BAB 16

1.6K 96 20
                                    

Jeremi merengus garang. Terketar-ketar dia menahan marah sebaik sahaja dilaporkan yang Angelica tidak kelihatan di mana-mana. Menurut Math ada beberapa pelajar nampak Angelica pengsan dan dibawa lari oleh dua orang lelaki ke kawasan hutan belakang sekolah. Math dan Loren sudah pun mencari di hutan namun kelibat Angelica masih tidak ditemui.
"Macam mana sekarang?" Soal Gage Lee.
"Carilah!" Tengking Jeremi. Hatinya tidak tenang.
"Kita dah cari merata tapi Angelica tetap tak ada!" Sampuk Walter. Malah dia baru sahaja balik dari rumah Angelica. Math mengigit bibir.
"Aku rasa aku tahu mana nak cari.." Kata Math.
"Mana?" Soal Jeremi.
"Council.."
"Kenapa council culik dia?" Soal Joshua Lee pula.
"Josh, ingat lagi tak masa kita pergi rumah Angel beberapa hari yang lalu? That wolf pack with Chopper. They are council guard. We need to go home. Chopper know something.. " Jeremi mengarahkan mereka masuk ke kereta masing-masing. Kemudian dia memecut laju.
"Chopper!"
Panggil Jeremi. Chopper berlari dari dalam. Ekornya dikibarkan ke kiri dan kanan. Sebaik sahaja kelibat Angelica tidak kelihatan, dia menyalak kuat. Merengus ke arah Jeremi dan yang lain.
"Chopper, calm down!" Kata Gage Lee.
"Chopper, what did the council want from you masa kami bawa kau dan Angel balik sini haritu?" Soal Jeremi.
Chopper menyalak seolah-olah menjawab pertanyaan lelaki itu. Jeremi dan rakan-rakannya berpaling sesama sendiri.
"Maknanya council tahu tentang hubungan Carlos dan Angel. Tapi council tak tahu power Angel kan?" Soal Jeremi. Chopper mengangguk.
"We need to rescue her. Chopper, Angel kena culik!" Beritahu Jeremi. Chopper merengus lagi.
"I know that i'm suppose to take care of her tapi tadi kami tak sengaja terpisah!" Sahut Jeremi.
"We need to go now! " Kata Math. Mereka bertukar menjadi serigala dan berlari meredah hutan belantara bersama Chopper.
Setelah dua jam berlari, mereka berhenti di satu sudut hutan sebaik sahaja ternampak sebuah bangunan tua berpagar tinggi tidak jauh dihadapan, mereka menjelma menjadi manusia semula. Chopper menyembunyikan diri dibelakang sebatang pokok besar begitu juga Jeremi, Gage Lee, Joshua Lee, Math, Loren dan Walter.
"I'm going in.. You guys wait here. Kalau aku tak balik dalam dua jam, get out of here!" Arah Jeremi.
"Are you sure?"
"Yeah. Chopper, follow me!" Arah Jeremi. Mereka berlari anak ke pagar belakang. Jeremi mengintai dari celah pagar. Beberapa orang pengawal berdiri kaku disitu. Dia memberi signal pada Chopper. Bagai mengerti Chopper berlari ke pagar hadapan dan menyalak sekuat hatinya. Pengawal-pengawal tadi berlari ke pagar hadapan. Jeremi mengambil peluang itu untuk menyusup masuk. Dia menguak pintu dapur. Beberapa orang perempuan sedang menyediakan juadah. Mereka seolah-olah tidak memperdulikan kehadiran lelaki itu.
"Kesian perempuan tadi kena kurung di penjara bawah tanah.." Kata seorang wanita separuh abad yang sibuk mencuci sebakul buah-buahan.
"Saya rasa dia tu manusia biasa. Kalau spesies kita, lain aura nya.." Seorang lagi mencelah.
"Ya, betul tu. Kata pengawal-pengawal lain, bau dia lain. Tak pernah orang hidu sebelum ni. Kalau manusia tak wangi macam tu kan?" Wanita yang lebih muda pula menyampuk.
"Entah. Aku tak pernah keluar jumpa manusia.." Kata seorang lagi. Jeremi menghampiri mereka.
"Boleh saya tahu penjara tu kat mana?" Soal Jeremi. Keempat mereka berpaling padanya. Hairan.
"Awak siapa?"
"Saya pengawal baru. Tadi ada orang suruh saya tengok-tengok kan tawanan.." Bohong Jeremi.
"Kat bawah tanah. Belok kiri ada pintu ke bawah, masuk je. Saya pun nak ke bawah kejap lagi hantar makanan.." Kata wanita yang berbadan gempal itu. Jeremi mengangguk.
"Okay. Kalau macam tu saya pergi dulu.." Jeremi berlalu ke arah yang dimaksudkan. Dia nampak pintu ke lorong bawah tanah. Perlahan-lahan anak tangga yang gelap itu dia telusuri. Sampai sahaja dibawah dia memandang ke sekeliling. Ruang bawah tanah yang lembab ini hanya disinari cahaya samar-samar.
"Who are you?" Kata suara menegur dibelakangnya. Jeremi berpaling sebelum menumbuk perut lelaki itu. Leher lelaki berpakaian seragam bewarna coklat itu dia pulas dan tarik ke sudut tersembunyi. Pakaian lelaki itu dia tanggalkan sebelum dia kenakan pada diri sendiri.
Dia mencari di satu persatu bilik penjara itu namun kelibat Angelica masih tidak kelihatan. Sehinggalah ke bilik paling hujung.
"Angel?" Dia nampak Angelica sedang lena. Pandangannya terhenti pada seorang lelaki berambut panjang dan bermisai tebal disebelah Angelica.
