~Fourth Shot~

14 1 0
                                    

Edora masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati selepas menelefon pihak polis.

Edora teringat akan jirannya, Aina lalu menghubunginya setelah memanggilnya berkali-kali di rumahnya.

Berkali-kali juga Edora menghubungi Aina tapi tidak berjawab. Edora berhenti seketika untuk mencari sesuatu yang boleh memberikan petunjuk kepadanya tentang apa yang telah berlaku kepada rumahnya.

Edora terdengar bunyi pinggan jatuh dari arah dapur lalu dia pergi menuju ke arah bunyi itu dengan berhati-hati.

Edora amat terkejut apabila dia ternampak wajah kawan baiknya, Adira berlumuran darah. Edora pantas menuju ke arah kawan baiknya itu untuk membantunya.

"kau kenapa? macam mana boleh jadi macam ni? and macam mana kau boleh ada kat rumah aku?" tanya Edora bertubi-tubi.

"aku mintak maaf...tolong pergi dri sini sekarang! ada orang nak bunuh kau! tolong! pergi! sekarang!" jerit Adira meminta Edora agar meninggalkan tempat itu.

Amir terdengar suara perempuan meminta tolong dari dalam rumah Edora lalu dia pergi untuk melihat apa yang berlaku.

Edora berlari keluar dari rumah setelah mendengar penjelasan Adira.

Edora terlanggar Amir sehingga mereka hampir jatuh tetapi sempat Amir bertahan.

Amir melihat wajah Edora, pucat.

"awak okay ke tak ni?" tanya Amir.

"sa..sa..say..saya ok..okay" balas Edora tergagap-gagap.

Amir membawa Edora ke rumahnya.

"duduk laa dulu...nanti saya bawakkan air" jemput Amir.

"ok..okay" balas Edora gagap.

Amir berasa hairan terhadap tingkah laku jirannya itu. Amir mengambil kain tuala dan baju untuk Edora pakai kerana dia tahu bahawa Edora baru pulang ke rumah dan tidak sempat untuk tukar pakaian.

"nahh baju dan tuala...guna lah untuk awak mandi...nanti lepas mandi...kita makan...ok?!" beritahu Amir kepada Edora.

"terima kasih tapi saya rasa tak pe kot...saya tak nak mandi lagi" balas Edora menolak.

"ehh awak belum mandikan...tak pe...mandi jee...awak boleh guna bilik tetamu...dalam tu cukup lengkap segalanya..and jangan risau..saya tak akan apa-apakan awak" jawab Amir dengan senyuman.

"hmmm ok" balas Edora akur.

Edora masuk ke dalam bilik tetamu lalu mengunci pintu bilik itu.

Edora mandi secepat yang mungkin kerana dia tidak mahu polis sampai ke rumahnya tanpa dia ada di sana.

Setelah Edora siap mandi dan memakai baju yang Amir beri kepadanya, Edora keluar dari bilik itu dengan rambut yang agak basah membuatkan Amir melihatnya tanpa berkelip mata.

"saya nak balik rumah jap" beritahu Edora kepada Amir yang masih tidak berkelip matanya.

Amir tidak memberi respond kepada ayat Edora sehingga Edora perlu melambaikan tangan beberapa kali dihadapan Amir.

"ohhh yea kenapa? awak cakap apa tadi?" tanya Amir apabila dia tersedar dari lamunannya.

"hahaha tak saya cakap saya nak balik rumah saya jap...sebab kat rumah saya tu ada sesuatu yang berlaku tapi saya dah call polis and polis tak sampai lagi ni" jawab Edora dengan senyuman.

"ohh ok tapi biar saya teman awak, okay?" tanya Amir.

"hmmm okay!" balas Edora.

Mereka berjalan menuju ke rumah Edora bersama-sama.

Sampai sahaja mereka di hadapan rumah Edora, polis pun sampai di situ.

Edora menceritakan segala-galanya kepada pihak polis lalu pihak polis masuk ke dalam untuk melihat keadaan rumah itu dan membawa mangsa yang Edora ceritakan itu ke hospital.

"Cik Edora, buat masa ni lebih Cik Edora tinggal bersama ahli keluarga cik Edora yang lain...kerana saya rasa rumah cik Edora tidak selamat buat masa ini" arah seorang pegawai polis.

Amir terkejut kerana pegawai polis itu mengetahui nama Edora walaupun Edora tidak memperkenalkan diri.

"errmmm tapi saya takde ahli keluarga yang lain...semua tinggal jauh dari sini...and saya tak rapat dengan diorang" balas Edora kepada pegawai polis itu.

"hmmm kalau macam tu...errkkk ni siapa?" tanya pegawai polis itu sambil memandang ke arah Amir.

"ouh ini jiran saya, Amir" jawab Edora.

Amir memandang pegawai polis itu dengan senyuman.

"ouh, kalau macam tu...cik Edora perlu tinggal bersama kawan-kawan cik Edora...saya rasa ianya lebih selamat jika cik Edora tinggal bersama mereka...dan cik Edora jangan risau tentang rumah ini...kami akan pantau rumah ini dan cik Edora sekali" kata pegawai polis itu memberi cadangan.

"baiklah kalau macam tu...tapi saya perlu masuk untuk amik baju dan segala kelengkapan saya dekat dalam rumah" Edora berkata kepada pegawai polis.

Pegawai polis itu mengarahkan dua orang bawahannya untuk mengikuti Edora masuk ke dalam bersama Amir.

Usai Edora mengambil segala kelengkapannya dan meletakkannya di dalam beg galas, Edora menutup dan mengunci pintu biliknya tapi belum sempat dia berbuat demikian pintu bilinya tidak boleh ditutup.

Pintu bilik Edora tersekat seperti ada sesuatu yang tidak kena di belakang pintu biliknya ketika dia mahu menutup pintu bilik itu.

Edora meminta beberapa orang polis yang mengekorinya itu untuk memeriksa apa yang ada di belakang pintu biliknya.

Polis itu terkejut kerana di belakang pintu bilik itu terdapat sekeping nota dan tali gantung yang mengikat pintu bilik itu agar tidak boleh ditutup.

"Ada sekeping nota di belakang pintu ini, cik Edora" kata seorang polis kepada Edora.

"ha? nota? nota apa pulak? cer amik nota tu" tanya Edora bertubi-tubi dengan riak wajah yang pelik.

"tak boleh amik...pihak kami perlu mengambil gambar dahulu dan melaporkannya kepada pegawai atasan...barulah nota ini boleh dicabut, cik Edora" kata polis itu kepada Edora.

"ok...kalau macam tu...encik buatlah apa yang patut...saya tunggu di bawah jee" kata Edora akur dengan arahan pihak polis.

Edora dan beberapa orang polis itu turun ke bawah. Edora diarah agar tunggu di dalam kereta polis manakala pihak polis yang lain menyiasat tentang nota dan tali gantung yang ada di belakang pintu bilik Edora.

Edora di tinggalkan bersama Amir dan 3 orang pegawai polis yang lain.


Bersambung...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 15, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kerana KauWhere stories live. Discover now