BAB 2
AIR nescafe panas dari muk di sisip perlahan sambil matanya membuang pandang ke arah luar restoren, seorang gadis kecil sedang merengek sambil menunjukkan ke arah kedai menjual ais krim di seberang jalan kepada ibunya. Tiba-tiba rindu Ava datang menggamit.
“Mama, Ava nak aiskrim.” Pohonnya kepada Sang Ibu yang sedang leka mengait sesuatu. Terhenti tangan wanita itu lalu wajah dipaling menghadap ke muka comel puterinya.
“Malam-malam macam ni mana ada aiskrim sayang.” Kata wanita itu dalam senyum.
“Ohhh…mama dah lupa ya, bukan ke petang tadi kita buat aiskrim Malaysia sama-sama.” Balas bibir comelnya.
Sekali lagi wanita itu tersenyum, bukan lupa yang petang tadi mereka habiskan masa membuat asikrim Malaysia bersama-sama tetapi dia buat-buat lupa kerana sayangkan anak dara kecilnya ini. Tidak mahu Ava makan terlalu banyak makanan yang manis.
“Jom, mama ambilkan, tapi Ava tak boleh makan banyak-banyak. Sebatang saja ya, dah malam, nanti sejuk dada. Tak elok.” Tambahnya lagi.
Ava hanya mengangguk.
“Malam, Ava nak tidur dengan mama boleh?” Soal anak kecil itu lagi.
Seperti biasa, setiap soalan dari bibir kecilnya pasti akan dihadiahkan dengan seulas senyuman oleh ibu tersayang.
“Boleh sayang.” Tokoknya sehingga membuatkan bibir Ava senyum lebar. Itu saja kenangan yang kuat melekat dalam kepalanya. Memori ketika dia berumur 4 tahun. Kenangan terakhir yang akan terus kuat melekat dalam minda sebelum ibunya itu pergi selama-lamanya.
“Hello! Hello!, apa yang you menungkan sambil tersenyum-senyum ni?” Tiba-tiba ingatannya dicantas oleh jemari Helena yang dipetik-petik di hadapan wajahnya.
Ava tersentak. Jauh dia bawa ingatannya pada arwah ibunya. Meninggal ketika usianya hampir menginjak 5 tahun, usia yang masih terlalu kecil. Sepanjang hidupnya yang lapan tahun itu, dia lebih banyak menghabiskan masa dengan ibunya berbanding daddynya. Malah sejak menginjak dewasa, baru dia faham. Ibunya meninggal kerana sakit. Sakit yang diectuskan oleh kemurungan kerana diabaikan suami yang playboy. Sejak itu dia lebih banyak dibesarkan oleh bibik keluarga. Hidup dalam rumah sendiri, namun tidak ubah seperti tinggal di rumah anak yatim. Segala keperluan tersedia, cumanya tiada kasih sayang pengikat kasih. Hasilnya, jadilah dia, dirinya yang sekarang. Anak gadis seorang dato’ yang tidak terbimbing. Kelihatan liar diluarnya namun rapuh dalamannya.
“Teringatkan Raz?” Telah Helena setelah Ava matikan senyuman.
Ava hanya jeling sekilas pada wajah Helena. Teringatkan Harraz?, Ah…untuk apa dikenangkan lelaki yang tidak pandai menghargai itu!.
“I dengan Raz dah break.” Katanya pendek dan ringkas sambil menyambung sisipan air. Teringat yang berita itu masih belum diberitahu kepada Helena, teman kerja merangkap rakan baiknya. Bekerja dengan bapa sendiri, dia ditugaskan sebagai pembantu peribadi kepada bapanya sendiri, kerjanya tak susah mana kerana biasanya Dato’ Hasni buat kerja sendiri.
Jawatan atas nama sahaja kerana hakikatnya kerja dia tidak susah, tiap-tiap bulan terima gaji macam orang lain. Itulah kelebihan bekerja dengan bapa sendiri. Helena pula merupakan tea lady syarikat. Dua jawatan berbeza namun persahabatan mereka melangkaui semua itu.
“What? Hell no!.” Terkejut Helena.
“Hell yes…”
“Tapi bukan you kata…”
“Dia bakal suami I?” Sambung Ava sebelum sempat Helena habiskan kata-katanya. Memang itu yang dia kata sebelum ini, malah kata-kata keramat itulah yang sering dia sogokkan pada Helena. Konon Harraz lelaki yang terakhir dalam kamus hidupnya. Lelaki yang bakal dinobatkan sebagai suami dan teman sehidup semati. Tetapi itu dahulu, semasa dia percaya Harraz benar-benar lelaki itu, namun nyata Harraz bukanlah lelaki yang dia sangka.
“Habis tu you okey?” Soal Helena teragak-agak. Putus cinta namun sahabatnya ini nampak tenang saja. Macam tak ada apa-apa yang menganggu fikiran pun.
“Okey.” Jawab Ava dalam senyum. Lucu juga dengan nada Helena yang macam takut-takut bertanyakan soalan.
