Kau dan Aku 1

128 6 1
                                    

KAU DAN AKU.

BAB 1

"Nur Diana Aisyah. Awak dah boleh ikut cikgu ke kelas." Ujar seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan 30 tahun di hadapannya.

" Panggil saya Dee je cikgu." Balas gadis itu. Rambutnya yang diikat gaya ponytail dilepaskan ke belakang.

Cikgu barunya hanya mengangguk.

" So, betul awak ni dari New York?" Tanya cikgu itu lagi.

Dee mengangguk. Betul.

Sebelum cikgu itu menunjukkan kelas barunya, diperhatikan dahulu penampilan anak murid barunya itu. Kuku pakai nail polish hitam, jam spike, beg ada tengkorak ala black metal dan tak bertudung. Dan ini bermakna bahawa dia je pelajar melayu yang tak bertudung dalam kelas tingkatan 5 Alfa.

Cikgu itu menggeleng.

" Jom, cikgu bawa awak ke kelas." Katanya sambil memulakan langkah.

Dee menurut. Tapi dalam hati dia tahu apa makna gelengan cikgu dia tadi.

Bayangkan, tadi masa masuk sekolah pun dia nampak ramai pelajar bertudung. Dan tiba-tiba,  dia boleh pulak tercongok kat sini. Gila tak kena bash, huish. Lagi-lagi kuku pun dah macam tak serupa manusia dah.

"Ah, pedulikan orang Dee." Kata Dee dalam hati.

******

" Hai, nama saya Nur Diana Aisyah dan dari New York. Just call me Dee." Kata Dee sambil menghadap rakan-rakan sekelasnya yang mulut sejak tadi terbuka bila dia masuk ke dalam kelas.

Macam tak pernah tengok orang la diorang ni.

" Ok, bagus. Awak boleh duduk tepi budak lelaki yang pakai baju biru tu." Ujar cikgu sambil menunjukkan ke arah tempat duduk di tepi pengawas lelaki yang dikatakannya tadi.

Dee angguk kecil dan menuju ke tempat duduk. Masa dia tengah jalan, ada lagi budak yang tengok dia macam model tengah cat walk. Ceh, boleh jadi famous aku lepas ni kalau hari-hari macam ni.

Sampai di tempat duduk. Dia meletakkan begnya di atas meja dan menoleh ke arah pengawas yang ditepinya.

Name tag budak lelaki itu dibaca. "QIDEN". Oh, so nama mamat ni Qiden rupanya.

Qiden perasan dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Lalu, ditolehnya ke kanan dan pandangan mereka tertumpu pada satu sama lain.

Dee senyum. Tanda perkenalan.

Namun, lelaki di tepinya itu tidak memberikan sebarang reaksi. Beberapa saat kemudian, dia mula membuka mulut.

" Pakai nail polish tu, sah solat tak?" Tanya Qiden. Selamba dengan muka innocent.

Zapp! Terasa ada anak panah tertusuk di hati Dee. Kurang asam punya mamat!

Rakan-rakan kelas yang lain sudah terbeliak mata. Tak tahu nak tepuk ke nak kesian. Soalan straight forward weh. Selamba badak je dia tanya macam tu.

Dee mula bertukar riak. Tangannya digenggam seperti penumbuk.

" Are you going to judge me based on my looks?" Tanya Dee.
" No. I'm just asking." Ujar Qiden selamba.
" Are you being sarcastic then?" Tanya Dee sekali lagi.
" Nah, no."

Dee mula naik angin. Habis tu yang kau tanya soalan macam tu kenapa sengal?

" Just stop it. I don't want to talk to you anymore." Kata Dee sambil menoleh ke hadapan.

Inilah antara sebab kenapa dia tak nak balik Malaysia. Judgemental is too much in this country. Dia dah cakap dia tak nak balik Malaysia, tapi parents dia paksa jugak sebab tak nak hilang "melayu"nya. Seriously, orang akan judge orang free hair macam dia ni dan cakap bukan-bukan like dia dah terkena culture shock. Weh, aku duduk New York tu sejak kecil lagi nak culture shock bendanya.

"Marah ke?" Tiba-tiba suara ditepinya berbunyi.
" I'm just asking. Mana tahu kau guna yang peel-off punya."

Apa? Peel-off punya? Mamat ni lurus ke bendul ke mengejek ke, memang aku dah tak tahu sekarang ni.

" Tapi selalunya mesti guna nail polish real kan? Takkan la tak tahu." Jawab Dee. Sarkastik.

" Why not? Kadang-kadang kita perlu tanya orang tu sendiri tentang kebenaran sesuatu daripada percaya apa yang kita nampak dengan mata kasar." Jawab Qiden. Lembut.

Dee mula menoleh ke arah Qiden semula. Sekarang kau jadi baik pulak? Apa benda la mamat ni.

" By the way, my name is Qiden." Ujar Qiden.
" The name is Dee." Jawab Dee ringkas.

Rakan-rakan kelas mereka yang lain berasa lega sedikit. Mujur budak baru tu tak mengamuk! Qiden pun mulut tu tolonglah berlapik sikit.

Dia mula menegur rakan semejanya di sebelah dan mula menumpukan perhatian kepada guru di hadapannya. Berharap bahawa dia dan mamat sengal di tepinya tadi tidak akan bertukar bicara lagi untuk masa yang akan datang.

Qiden pula disiku oleh rakan semejanya, Khai atas perbuatannya tadi. Tapi, Qiden hanya selamba. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Namun, mereka berdua tidak akan tahu apa yang ditakdirkan untuk mereka berdua. Dan itu lumrah bagi manusia.

Dan lumrah juga bagi manusia untuk menerima segala takdir yang ditetapkan oleh Nya.

Kau dan AkuWhere stories live. Discover now