"What?! Pindah?! "
Aku melihat wajah daddy kelihatan tenang.
"Yes, sayang. Kita terpaksa pindah disebabkan mommy di minta berkhidmat kt hospital lain"Kata Tengku Lee Kwang Soon, daddy.
"Tapi daddy....Zahra nanti rindu pada kawan-kawan"Kata Tengku Adira Azzahra Lee.
"Itu Zahra jangan risau. Mommy dan daddy akan bagi Zahra keluar jejalan dengan kawan-kawan"Kata Tengku Raniyah, mommy Zahra.
Mommy Zahra memandang mata anaknya yang bermata biru itu. Hmmm... Ikut mata daddy dia lah. Daddy dia kan orang Korea. Abang Dani pun ikut mata daddy dia. Abang Dani dan Zahra hanya beza 2 tahun sahaja. Zahra 15 tahun. Dani pula 17 tahun.
"Adik, abang faham yang adik akan rindu pada kawan-kawan adik. Abang pun akan rindu pada kawan-kawan abang juga" Kata Tengku Airil Dani Lee, abang Adira.
"Pasal persekolahan Zahra dan abang Dani macam mana, daddy? " Tanyaku.
"Itu Zahra dengan Dani jangan risau. Daddy dah uruskan hal persekolahan kamu berdua" Kata daddy.
"Kalau selepas Zahra pt3 pindah, tak boleh ke? "Tanyaku.
"Tak boleh, sayang. Mommy kena berkhidmat minggu depan" Kata mommy.
"Maksudnya daddy kena berulang alik daripada rumah baru ke office daddy ke? "Tanya abang Dani.
"Ye, Dani. Tapi bukannya jauh pun office daddy tu" Kata daddy.
"Esok kamu berdua akan pergi sekolah baru. Malam ni kita terus pindah ke rumah baru. Barang-barang dah lama hantar kat sana. Tapi kamu berdua jangan risau. Kat rumah baru tu ada banyak bilik. Ada bilik muzik, bilik untuk melukis, bilik panggung wayang, bilik dimana ada banyak permainan, kolam dan macam-macam lagi" Jelas daddy.
Mulut aku dan abang Dani ternganga. Wau... Banyaknya bilik. Ni yang aku suka ni.
Esoknya
Aku dan abang Dani melangkah masuk ke sekolah baru. Aku memandang abang Dani yang sedang mengemaskan rambut perang keputihan sedikit. Rambut ori tu. Rambut aku pun begitu. Aku tak memakai tudung. Aku memakai baju seragam pengawas pusat sumber. Tu pun daddy mohon aku jadi pengawas pusat sumber.
Kami pergi ke pejabat untuk bertemu dengan pengetua sekolah tu. Kemudian aku dan abang Dani di minta untuk ikut guru kelas baru kami. Kami terpaksa berpisah. Sampai sahaja di kelas baru aku, cikgu Kalisya, guru kelas 3 Gamma masuk ke dalam kelas. Ye,itulah kelas baru aku. Aku di minta tunggu di luar.
"Assalamualaikum semua"Ucap cikgu Kalisya.
"Waalaikummusalam, cikgu"Jawab murid-murid kelas 3 Gamma.
"Hari ini kamu semua ada kawan baru. Silakan" Kata cikgu Kalisya sambil memandang ke luar kelas.
Aku faham isyarat dia tu. Aku melangkah masuk ke dalam kelas tu. Semua pelajar kelas 3 Gamma terpegun.
"Sila perkenalkan diri" Arah cikgu Kalisya.
"Assalammualaikum. Saya Tengku Adira Azzahra Lee binti Tengku Lee Kwang Soon. Panggil saya Adira. Saya dari Sunway International High School. Saya harap awak semua boleh berkawan dengan saya" Kataku sambil menunduk kepala tanda hormat cara adat Korea.
"Ok. Ada apa soalan ke? "Tanya cikgu Kalisya.
Beberapa pelajar lelaki kelas tu mengangkat tangan kanan masing-masing.
"Mata awak tu memang biru ke?"
"Awak orang apa? "
"Awak warnakan rambut ke? "
YOU ARE READING
Luahan Hati Cik Bermata Biru
RomanceTengku Adira Azzahra Lee anak kacukan Korea-melayu.Mempunyai mata berwarna biru,cantik,pandai dan di minati ramai kawan sekolahnya.Adira menyukai seorang ketua pengawas sekolah,Tengku Haris Luthfi.Adira pernah meluahkan perasaannya kepada Haris. Har...