Hai korang , ini Beng. Dia ni tinggal dekat sebuah arpartment yang agak lama. Sekarang ni dah dekat 3 bulan dia duduk sini. Semua okay kecuali satu. Orang atas dia. Suka sangat buat bising. Sehari tu kalau tak memekak memang tak sah.
Dah la si Beng jenis yang panas baran. Bising je sikit dia dah kacau. Selalu jugak la dia ni jerit2 suruh diam. Bila dah jerit baru nak diam. Tau pulak takut.
Disebabkan Beng ni jenis panas baran... tak de sape yang berani rapat dengan dia. Boleh dikatakan yang si Beng ni lonely la... So bila dia lonely, dia tak kenal siapa jiran dia... siapa orang sebelah dia mahupun orang atas dia.
Nak dipendekkan cerita satu hari tu, dia mengamuk teruk. Habis bersepah2 office dibuatnya. Kertas berselerak sana sini macam office tu bapak dia punya boleh sepah2 suka hati. Bengang sangat dengan perangai panas-baran Beng ni Bosnya pun halau dia keluar dari offis. Beng pun apa lagi, chau ah!
Bila sampai je dekat flat, Beng menghempaskan diri atas katil. Rambutnya diraupkan beberapa kali kerana frust. Serentak dengan itu, tiba2 orang di atas melompat-lompat menyebabkan bunyi yang sangat kuat. " HOI! Diamlah!" seperti biasa, taktik ni menjadi. Tapi tak lama.
Kali ini, bunyi seolah-olah barang pecah kuat menghentam lantai. Beng terduduk. 'Orang atas gaduh ke?' bisik hatinya. Bunyi-bunyian yang kuat tu semakin lama semakin teruk. Kali ini kedengaran pulak barang2 perabot (yang besar) jatuh menyebabkan lampu siling miliknya berkelip-kelip akibat impak yang sangat kuat tu.
Beng melihat keluar tingkap.' Dah malam. Takkan takde orang yang terganggu dengan bunyi bising ni?' hatinya mula ragu2. Semakin lama dia berdiamdiri, semakin menjadi-jadi bunyi bising di atas. Beng mula rasa nak mengamuk. Dah la kena halau dengan bos petang tadi. Bertambah pula dengan bunyi2 di atas. Sebab tak tahan sangat, Beng ambil keputusan drastik dengan naik ke tingkat atas.
Sepanjang langkah dia ke tingkat ats, Beng menghentak-hentakkan kakinya kerana geram. Setibanya Beng di pintu, Beng terkejut melihat yang seluruh bilik tersebut gelap. "Kreek~" pintu secara slow motion, dibuka. Disebabkan gelap sangat, Beng masuk ke dalam bilik itu untuk mendapat pandangan yang lebih jelas. Beng hanya berpendapat bahawa mereka mungkin takut kepadanya lalu menutup lampu bagi menakut-nakutkannya.
" Hello-" kata-katanya terhenti.Matanya seolah-olah tak percaya apa yang dilihatnya. Bilik tersebut kosong! Peluh dingin mula merenek di dahi serta lehernya. Secara tiba2 angin sejuk menyapa belakangnya menyebabkan Beng tertoleh.
"Oh my--" hampir2 sahaja Beng nak terpengsan kali ini. Seorang perempuan, rambut mengerbang macam pontianak (memang pontianak pon) sedang tersenyum ke arahnya. Beng cuba untuk melarikan diri namun kakinya seolah-olah terpaku dia atas lantai. Jantungnya berdegup lebih pantas dari biasa.
Pontianak tersebut semakin mendekatkan diri. Bau bangkai semakin lama semakin menusuk hidung. Hampir lemas Beng dibuatnya cuba mencari udara yang boleh disedut.
Beng terus menutup mata sebaik sahaja wajah yang berselindung di balik rambut mula terselak apabila ada angin yang menerpa. Terketar-ketar dia menahan takut. Apabila sesuatu yang sejuk memegang tangannya,
"Aaarrrgghhhhh!!! " Beng menjerit sekuat hatinya. Degupan jantung dia berganda-ganda lagi laju daripada tadi. Dia menjerit sekuat hati tanpa henti sehinggalah..
"Oi! Sape yang memekak malam2 tu hah?! Orang lain nak tido kau tau?!!!! "
"Swooosh--" angin busuk yang sama menerpa kuat ke arahnya menyebabkan Beng tersandung ke belakang akibat daripada impak yang kuat. Beng menarik nafas kasar sebaik sahaja matanya terbuka. Dia memandang sekeliling. Dilihatnya diri dia sedang berada di dalam flat yang kosong tadi.
Terus dia berlari ke arah pintu lalu ditariknya tombol pintu dengan kuat kerana takut sesuatu yang lebih teruk akan terjadi pada dirinya sekiranya dia masih di tempat berhantu itu.
Sebaik sahaja angin malam menerpa mukanya terus sahaja dia berdesup melarikan diri ke biliknya. Tangga dilompat-lompatnya sesuka hati dengan cepat.
Apabila dia sudah tiba dibiliknya, Beng terus berselubung dengan selimut, tidak peduli apa yang 'orang atas' nak buat lepas ni.
'Kau nak bising ke memekak ke aku tak peduli! Janji kau jangan kacau aku dah!! 'batinnya berteriak takut.
YOU ARE READING
Ghost
Terrorbuku ni pasal cerita2 yang saya reka untuk saja2. jangan berharap yang buku ni selalu di update sebab saya tinggal kat asrama tau. And this just for fun. Hope you like it!