Akanku lukiskan egomu yang setinggi gunung itu
Di atas kanvas berlatar bersih tanpa secalit khilaf
Sebuah gunung tinggi tanpa hujung
yang akhirnya nanti aku juga bakal berhentiBerhenti dari terus melukis
kerana seakannya tangan aku sahaja yang kotor
Cukuplah,
Aku sudah penat melukis untukmu yang tidak mahu untuk sama-sama mendaki