Ni sara. Sekarang ni Sara belajar dekat England. Satu hari tu, cuti panjang so Sara ambik keputusan nak balik Malaysia memandang kan dah dekat 3 tahun dia tak balik.
Baru jer keluar airport, mesej masuk menunjukkan yang abangnya menyuruh Sara supaya balik ke Perak.
Tanpa membuang masa, Sara bertolak menggunakan kereta yang dipinjam daripada kawannya yang berdekatan.
Waktu dalam perjalanan, Sara mengerling jam di radionya. Pukul 1 pagi. Nampaknya, sudah hampir 2 jam sejak dia bertolak dari KL tadi.
Sara mengetuk² stereng kereta mengikut rentak lagu yang dimainkan di radio.
Tiba² tengkuknya terasa sejuk. Sara menoleh. Tiada siapa. Sara memandang ke hadapan semula.
"Sara... "
Bunyi tersebut mendayu² di telinganya. Dia tak layan bunyi tu malah menguatkan lagi radionya.
Buat seketika tiada lagi kedengaran suara mendayu² tu. Selepas beberapa minit, radio memutarkan sebuah lagu. Lagu 'Aku' yang dinyanyikan khas oleh Najwa Latif buat rakyat Palestin. Serta-merta fikirannya teringatkan Raudhah, merangkap kawan baiknya dahulu.
Masih segar diingatannya betapa Raudah meminati lagu ni. Tetiba Sara terdengar satu suara yang ikut menyanyikan lagu tersebut.
Tak pasal² bulu roma aku meremang. Tak silap aku rasanya aku naik kerete ni sorang² jer tadi. Ha sudah...
Mata Sara terus melihat cermin pandang belakang. Kelihatan 'seorang' sedang tersengih ke arahnya.
"Saara~ " bunyi tersebut seakan bergema di dalam keretanya.
Dengan kalutnya Sara menekan² punat di radionya. 'Cepat la tukar siaran tu. Cepatlah.. ' jantungnya tak reti nak duduk diam.
Satu tangan mula mengusapi pipinya. Sara terjerit kecil. Tak lama kemudian tangan tersebut hilang apabila radio mula memutarkan ayat kursi. Ayat yang paling ditakuti oleh syaitan. Selepas itu,tiada lagi gangguan yang menggangu perjalanannya.
Setibanya Sara dirumahnya, kelihatan seperti semua orang sudah tidur. Sara mengerling jam tangannya.
'La... Patutlah... Dah pukul 2 dah pun. ' lalu Sara masuk rumahnya menggunakan kunci pendua dan tidur.
Keesokan harinya
Sara bangun apabila terdengar bunyi diluar. Dikerling jam digital di sebelahnya. Pukul 12 malam.
"Ni mesti kes tidur lepas makan ni. Nasib aku bukan jenis yang cepat gemuk. " Sara membebel sorang sebelum menapak ke bilik air untuk buang air.
Sara turun ke ruang tamu. Kelihatan abangnya tengah syok melayan tv. Sara menuju ke dapur bagi menghilangkan dahaganya. Kemudian, dia duduk disebelah abangnya.
"Sara. " Aiman memanggil adiknya.
"Hm. " ujar Sara tanpa memandang abangnya. Kurang ajar betul.
"Aku tengok kawan kau dari pagi tadi tak bercakap satu habuk pun. Bisu ke? "
Pertanyaan yang membuatkan dahinya berkerut seribu.
"Kawan? Aku balik sengsorang la. Kau merepek ape? "
"Abis tu... Kat dapur tu sape? " Aiman memuncungkan mulutnya ke arah dapur. Membuatkan Sara meremang bulu roma.
YOU ARE READING
Ghost
Horrorbuku ni pasal cerita2 yang saya reka untuk saja2. jangan berharap yang buku ni selalu di update sebab saya tinggal kat asrama tau. And this just for fun. Hope you like it!