2 Tahun Sebelum....
"Ayah tolong lah Adfa nak juga belajar dekat Universiti macam kawan-kawan Adfa kenapa Ayah halang?! " Aku menghentak kakiku di lantai beralaskan kayu itu. Geram yang teramat sampai aku tidak kisah akan orang disekeliling ku.
"Adfa tolonglah faham akan situasi ayah... Ayah tak ada duit nak tampung kamu belajar di Universiti tu... Ayah ni cuma kerja penoreh getah sahaja... Gaji ayah tak cukup untuk hantar kamu belajar di sana nak" Ayah cuba memujuk aku.
"Habis sia-sia sahaja lah Adfa belajar selama ni? Penat tau tak ayah penat! Adfa belajar siang malam untuk struggle dalam SPM ni then bila Adfa dah dapat 8A+ ayah boleh kata tak mampu. Kalau macam tu baik Adfa tak payah belajar selama ni!!" terus sahaja tangan lelaki tua itu menampar wajahku. Perit di wajah ini akibat kesan tamparan ayah itu.
Aku tersenyum sinis ke arah ayah. "Terima kasih Ayah terima kasih atas semua ni" aku terus masuk ke dalam bilik seraya menghempas pintu bilikku.
Ayah meraup wajahnya. Kenapa Adfa boleh berubah? Ke mana hilangnya kelembutan dan kehormatan seorang anak pada ayah nya?
Ayah mengelap air matanya. Dia cukup terkesan akan perbuatan anaknya itu. Sampai hati Adfa buat ayah macam ini...
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Jam dinding menunjukkan pukul 11.30 malam. Aku membuka pintu bilikku perlahan-lahan. Kelihatan suasana di rumah itu sunyi. Semua penghuni di dalam rumah kayu itu sudah nyenyak dibuai mimpi.
Aku menapak perlahan ke arah pintu rumah. Aku membuka perlahan kunci rumah itu. Aku sempat melihat wajah ayah yang nyenyak di buai mimpi di tilam itu.
'Maafkan Adfa ayah... Adfa nak kan kebebasan... Adfa nak juga tampung semua kos adik beradik yang lain bersekolah... Adfa janji Adfa akan kirim duit kepada ayah' aku cium dahi ayah. Aku menampal kertas di almari rumah itu.
Aku terus keluar dari rumah itu.
4.00 pagi
Aku berjalan sendirian di bandar besar Kuala Lumpur itu. Suasana di bandar itu tidak sunyi ia seolah-olah waktu malam yang tak pernah lenyap akan hiburan itu.
Aku duduk di pondok bas yang tersedia ada. Sedang aku menunggu seseorang telah menarik tubuhku dan membawanya masuk ke dalam kereta.
"Kau! Nak bawak aku kemana hah?! " aku cuba membuka pintu kereta itu malang pintu itu sudah dikunci terlebih dahulu.
Mereka membawa aku pergi ke suatu tempat yang gadis benci.
Tempat untuk GRO
Aku sudah menangis teresak-esak di dalam kereta itu.
Kini aku sudah tahu akan nasib ku sekarang ini...
Aku akan jadi pelacur di sini.
Terus lelaki itu menarik tubuhku keluar dari kereta.
"Boss ini gadis banyak cantik! " lelaki itu menolak kasar tubuhku pergi ke arah lelaki yang digelar boss itu.
"Bagus kau suruh dia tukar baju nanti aku promot siapa nak dengan dia" lelaki itu terus beredar dari situ.
Mereka membawa aku pergi ke sebuah bilik yang kecil.(siapa biasa tengok drama tahu lah bilik diorng berlakon untuk pelacur macam mana)
Mereka mencampak aku beberapa pakaian yang Agak seksi kepadaku. "Kau pakai sekarang! " terus lelaki itu menutup pintu bilik itu.
Aku duduk di penjuru katil itu.
Kini aku menyesal apa yang aku dah buat sekarang ni....
YOU ARE READING
[EDIT] Mistress || 정부
RandomDisebabkan terdesak mahukan kebebasan Adfa Afeeya terperangkap dalam suatu kegiatan yang melibat maruah dirinya tercalar. Dan disebabkan kebodohannya juga dirinya dijual dan dibeli oleh orang yang dia tak mengenali apatah lagi mengetahui siapa diri...