BAB 2

1.3K 76 0
                                    

T-shirt berwarna putih dan sehelai hoodie hitam dia capai. Kasut converse di rak berdekatan turut diambil. Rambutnya dibiarkan mengurai. Angelica mengenakan hoodie lalu melangkah menuju kereta. Dia bersiul kecil memanggil Chopper. Anjing itu keluar sambil mengheret beg sekolah Angelica mengunakan mulutnya. Angelica ketawa kerana dia lupa pada beg sekolahnya sendiri. Kadang dia hairan juga dengan fungsi otak anjingnya yang boleh dikategorikan sebagai bijak daripadanya. Dia mengambil begnya. Pintu kereta dibuka. Chopper melompat masuk.

"Chopper tunggu kat tempat biasa okay? Jangan dekat sangat dengan pagar tau?" Pesannya sambil menghidupkan enjin kereta. Dia tahu Chopper memahami setiap kata-kata darinya. Anjing bewarna coklat dan berbulu lebat itu menyahut dengan salakan. Matanya bercahaya memancarkan sinar keterujaan. Begitulah Chopper setiap kali mereka bersama.

"Chopper, kau rasa makhluk hitam tu akan muncul lagi tak?" Soal Angelica sambil meneruskan pemanduan. Dia takut makhluk hitam seperti tempoh hari muncul lagi. Sudah seminggu peristiwa itu berlalu namun Angelica masih berwaspada. Takut seandainya kejadian yang tidak diduga terjadi lagi. Ingatannya pada peristiwa itu masih segar. Pada hari kejadian, dia berlari ke hutan mengekori Chopper sebelum terdengar jeritan seseorang. Sebaik sahaja dia menghampiri, perempuan itu sudah tidak sedarkan diri dan tidak jauh darinya makhluk hitam itu terapung. Pengalaman itu sangat menakutkan.

Dia memakir Muscle cars camaro 1970's peninggalan Carlos di sudut paling hujung. Enjin kereta bewarna kuning hitam itu masih kuat walaupun agak lama dan badannya sudah berkarat.

"I'll see you later boy.." Angelica mencium hidung Chopper sambil mengosok bulu anjing itu dengan senyuman.

Roff! Roff!

Sahut Chopper seolah-olah bersetuju. Angelica ketawa lalu memusingkan badannya mahu melangkah masuk kedalam pagar namun belum sempat, dia sudah terlanggar seseorang. Terkejut dia sebaik sahaja melihat wajah yang dia langgar.

"Sorry.. I'm sorry!" Berkali-kali Angelica meminta maaf sebelum cepat berlalu dari situ. Dia melangkah ke lockernya dan mengeluarkan buku biologist dan History. Nafasnya ditarik panjang. Pergelangan tangannya disentuh. Setahu dia, lelaki itu sempat menyentuh kulitnya tetapi kenapa dia tidak rasa apa-apa seperti mana orang lain menyentuhnya? Aneh.

Tangan lelaki itu hangat. Begitu juga haba dari tubuh lelaki itu. Angelica binggung namun perasaan itu cepat-cepat dia tepis. Dia melangkah ke kelas biologi sebelum professor Albert masuk.
Keadaan kelas seperti biasa. Riuh rendah dengan suara pelajar. Angelica melangkah ke tempat duduknya di tepi tingkap. Dari jauh dia dapat melihat Chopper sedang berkeliaran disebelah keretanya. Dia senyum. Pandangan matanya kembali tertumpu ke dalam kelas. Bagai terhenti jantungnya apabila dia perasan sepasang mata juga asyik memandangnya. Angelica tunduk. Takkanlah lelaki itu masih marah padanya tentang kejadian tadi? Dia kan sudah meminta maaf. Lagipun dia tidak sengaja terlanggar lelaki tersebut. Siapa suruh jalan berdekatan dengan dia.

"Remi, kau dengar tak?" Panggil Gage Lee kepada lelaki bernama Jeremi Lorenzo itu. Pandangannya dialihkan dari gadis yang disudut hujung. Terganggu semua fikirannya.

"Apa?" Soal Jeremi.

"Jumpa di rumah aku lepas sekolah. Mak dan bapak aku dah bising kau lama tak datang melawat diorang.." Ulang Gage Lee.

"Ya, aku tahu.."

