Aku dan Alya menuju ke tangga untuk naik ke kelas. Kelihatan 2 orang pengawas tadi tengah jaga blok tu. Aku dan Alya duduk tunggu di anak tangga. Sedang aku bersembang dengan Alya, tetiba ada seseorang mencuit pipiku.
"Baby buat apa kat sini?" Kata orang tu.
Tanpa di pelawa, gerangan tu duduk di sebelahku.
"Tengah tunggu waktu rehat habis" Kataku.
"Adik tak makan ke? " Tanya Tengku Airil Dani Lee.
"Tadi Zahra dah makan. Abang Dani dah makan ke?" Kataku.
"Dah" Jawab abang Dani.
"Oit Airil! " Panggil seseorang.
"Apa?! " Jawab abang Dani.
"Mentang-mentang kau dah jumpa awek, kau tinggalkan aku ye" Kata kawan abang Dani.
"Dia bukan awek aku lah. Dia adik aku" Kata abang Dani.
"Oh yeke. Hai saya Ikmal" Kata Ikmal.
"Hai. Saya Tengku Adira Azzahra Lee. Panggil Adira" Balasku.
"Adik kau ni anak kacukan juga eh" Kata Ikmal.
"Of course lah. Aku kacukan, mestilah adik aku kacukan sekali" Kata abang Dani.
"Oh ya, Zahra. How about your first day? Ada tak orang cakap yang adik pakai contact lens and warnakan rambut? " Tanya abang Dani.
Aku mengangguk.
"Ada... Pengawas tu" Kataku sambil menunjukkan ke arah Haris yang sedang memerhati kami daripada jauh.
"Biasa lah tu. Mana lah diaorang pernah tengok orang kacukan Korea-melayu kat sini" Kata abang Dani.
"Ok lah, dik. Abang pergi dulu ye" Kata abang Dani dan berlalu pergi.
"Bye, Adira" Kata Ikmal dan berlalu pergi.
Aku hanya senyum.
"Oh ye, Dira. Lepas rehat kita ada perjumpaan pengawas pusat sumber kat library " Kata Alya.
"Oh yeke. Jom lah gi library " Kataku.
Skip
Semasa perjumpaan pengawas pusat sumber. Aku dan Alya mengambil tempat paling hadapan sekali. Kat library ada perjumpaan pengawas sekolah juga tapi mereka di meja yang lain. Sepanjang perjumpaan tu, mata Zaid dan Haris tak terlepas memandangku.
"Ok... Ada tak yang dah ada cadangan untuk ketua pengawas pusat sumber?" Tanya cikgu Halimah.
Seorang pelajar mengangkat tangannya.
"Saya cadangkan Izkandar kelas 5 Gamma untuk jadi ketua" Kata pelajar tu.
"Ada cadangan lain?" Tanya cikgu Halimah.
Semua mengelengkan kepala.
"Ada cadangan untuk penolong ketua pengawas pusat sumber?" Tanya Cikgu Halimah.
"Saya cadangkan Tengku Adira Azzahra Lee kelas 4 Gamma untuk jadi penolong" Kata Izkandar
"Ok baiklah" Kata cikgu Halimah.
Skip
Selepas tu, aku dan Alya balik ke kelas. Baru selangkah, ada seseorang memanggilku.
"Adira" Panggil seseorang.
Aku memandang orang tu.
"Yes" Kataku.
"Errkk.. Saya nak minta something boleh tak? " Tanya orang tu.
"Apa dia, Zaid?" Tanyaku.
"Erkk.. Nak minta nombor telefon boleh? "Tanya Zaid.
Aku menoleh sekilas ke arah Alya. Alya mengangkat bahunya.
"Mmm... Boleh" Kataku.
Bersinar mata Zaid. Lantas Zaid menghulurkan sekeping kertas dan sebatang pen. Aku mengambilnya dan tulis nombor telefonku. Aku mengembalikan kertas tu. Zaid tersenyum suka.
"Thanks, Dira" Ucap Zaid.
"Welcome. Saya pergi dulu ye, Zaid " Kataku sambil tersenyum manis.
Alya dan Adira pergi ke perpustakaan bersama. Tinggallah Zaid yang tersenyum sendiri dan kawan baiknya.
"Oit Zaid" Sergah Haris.
"Apahal kau terkejutkan aku? " Marah Zaid.
"Aku panggil kau berkali-kali. Kau boleh pula khayalkan si budak Korea bermata biru tu" Kata Haris.
"Asal? Kau cemburu ke? " Kata Zaid.
"Tak ada masa aku nak cemburu" Kata Haris.
"Eleh... Nada kau tu dah menunjukkan yang kau cemburu" Kata Zaid.
"Tak lah" Kata Haris.
"Haris, boleh tak kalau kau kurangkan ego kau tu. Kalau kau dah jatuh cinta dengan Adira tu, cakap je lah. Kurangkan ego kau tu, Ris" Nasihat Zaid.
Haris pergi meninggalkan Zaid yang masih menasihatinya.
"Haris... Haris. Kau memang ego tinggi. Cuba kau kurangkan ego tu. Jangan disebabkan ego kau tu, kau dah sakitkan orang yang kau sayang. Kau jangan sampai Adira tinggalkan kau. Aku tahu kau jatuh cinta pada Adira tapi kau ikutkan ego kau tu. Kau akan menyesal sebab ego kau tu, Ris " Kata Zaid sendirian.
Bersambung......
Sorry kalo x best. Vote dan komen ye. 😉
YOU ARE READING
Luahan Hati Cik Bermata Biru
RomanceTengku Adira Azzahra Lee anak kacukan Korea-melayu.Mempunyai mata berwarna biru,cantik,pandai dan di minati ramai kawan sekolahnya.Adira menyukai seorang ketua pengawas sekolah,Tengku Haris Luthfi.Adira pernah meluahkan perasaannya kepada Haris. Har...