Vrooommm vroomm vrooommm~
Kedengaran bunyi motor yang sangat bising dari luar rumah...
"ahhhhh bunyi ape pulak tu?!" marah Amir.
"hmmm macam biasa laa mir" kata Firdaus yang sudah biasa dengan bunyi motor itu.
"ehhh perempuan tu tak ada kerja lain ke? asyik memekak jee malam-malam ni" sakit hati Amir apabila bunyi motor itu semakin kuat.
"biar laa dia mir, dia ada masalah tu" kata Firdaus untuk menenangkan Amir yang sedang marah.
"hmm nasib baik dia itu perempuan, kalau tak dah lama aku pergi tumbuk muka dia" amarah Amir semakin reda apabila bunyi motor semakin menjauh dari kawasan perumahan mereka.
Di Tasik...
"yooowwww!" jerit Edora kepada kawan-kawannya yang lain.
"woow! ingatkan tak nak datang dah tadi" sapa Diana.
"ehhh mana boleh tak datang! lagi pun aku bosan laa duduk rumah tu. Tak ada benda yang best pon kat rumah tu" kata Edora disambut sorakkan daripada kawan-kawannya.
"ehh Edora, apa pulak bosan duduk rumah. Duduk rumah laaa best...Lagi-lagi bila jiran kau seorang lelaki yang handsome!" kata-kata Diana disambut sorakkan berserta gelak tawa kawan-kawan yang lain.
"ehh kau tak payah nak mengarut kat sini. Dah laaa, jom kita pergi tempat biasa!" arah Edora.
"Jom!!!" sambut kawan-kawan mereka dengan sorakkan.
Di Club Malam...
"yooowww guyss! malam ni kita enjoy sampai puas!" jerit Edora kepada semua kawannya.
"yeaaayyyyyy!!!" sorakkan kawan-kawannya.
Mereka menari bersuka ria sehingga pukul 4 pagi...
"yooww guys! aku kena balik ahhh. Esok aku keje" kata Edora yang hanya menerima anggukan daripada kawan-kawannya.
Di rumah Edora...
Sampai sahaja di rumah, Edora terus masuk ke dalam bilik lalu mencapai kain tualanya lalu menuju ku tandas untuk mandi.
Usai mandi dan bersiap, Edora melelapkan matanya seketika sambil menunggu waktu untuk dia pergi kerja.
Edora tidur di atas sofa di ruang tamu tetapi die tidak baring atas sofa itu malah dia tidur dalam keadaan duduk sahaja. Dia takut jika dia tidak terbangun untuk ke tempat kerja.
Kriiiinnnnggggggg~
Jam loceng Edora berbunyi menandakan waktu untuknya pergi kerja.
"hmmmm malas betul aku nak gi kerja harini" ngomel Edora sambil berusaha untuk bangun.
Edora mencuci muka lalu memakai sedikit bedak di muka dan minyak wangi agar kelihatan segar.
Edora keluar dari rumah sambil memegang kunci kereta ditangannya.
Edora punya kereta mewah tetapi dia jarang membawanya ketika dia keluar bersama kawan-kawannya kerana baginya, motor adalah lebih selesa untuk dia bawa ketika keluar kemana-mana.
"Selamat pagi, Edora!" tegur Aina.
Aina ialah jiran rapat Edora. Aina sering bertanya khabar dan berkongsi makanan dengan Edora. Aina menganngap Edora sebagai kawannya."ohh selamat pagi, Aina" balas Edora dengan senyuman.
"awak okay ke, Edora?" tanya Aina kelihatan risau apabila dia melihat wajah Edora seperti orang tidak cukup tidur.
"saya okay je, kenapa?" tanya Edora pelik.
"awak nampak macam tak cukup tidur je" kata Aina membuatkan Edora melihat wajahnya di dalam cermin.
"ohhhh semalam saya balik lewat sikit. Tu yang tak cukup tidur ni" kata Edora membuatkan riak muka Aina berubah.
"awak pergi kemana semalam? time saya balik, rumah awak gelap jee" tanya Aina kehairanan.
"saya...saya...saya jumpa kawan" jawab Edora gagap.
"ohhh okay" balas Aina ringkas menandakan dia tidak percaya terhadap jawapan Edora.
"hmmm okay lah Aina, saya dah lewat ni. Saya pergi kerja dulu, bye!" kata Edora apabila dia tersedar yang dia benar-benar sudah lewat untuk ke tempat kerja.
"okay, jaga diri baik-baik!" balas Aina dengan senyuman.
Di Tempat Kerja Edora...
"Selamat pagi, Cik Edora" tegur penyambut tetamu.
"Pagi, Ain" balas Edora dengan senyuman.
"Cik Edora sihat tak harini?" tanya Ain iaitu penyambut tetamu di situ.
"Sihat jee. Awak sihat, Ain?" jawab Edora lalu mengajukan soalan sama kepada Ain.
"Sihat, alhamdulillah" balas Ain dengan senyuman.
"ok laa saya masuk ke dalam dulu ye, Ain" kata Edora untuk menamatkan perbualan.
"ok" balas Ain ringkas dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir.
Edora berjalan menuju ke mejanya. Sampai sahaja di meja, Edora ternampak stick note di atas mejanya menyuruhnya pergi ke bilik bos.
Edora dengan perasaan berdebar, berjalan menuju ke bilik bos.
knock knock knock~
Edora mengetuk pintu bilik...
"masuk!" jerit bos Edora.
Edora perlahan-lahan membuka pintu bilik kemudian berjalan masuk.
"Selamat pagi, bos. Bos panggil saya?" tanya Edora tidak sedap hati.
"Ye, sila duduk" arah bos Edora.
Edora duduk...
"Jadi, apa yang awak buat malam tadi?" soalan yang diajukan oleh bosnya membuatkan dia tidak selesa.
"tak ada buat apa, bos" tipu Edora.
"awak pasti?" tanya bosnya lagi tidak puas hati.
"saya hanya keluar bersama kawan-kawan saya, kenapa?" Edora menjawab dengan perasaan sakit hati kerana bosnya mendesak.
"hmmm pergi mana?" tanya bosnya lagi.
"kenapa bos nak tahu?" tanya Edora marah.
"kerana saya nak kepastian" jawab bosnya mengelirukan diri dia.
"kepastian? kepastian apa?" tanya Edora pelik.
"sama ada benar awak yang saya jumpa semalam di club malam" jawapan bosnya membuatkan dia terkejut.
"jum...jum...jumpa sa...saya...di cl...clu...club malam?" tanya Edora gagap kerana dia terkejut dengan jawapan bosnya.
"ye saya. Semalam saya ternampak seorang perempuan, gayanya seperti awak, suaranya sebijik macam suara awak tetapi saya tak nampak wajahnya kerana gelap" kata-kata bosnya cukup membuat jantungnya terhenti sejenak.
"ehhh er mana ada. Saya tak pernah pergi ke club malam lah, bos" balas Edora tipu.
"baiklah kalau benar apa yang awak katakan itu. Tapi ingat Edora, jika saya dapat tahu yang awak pergi ke club malam lagi, saya akan pecat awak." kata-kata bosnya membuatkan dia terkejut.
"ba...ba...bai...baik bos!" balas Edora gagap.
Bersambung...
YOU ARE READING
Kerana Kau
Fanfiction"Jangan jadikan orang lain sebagai penyebab untuk kau melakukan dosa dan semua kesalahan ni, Edora!", kata Aina kepada Edora. "Hanya Allah yang tahu isi hati aku! Kau jangan cakap lebih kalau kau sendiri tak tahu perkara sebenar", marah Edora terhad...