❀◦ Dendam❀◦

350 20 32
                                    

Chanyeol memerhati gambar yang terbina di sepanjang dewan hotel itu, banyak gambar Adfa dan Nam Joon di sana. Semakin membuak api cemburu di dalam hati, mujurlah majlis perkahwinan itu sudah lama habis kalau tidak mahu sahaja dia menyerang apa ingat perempuan sahaja yang boleh serang wedding orang?, dalam diam dia meneliti gambar Adfa yang memakai pakaian baju kurung kedah itu. Mengapa dia tidak sedar bahawa Adfa ni cantik orangnya?  Mengapa dia bodoh tak balas surat cinta Adfa dulu, kalau tidak pasti Adfa milik dia sekarang ini. Chanyeol berjalan meninggalkan majlis perkahwinan Adfa yang sudah tamat itu. Duduk lama-lama tak guna, nasi dah jadi bubur Adfa dah sah menjadi hak milik kekal Nam Joon.

Panas di hati semakin membuak, tak cukup lagi ke Nam Joon apa yang aku dah buat dulu??, aku ingatkan lepas adik kau mati sebab kau kacau bisnes aku tanda amaran kau sudah mula jauhkan diri dari aku, sekarang ? Kau rampas pula Adfa dari aku. Nam Joon kau tak serik ya?  Kau memang nak kena Nam Joon dulu dah cuba halang adik kau dari bercinta dengan aku, tapi sayang adik kau pergi dulu dari kau. Mana tahu selepas ni kau pula?

°flashback °

"Abang tak izinkan Yuju keluar dengan Chan! " Nam Joon sedaya upaya menarik tangan adiknya Yuju dari keluar rumah itu  . "Abang please!  Chan tak jahat ok!  Yang abang fikir negatif sangat ni kenapa?!  Cuba fikir positif!!! " Yuju menghentak kakinya. Kenapa abangnya susah nak faham akan perasaan sayangnya pada Chanyeol?!

"Adik!  Chan tu tak baik macam adik sangka kanAbang sendiri nampak dia jual dadah masa abang pergi Mexico dulu! Please abang tak nak adik terlibat dengan dadah ni! " Yuju tersenyum sinis ke arah abangnyaOuh sampai ke negara Mexico kau nampak dia ya?  "ArghYuju tak kira Yuju tetap akan keluar bersama Chan!  Cinta kami tiada sesiapa boleh pisahkan! " Tangan Yuju yang sedari tadi digenggam segera di lepaskan. Dia berlari anak keluar dari rumah agam itu.

"Adik!!! " jerit abangnya tidak dia endahkan. Dalam otak dia 1 sahaja, berjumpa dengan Chanyeol. " abang akan patikan Chanyeol jauh dari adik! " Yuju menutup kedua-dua belah telinganya. Nak jauhkan? Langkah mayat aku dulu!

Sampai sahaja di tasik dia mencari kelibat Chanyeol. Ke mana dia pergi? Yuju melihat keadaan di sekeliling nya. Kelibat yang di tunggu tiba jua. Yuju terus memeluk tubuh Chanyeol daei belakang . " i miss you" ucapnya. Lelaki tersebut tersenyum apabila Yuju mengucapkan kata-kata itu. "I miss you too " dia terus mengalihkan tubuhnya menghadap yuju. "Kenapa mata sembam ni? "Tanya Chanyeol. Tangannya tak berhenti-henti melihat wajah Yuju itu.

[EDIT] Mistress || 정부Where stories live. Discover now