keluar dari rumah. Evie menutup pintu.
Jam di pergelangan tangan, aku tatap seketika dikala menunggu lif. Baru pukul 2.30 petang. Sempat rasanya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku terus masuk.
Setelah 20 minit berjalan, akhirnya aku tiba di kafe Heathen yang terletak di simpang jalan. Loceng kecil berdenting dikala aku melangkah masuk. Meja yang terletak di sisi tingkap menjadi pilihan.
Seusai memesan jus epal, pelayan kafe beredar dari meja. Aku menongkat dagu sambil memerhati sekeliling. Daniel belum sampai? Aku rasa dia tengah on the way sekarang ni.
Plinggg....!
Seorang lelaki berambut putih melangkah masuk ke dalam kafe. Aku tersenyum. Daniel menanggalkan cermin mata hitam seraya berjalan ke meja aku. Kami berbalas salaman.
"Kau dah lama sampai...?"
"Aku baru sampai..."
"Ahh, good then..."
Daniel duduk di kerusi berhadapan denganku. Cermin mata hitam disangkut ke dada kemeja. Aku menyandar pada kerusi kayu. Pandangan mata tertacap padanya. Daniel memesan kopi latte.
"So, ada apa kau nak jumpa aku ni? Rumah kau diganggu lagi...?"
"Ermmm...Not really, aku ada perkara lain nak ditanyakan..."
"What is it...?"
"Hurmmm, look...Kau ingat tak, kau ada cakap...Rumah aku bukan diganggu roh jahat..."
"Ah, kau lah orangnya? Rumah kaulah yang diganggu roh gadis comel tu...?"
"Yes, its me..."
Daniel tersenyum mendengar pengakuan ringkasku. Rambut putihnya disisirkan ke belakang. Aku terus menerus memerhati dia.
"Kau tahu serba sikit pasal roh, kan? Paranormal shits...That your things, right?"
"Aku demonologist, Holt...I know everything..."
"Good, aku nak tanya...Roh dalam rumah aku tu...Dia dibunuh dua bulan lalu...Bila ditanya, dia seakan berat untuk membuka mulut...Kenapa, Daniel? Bagaimana caranya untuk aku pujuk dia? I need to know the truth..."
Daniel merenung aku dalam-dalam. Pandangan matanya membuatkan aku terasa tidak selesa. Pelayan kafe datang dan meletak segelas jus epal dan secawan kopi latte.
"Kenapa kau nak tahu, Holt...? She already dead...Nothing you can do..."
Daniel menyoal dengan gaya selamba. Kopi latte dihirup dengan gaya sopan. Aku menghela nafas panjang. Daniel melirikkan pandangan sinis kepadaku.
"Itu aku tahulah...But..."
"I just catch your drift...You love her, didn't you...?"
"Hurmmm, yeah..."
"Roh gadis tu juga cintakan kau...I see, both of you fell in love..."
"Yes, we did! Daniel! Tell me something...I need some answer..."
Daniel tersenyum. Cawan berisi kopi latte diletakkan ke atas meja. Aku menanti penerangan darinya. Lelaki berambut putih memeluk tubuh.
"Baiklah...Biar aku terangkan, listen carefully...Aku takkan ulang untuk kali kedua..."
"I'm all ears..."
"Jika manusia mati, rohnya sepatutnya dibawa ke alam baka, bukan?"
"Yes...?"
"Tapi, bukan semuanya dapat dibawa ke alam baka...Jika ada manusia yang mati dalam keadaan tragis, rohnya akan tersekat diantara alam dunia dan alam baka...To be honest, jika manusia tu mati ketika dia rindukan seseorang, rohnya akan menghantui orang yang dirinduinya tu..."
"Ouh..."
"Aku rasa, roh gadis tu rindukan kau...Thats why she haunting you..."
"Tapi, aku tak kenal Evie sebelum ni..."
"Kau tak kenal dia, tapi...Dia kenal kau...Kau ada dalam diari kehidupan dia sebelum ni..."
"Hurmmm..."
"Kau ada cakap, roh gadis tu tak nak buka mulut untuk beritahu kebenaran kematian dia? Well, the spirit has some condition to stay on earth..."
"What it is...?"
"Dia tak boleh mengancam nyawa manusia...Jika dia langgar syarat, she will vanished..."
"Beritahu kebenaran untuk kes bunuh takkan mengancam nyawa aku..."
"You think so? I think, kau dalam bahaya Holt...Jika kau cari kebenarannya, kau boleh terbunuh..."
Aku menggosok rambut mendengar penerangan dari Daniel. Jus epal diteguk untuk menenangkan diri. Daniel hanya merenung aku, selamba.
"Daniel...I need to know..."
"She did this for both of you...Jika dia beritahu kau kebenarannya, dia akan hilang...Jika kau cari kebenarannya, kau akan terancam..."
"Habis, apa aku patut buat..?"
"Nothing..."
"Urghh...Damn it..."
Aku tertunduk seraya merengus geram. Daniel tersenyum. Cermin mata hitam dipakai semula. Aku mendongak dikala dia bangun dari kerusi. Kot hitamnya dikemaskan seketika.
"Holt..."
"What...?"
"Kau bertuah..."
"Ha...? Kenapa pulak...?"
"Roh gadis tu betul-betul cintakan kau...Ketika aku berjumpa dia dulu, she cried...Sebab dia takut nak berpisah dengan kau..Think about that before you do something dumb..."
"Hurmmm..."
"Aku minta diri dulu..."
ANDA SEDANG MEMBACA
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...
![LOVELY GHOST, EVIE [C]](https://img.wattpad.com/cover/111827021-64-k508485.jpg)