Angelica berpura-pura membelek bukunya seolah-olah tidak mendengar perbualan kedua lelaki itu. Siapa tidak kenal mereka di sekolah ini? Ada enam orang kesemuanya. Mereka bagaikan berlian yang bersinar memandangkan semua pelajar perempuan di sekolah ini tergila-gilakan mereka. Ketua mereka sudah semestinya lelaki yang dia langgar tadi. Jeremi Lorenzo, ketua pasukan bola sepak dan diikuti oleh Walters Winter, ketua pasukan hoki di sekolah mereka kemudian Math Jonathan yang juga merupakan ahli pasukan hoki serta Loren Lambart ketua kelas muzik yang hebat dan si kembar bergaya Gage Lee dan Joshua Lee yang sembilan puluh peratus seiiras itu juga merupakan ahli pasukan bola sepak. Kerana itu mereka menjadi kegilaan ramai. Selain memiliki bentuk badan yang menawan mereka juga luar biasa kacaknya. Mereka berenam selalu bersama walau dimana sahaja kecuali jika ada aktiviti kokurikulum di sekolah.

Sebut pasal keenam lelaki itu, seperti dirinya identiti keenam individu itu juga sering menjadi tanda tanya semua pelajar. Dari mana asal mereka dan tinggal di mana? Siapa keluarga mereka? Tiada siapa yang tahu. Dia tahu mengenai perkara ini pun ketika, Tessa dan Sunni si mulut becok yang duduk di belakang mejanya bergosip. Kedua gadis itu memang gemar menjadikan Jeremi dan gengnya sebagai topik utama memandangkan hari-hari subjek dari topik itu tetap hot.

"Psst.. Kau tahu tak semalam Floria buat confession dekat Jeremi!" Suara itu berbisik di belakangnya.

"Confess pasal apa?" Suara disebelah pula menyampuk.

"Dia nak jadi teman wanita Jeremi, tapi Jeremi tolak macam tu saja. Jeremi cakap dia tidak ada perasaan pada Floria.." Sunni juga berbisik namun bisikan keduanya sangat jelas di telinga Angelica.

"Padan muka dia. Dia tak layak dapat Jeremi tu. Bencinya, semua lelaki yang handsome dia nak sapu. Dia pikir dia cantik sangat? Mentang-mentang dia anak pengerusi sekolah ini.." Tessa kedengaran mencebik.

"Hello class. Sorry saya lambat sikit, tadi ada meeting.." Professor Albert masuk bersama beberapa buku di tangannya. Semua murid berdiri mengucapkan selamat kepadanya. Tidak lama kemudian, pengerusi sekolah, Encik Hilton melangkah masuk bersama seorang wanita berkulit pucat. Professor Albert kelihatan bercakap sebentar bersama pengerusi.

"Selamat siang semuanya. Saya nak memperkenalkan tenaga pengajar yang baru, Puan Julia. Beliau akan mengajar subjek Chronological history. Saya harap anda semua beri kerjasama yang baik kepada Puan Julia.." Kata Encik Hilton. Murid-murid lelaki kelihatan bersorak. Maklumlah, Puan Julia nampak cantik persis anak dara. Bibirnya merah, warna kulitnya pucat dan putih. Berbeza. Rambutnya yang perang disanggul tinggi. Bentuk badannya yang hanya dibaluti dress mini paras lutut menampakkan dia sangat menjaga kesihatan. Murid-murid lelaki berbisik sesama sendiri. Mungkin mereka teruja ada tenaga pengajar yang cantik luar biasa seperti Puan Julia. Memang ramai lagi guru wanita yang cantik tetapi aura Puan Julia sangat luar biasa.

Hanya kumpulan Jeremi sahaja yang diam dan berpandangan sesama sendiri seolah-olah tidak tertarik dengan kedatangan wanita itu.

"Baiklah. Saya akan mula mengajar anda semua mulai esok. Saya harap anda semua bersedia.." Kata Puan Julia sebelum melangkah keluar bersama pengerusi sekolah. Pandangan mata Angelica sempat bertemu dengan professor baru itu. Puan Julia turut melemparkan senyuman padanya. Anak mata Puan Julia yang berwarna biru pekat itu seakan-akan mencair kepada warna kelabu. Angelica memejam matanya seketika sebelum mengeleng kepala. Bagaimana mata seseorang boleh berubah warna? Dia berhalusinasi lagi agaknya. Dia menepuk pipinya sendiri.

"Why is she here?" Math kedengaran menyoal Jeremi. Gage Lee dan Joshua Lee juga turut berminat dengan soalan tersebut. Jeremi menarik nafasnya.

"I don't know. She must be up to something.." Jeremi memandang ke sudut dinding. Dia perasan cara Puan Julia memandang Angelica. Ada sesuatu yang menarik perhatian Puan Julia dan dia pasti itu adalah bau dari Angelica. Mana-mana makhluk akan tertarik dengan bau itu. Karena bau itu tidak ada pada sesiapa pun. Pada manusia biasa? Jauh sekali.

DI BAWAH NAUNGAN ALPHAWhere stories live. Discover now