“Betul-betul okey atau pura-pura okey?” Tanya Helena lagi.
Ava tampar tangan Helena yang baru hendak meraih muknya.
“Kalau I frust, dah lama I menangis dalam bilik tau. Ini betul-betul okeyla.”
Helena hanya jeling pada wajah Ava. Betul juga kata Ava, kalau frust, takkanlah boleh keluar dan belanja dia minum pula.
“Dahla, jangan jeling-jeling I. Cepat habiskan minuman you. Lepas ni kita pergi karok pulak.”
Helena angguk saja mengiakan. Pelik campur hairan, orang putus cinta pastinya sedih tapi Ava lain pulak!
“YOU dah putuskan siapa yang bakal ambil alih syarikat kita?” Soal Nirmala pada waktu minum petang mereka.
“Belum?” Jawab Dato Muktasim. Belum putuskan secara rasmi namun hatinya sudah memilih Haydar.
“I takkan setuju kalau you bagi pada Haydar.” Bagai dapat membaca hatinya, Nirmala cepat mencelah.
“Kenapa?”
“Sebab dia bukan anak I, I lebih rela Harraz yang pegang.”
“Harraz dan Haydar, kedua-duanya anak I, I’ll decide who will take over the company.” Jawab Dato’ Muktasim, jelas dan tidak berat sebelah.
Nirmala menarik muka, marah bercapur geram. Memang dia tahu sejak dulu suaminya tidak pernah melebih-melebihkan kasih sayang antara Harraz dan Haydar. Semuanya dilayan sama rata, jika hendak dikatakan suaminya adil sekalipun dia bersetuju namun untuk memberikan jawatan peneraju syarikat kepada Haydar, memang dia tentang habis-habisan. Sampai mati pun dia takkan benarkan anak perampas suaminya mengambil jawatan itu.
“Apapun yang jadi, I takkan setuju kalau you pilih Dar.” Tegasnya sekali lagi dan sekali lagi juga Muktasim mengangkat mata yang sejak tadi fokus pada akhbar.
“Mala, you tahukan I tak suka argue pasal ni? I bukan jenis yang pilih kasih dan I tahu apa yang I buat.” Nirmala bukan tak tahu status syarikat mereka,
“We barely survive Mala, nak harapkan anak kesayangannya you tu, I tak rasa kita boleh hidup macam ni lagi” Sambungnya. Perlahan. Nirmala tak tahu keadaan sebenar syarikat mereka. Hanya tahu yang mereka ada masalah tetapi tak tahu sejauh mana masalah mereka sebenarnya.
Nirmala tahu dan faham namun dia tetap menegaskan perdiriannya. Pertimbangannya sering saja tidak rasional apabila nama Haydar dibangkitkan. Bencinya menggunung, marahnya umpama barah yang sudah menguasai seluruh ruang hatinya.
“Apa istimewanya anak perempuan tu berbanding anak I?” Suara Nirmala sudah naik meninggi menyebabkan Muktasim terperanjat dengan perubahan emosi isterinya yang tiba-tiba itu.
Dato’ Muktasim yang kebosanan terus tutup akhbarnya. Bicara dia dan Nirmala pasti tak akan aman kalau nama Haydar terselit sama. Apa saja perkara tentang Haydar pasti akan mendapat reaksi negatif Nirmala. Sekali fikir, dia kasihan pada nasib Haydar. Dua kali fikir dia kesal kerana berkahwin senyap-senyap dengan ibu Haydar dahulu. Hanya kerana nafsu mudanya, Haydar yang terkena tempias amarah isterinya.
Di sebalik pintu utama, langkah Haydar terhenti seketika, perbalahan ibu tiri dan bapanya menarik perhatian. Itulah yang sering dia dengar apabila topik mengenainya dijadikan bahan perbualan kedua-duanya. Sejak kecil dia sudah masak dengan perkara itu, malah telinganya sudah kebal apabila mendengar komen-komen Nirmala terhadap dirinya.
Enggan melayan perasaan sendiri yang sedikit kecewa, Haydar memberi salam lalu terus masuk. Mengenangkan ibu tirinya dan papanya masih berada dalam ruang itu, dia terus menuju ke ruang tamu lalu duduk.
Baru berkira-kira hendak bersuara, Nirmala sudah bangkit.
“Ingat pesan I…” Kata Nirmala seolah-olah satu amaran kepada Dato’ Muktasim.
“Kenapa dengan makcik?” Soal Haydar, berpura-pura tak tahu apa yang ibu tirinya maksudkan. Makcik, gelaran yang dia dibenarkan guna. Dari gelaran itu saja dia sudah tahu tempatnya di mana dalam hati ibu tirinya itu. Jika diikutkan hatinya, dia tidak hairan sekalipun Nirmala mahu membencinya. Sejak kecil dia hidup begitu, sehingga pada satu tahap, dia sudah tidak hairan lagi dengan apa yang Nirmala buat pada dirinya. Kalau Nirmala hendak membenci, so be it!, itu kata hatinya.