"What have you done to her?" Soal Jeremi marah. Pintu besi itu dia tumbuk! Lelaki itu mendongak.
"Uncle Carlos?" Soal Jeremi lagi. Mana mungkin dia lupa pada wajah itu. Lelaki itu mengangguk. Jeremi mengeluarkan segugus kunci dari poket seluar seragam tadi sebelum mencubanya satu persatu.
"Berhenti!" Arah satu suara di belakangnya. Jeremi berpaling. Pengawal itu melayangkan penumbuk ke arahnya diikuti beberapa pengawal lain. Jeremi sempat mengelak. Akhirnya berlaku pergelutan antara mereka.
"Jeremi faster!" Arah Carlos dari dalam.
"Can't you see i'm a little busy here?" Marah Jeremi yang sibuk mempertahankan diri. Mahu bertukar pun susah, ruangan ini terlalu sempit.
Carlos membangunkan Angelica sebelum melangkah ke pintu besi tadi. Tangannya dihulur bagi menarik gugusan kunci tadi sebelum cuba membuka dari dalam.
"Jeremi?" Soal Angelica tidak percaya. Sempat Jeremi menayangkan simbol 'peace' dengan dua jarinya dinaikkan. Angelica menggeleng.
"Carlos watch out!" Jerit Angelica sebaik sahaja seorang pengawal mahu menarik tangan Carlos yang masih berusaha membuka pintu.
Roff! Grrr!
Chopper muncul entah dari mana mengigit lengan pengawal itu. Akhirnya beberapa pengawal tadi tumbang satu persatu. Jeremi menarik nafas kepenatan. Dia membuka pintu besi itu dengan kunci terakhir.
"Thanks!" Carlos menepuk bahu Jeremi. Dia menarik lengan Angelica ke belakang. Mereka berempat keluar perlahan-lahan. Chopper berjalan di hadapan diikuti oleh Carlos dan Angelica. Jeremi pula di belakang. Dengan penuh berhati-hati mereka berlari keluar. Tidak lama kemudian beberapa orang pengawal berlari mengejar mereka dari belakang.
"Jeremi, bawa Angel keluar!" Arah Carlos. Jeremi mengangguk sebelum Angelica diangkat dan diletakkan atas bahunya. Angelica menjerit memanggil Carlos.
"No! Carlos, please!" Tangis Angelica.
"He will be fine Angel!" Kata Jeremi. Tidak lama kemudian seekor serigala bewarna hitam besar keluar dari pagar dan berlari menyusuri mereka. Angelica menjerit kuat.
"Run faster.. " Arah Angelica. Jeremi memberhentikan langkahnya sebelum bertukar menjadi serigala putih. Tanpa banyak soal, Angelica naik dibelakang lelaki itu. Jeremi berlari laju mengikuti langkah Chopper. Jeremi berhenti sebaik sahaja ternampak kelibat rakan-rakannya yang sudah pun bertukar menjadi serigala.
"Jeremi, cepat.. Serigala hitam tu muncul lagi!" Angelica mengoncang badan Jeremi. Lelaki itu dan rakan-rakannya menyambung larian sebaik sahaja terhidu sesuatu. Angelica meniarap di belakang lelaki itu dan berpegang kuat. Beberapa ekor serigala bewarna coklat muncul mengekori belakang mereka.
Math, Loren, Gage Lee, Walter, Joshua Lee dan Chopper berhenti berlari sebaik sahaja beberapa ekor sergala bewarna coklat mengepung mereka dari depan. Jeremi tidak ada pilihan lain selain berhenti. Mereka merengus sesama sendiri. Kawanan serigala berwarna coklat itu makin maju mengelilingi mereka. Sayup-sayup kedengaran bunyi salakan panjang seperti anjing yang menyalak bulan kemudian disambung pula oleh serigala lainnya. Angelica mengosok lengannya sedikit seram. Chopper turut meniru bunyi yang sama. Jeremi bertukar menjadi manusia semula.
"Angel, don't worry. We're gonna be fine.. " Jeremi menenangkan Angelica. Tidak lama kemudian berpuluh-puluh ekor serigala bewarna hitam muncul dari hutan tebal itu mengelilingi mereka. Angelica mengenggam tangan Jeremi ketakutan. Serigala berwarna coklat tadi berundur beberapa langkah sebelum memecut laju meninggalkan mereka.
"Phew! That was close.. " Kata Jeremi. Angelica menjarakkan dirinya sebaik sahaja serigala hitam besar yang dilihatnya tadi menghampiri nya perlahan-lahan. Sebaik sahaja ternampak parut di dahi serigala itu Angelica menekup mulutnya.
"Carlos?" Soal Angelica. Jadi yang dia takut sangat tadi rupanya Carlos? Carlos menjilat tangan Angelica. Gadis itu membelai kepala serigala tadi sebelum memeluknya erat.
"Angel, serigala hitam ni semua adalah pack Carlos.. Blackfox clan!" Bisik Jeremi. Angelica memandang sekeliling. Ya, semua serigala itu bewarna hitam. Teruja dia seketika. Carlos berubah menjadi manusia semula.
"We need to go somewhere safe.. " Kata Carlos. Jeremi mengangguk.
"Korang semua boleh bersurai. I will call you if i need help.." Carlos memandang semua anak buahnya. Satu persatu mereka bersurai.
"Follow me.. " Ajak Carlos sebelum bertukar menjadi serigala semula diikuti oleh Jeremi. Angelica naik ke atas belakang Carlos. Mereka berlari laju meninggalkan kawasan hutan itu sebelum masuk ke kawasan berpadang luas bertembok lebar.

DI BAWAH NAUNGAN ALPHAWhere stories live. Discover now