2

8 1 0
                                    

Syazwani menapak masuk ke dalam sekolah dengan gembiranya. Setelah sebulan di hospital, inilah pertama kali dia ke sekolah. Tidak sabar ingin berjumpa dengan kawan kawan. "Wani! " jerit Adilah. Syazwani segera menoleh apabila mendengar suara itu. "Adilah! " mereka saling berpelukan. "Rindunya kat kau. " pelukan dilepaskan. "Aku pun... Dahlah. Jom masuk kelas. " mereka berdua berjalan menuju ke kelas bersama sama.

"We Wani, kau tau tak, budak hot masuk sekolah kita. Sama kelas dengan kita! " kata Adilah separuh menjerit. "Budak hot? Siapa? " dahi Syazwani berkerut. "Idola kau weh... Aril! " kata kata Adilah itu membuatkan Syazwani terkejut. "Aril?! " soal Syazwani gembira. Adilah menganggukkan kepalanya. "Sama kelas? " sekali lagi kepala Adilah mengangguk. Syazwani tersenyum gembira. Tak sangka, Aril yang melawatnya tempoh hati, kini satu sekolah dengannya. Adilah kelihatan selamba selepas itu. Riak muka risau turut dipamerkan. Seperti ada masalah yang disimpan.

Syazwani dan Adilah menapak masuk ke dalam kelas perlahan lahan. Semua terkejut melihat Syazwani lalu mengerumuninya. "We... Aku windu kau doh... "
"Aku pun rindu kau. "
"Rindu kau sesangat. "
Kata kata rindu diucap mereka.

"Pahal dorang ni? Rindu rindu? Siapa budak perempuan tu? " soal Aril separuh berbisik. "Tu Syazwani. Dia dah lama tak datang sekolah sebab sakit. Dah lama dia terperap dekat Hospital Laut Biru. Tak jauh dari sekolah ni. " Hafiz, yang terdengar bisilan Aril sebentar tadi, terus menerangkan tentang Syazwani. 'Hospital Laut biru? Tu tempat aku buat kerja amal minggu lepas.' bisik hati Aril."Speacial sangat ke dia sampai semua orang dalam kelas ni rindu dia sesangat? " tanya Aril. "Gila kau tak speacial? Dialah orang paling baik dan CANTIK dalam kelas ni. " jawab Hafiz sambil tersenyum.
"Oooo... " Aril faham.

Syazwani bergerak ke tempatnya lalu duduk. Syazwani melihat sekeliling. Seseorang dicari. Pandangannya berhenti kepada seseorang yang sedang melihatnya juga dengan riak terkejut. "Kau? " soal Aril. 'Dia pandang aku ke? ' Syazwani mula berasa tidak senang duduk. Semua murid memandang Aril kemudian Syazwani. Aril mengalihkan pandangannya. "Kau? " sekali lagi soalan itu keluar dari mulutnya.

"Aril kenal kau ke? " Adilah hairan dengan Aril yang berkata 'Kau? ' kepada Syazwani sebentar tadi. "Dia melawat aku masa kat hospital. Tak sangak pulak, dia cam muka aku. " jawab Syazwani. Adilah menganggukkan kepalanya tanda faham. Syazwani menjadi tidak senang duduk apabila terlihat Aril mendekatinya.

"Kau yang aku lawat minggu lepas kan? " tanya Aril. "Haah. " jawab Syazwani ringkas. "Aku ingat, masatu kau lagi muda dari aku. Aku ingat lagi aku panggil kau 'adik' sebab kau nampak kecik je. " terang Aril. Senyuman mula terukir pada bibir Syazwani.

Pelajar lain sudah tersenyum melihat Aril dan Syazwani. Tetapi bukan Zulaikha. Zulaikha geram melihat Aril rapat dengan Syazwani. "I have to do something. " kata Zulaikha tidak terlalu kuat. Zulaikha dan Aril ialah sepupu. Ibu mereka adik beradik. Mereka rapat sejak kecil. Zulaikha memendam perasaan terhadap Aril.

Zulaikha berjalan ke arah Aril yang sedang makan bersama rakan rakannya di kantin dengan muka risau. Rancangnnya bermula. "Aril! " jerit Zulaikha. "Kenapa? " soal Aril risau. "Syazwani! D.. Dia tampar I. " Zulaikha menunjukkan pipinya yang merah. Hafiz membuat muka menyampah. "Kau jangan percaya sangat dengan minah ni weh.. Dia gila sikit. " Hafiz menjeling Zulaikha. "Biar Zulaikha jelaskan dulu Hafiz. " kata Aril lalu memandang Zulaikha. "Dia tampar I sebab dia nampak kita rapat. Dia kata you idola dia. So, dia tak suka kita rapat. I cuba explain dekat dia, tapi, dia terus tampar I. " kata Zulaikha lalu mengalirkan air mata palsu. "Memang nak kena ni. " sungguh Aril membela Zulaikha. "Bro, dia tipulah. Aku tahu sangat perangai Betina sorang ni. " Hafiz menjeling Zulaikha sekali lagi. "Kalau tak betul, kenapa dia nangis? Dan kau jangan sekali kali panggil dia betina. " kata Aril lalu beredar mencari Syazwani. "Kau jangan harap aku nak cakap dengan kau lagi! Cepat sangat terpedaya! Bodoh! " jerit Hafiz kepada Aril. Aril tidak mengendahkannya lalu terus mencari Suazwani. Zulaikha menyembunyika senyuman kemenangannya.

"Hahaha! " Syazwani dan Adilah sedang bergelak tawa.

Buk!

Aril menumbuk meja tempat Syazwani dan Adilah makan. Syazwani terkejut lalu memandang Aril yang sedang membuat muka bengis. "Kenapa kau tampar Zulaikha?! " tanya Aril. Semua peljar di kantin fokus memandang Aril yang sedang marah. "Tampar? M... Mana ada. " jawab Syazwani sedikit gagap. "We, kau tak yah nak tipulah! Dasar talam dua muka! Kau jangan sentuh Zulaikha lagi." kata Aril lalu beredar selepas menumbuk meja buat kali kedua. Air mata jatuh berguguran. Siapa yang sebar fitnah ni? Zulaikha tersenyum gembira melihat tragedi itu berlaku.

Mana Jodoh Aku?Where stories live. Discover now