“PMS agaknya.” Jawab Dato’ Muktasim selamba. Dia pun sudah malas berbicara perkara yang sama dengan Haydar sementelah Haydar juga sudah faham sikap dan perangai Nirmala.
“Dari ofis?” Soal Dato’ Muktasim, selalunya Haydar memang rajin menjengah ofis walau hari bercuti.
“Tak, Dar jumpa Najib.” Najib sahabat baiknya. Sama-sama bekerja di ofis bapanya. Najib memegang jawatan supervisor di bahagian Human Resourse.
“Masih jumpa dengan Najib lagi?” Soal Dato’ Muktasim. Dia bukannya apa, kenal sangat dengan perangai liar Najib. Bimbang Haydar terjerat sama. Nanti syarikat entah ke mana, Haydar entah ke mana.
Hendak diharap pada Harraz, anak lelakinya yang satu itu hanya pandai bersosial sahaja. Jika hendak dibandingkan kedua-duanya, dia lebih sukakan cara Haydar. Haydar lebih bertanggungjawab berbanding Harraz. Pada hari cuti begini, Harraz sering saja keluar sehingga lewat malam baru pulang. Enjoy orang muda katanya.
Haydar angguk, dia tahu bapanya tidak berapa berkenan bila dia dan Najib berkawan baik namun Haydar tahu jarak yang harus dia jaga. Dia pandai menjaga diri.
“Raz ada bagitahu dia ke mana?” Soal Dato’ Muktasim lagi.
Haydar hanya geleng, dia dan Harraz mana pernah sebulu. Harraz pun tidak ubah seperti Nirmala, dari kecil dididik oleh Nirmala supaya membencinya.
Dato’ Muktasim mengeluh. Sudah tahu hubungan kedua-duanya tapi manalah tahu Haydar ada ambil berat juga.
“Jangan dia pergi jumpa minah ‘belen’ tu lagi sudah.” Luah Dato’ Muktasim. Dia bukan tidak tahu dengan siapa Harraz berkawan, informen dia ramai. Setiap pergerakan anak-anak bujangnya dia tahu. Dia tidak marah kalau Harraz suka berkawan namun berkawan pun harus pandai mengawal diri, jangan terbuai dengan perempuan sampai lupa tanggungjawabnya di pejabat.
“Minah belen?” Soal Haydar yang tidak faham.
“Anak Dato’ Hasni.”
Haydar angguk, siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Hasni, salah seorang pesaing syarikat bapanya dalam bidang pembinaan. Dia kenal dengan Dato’ Hasni, pemilik Amethyst Sdn Bhd, namun dia belum pernah kenal dengan anak perempuan businessman itu.
“Kenapa panggil dia minah belen?” Lucu pula dia mendengar perkataan belen itu.
“Papa pun tak tahu tapi kecoh di kalangan kawan-kawan Harraz yang panggil dia minah belen.”
“Peliknya dengan perkataan belen tu.”
“Diaorang kata dari perkataan Balance, dah ramai-ramai sebut, jadilah belen agaknya.” Telah Dato’ Muktasim.
“Balance?” Apa pula kaitannya perkataan itu dengan anak gadis Dato’ Hasni?
“Agaknya orang gelar sebab anak Dato’ Hasni tu liar sikit. Mungkin balance tu maknanya saki baki orang. Belen orang kot.” Teka Dato’ Hasni lagi.
Haydar tergelak kuat.
“Bekas orang la maknanya.”
Muktasim angguk. Dia agak-agak saja.
“Macam-macam.” Komen Haydar, dia memang tidak kenal dengan anak Dato’ Hasni, namun banyak kali juga terdengar dari mulut kawan-kawannya tentang teman mesra Harraz itu. Anak gadis yang liar dan bergaul bebas, sejauh mana kebenarannya dia sendiri tidak pasti. Namun jika ramai yang berkata hal yang sama, mungkin saja benar.
“So, papa, dah ada yang berani nak join projek kita?” Soal Haydar mengalih topik. Tempoh hari, bapanya ada menyuarakan kepadanya tentang usaha mencari usahawan yang nak turut serta dalam projek mereka.
Dato’ Muktasim menggeleng.
“Semua pun macam takut nak melabur dalam bisnes kita.” Suaranya perlahan. Bimbang dalam hatinya sudah tidak terungkap lagi.
Haydar menepuk paha bapanya.
“I’ll think of something Pa.” Janji Haydar walau dia sendiri sebenarnya sudah buntu untuk menyelesaikan masalah syarikat.
YOU ARE READING
Kembalikan Merah Cintaku
RandomPROLOG MENYINGA wajahnya tatkala melihat wajah kecil comel di sisi lelaki yang sedang duduk sambil menyilang kaki di hadapannya sekarang. Masih terngiang kata-kata lelaki itu sebentar tadi. Malah kata-kata itulah yang membuatkan marahnya membara wal...