"Makk...bila nak bukak puasa nii..Angah tak tahann..!" Suasana petang hari itu diheningkan oleh Angah iaitu anak bongsu cik Midah dan Pak Daud yang baru belajar puasa meskipun umurnya sudah 10 tahun. Angah atau nama sebenarnya Muhammad Redza seorang yg manja dan paling disayangi cik Midah dan suaminya."Amboi Angah..baru pukoi 2 ptg dah lemah?? Sabaq sat ngah oii..xlama dah..Angah pi solat dulu,," Ujar Cik Midah ketika berada didapur untuk merancang menu berbuka puasa nanti. Angah dengan longlai pun bangun dan berlalu menuruti kata kata maknya itu.Sungguhpun Angah agak nakal,tetapi dia sentiasa taat pada kedua orang tuanya walaupun kadang kadang dia malas. Seusai solat zuhur,Angah membaringkan dirinya diatas katil dan mengiring tepi tingkap. -Hmm..baru sehari puasa,ada lagi 28 hari..nak keluar main mak x bagi..bagi pun dekat dekat je..- dalam bebelan didalam hatinya..tiba tiba angah tertidur sehingga...
******************************* Jam menunjukkan pukul 4:30 petang...dan cik midah masih diambang kerisauan..,,, Ditelefonnya kawan kawan angah untuk mengetahui keberadaanya apabila menyedari Angah tiada diruang tamu mahupun didalam biliknya. "Laa Lehaa oiii,,, hg ad nmpk x anak aku si angah tuu?! Laaa..dia hilang pi mana tak tau tup tup dah xdak kat rumah ni haaa!!! Dah merata aihh aku carii,,Hg cuba tanya anak hg ka kot dia ada main ngn angah ka oi Leha oii......,," mundar mandir cik midah risaukan si angah yang entah dimana keberadaanya itu.
---Bersambung....
"Midah oii..anak aku kata mana ada angah mai rumahh!! Batang hidung pon x nampak dari pagi tadi tu haaa,, ni hg dh telepon ka semua kawan kawan dia tu?" Cik midah pun tidak mengetahui keberadaan si angah. Cik midah berbual bual dan kemudian berhenti berbual lalu mendapatkan suaminya yang baru pulang dari kebunnya. "Abang!!! Abang,abang..!! Ya allah ya rabbi! Haaa,,angah bang..! Angah..dia diaa,,.." digoncangnya badan si pak Daud sehingga topi yang dipakainya pun jatuh. "Haih awak ni midah..pasaipa ni? Kenapa ngan angah..? Cubalah bertenang sikit..pelan pelan cakap..tarik nafas..hembus..tarik..hembus..ok citaa..awat ni??" Cik midah pun memulakan ceritanya sehingga menangis nangis dia beritahu pak daud tentang angah. "Ya allah! Awak ni biar betoi midah?? Dah cari semua tempat ka? Haih..mana pulak dah si angah ni pii!! Nanti apa apa jadi macam mana..hemm..camnila..awak gi siap kaihh,saya nak letak barang² saya dan tukaq baju jap pastu kita gi cari Angah sama sama. Haa cepatt" dengan segera cik midah pergi bersiap dan begitu juga pak daud. Selepas bersiap,tiba tiba pak daud terdengar bunyi sesuatu didalam bilik angah. -eh..macam bunyi kucing main dalam bilik? Tapi..sejak bila aku bela kucing?! Aku pi tgok sat laa..- kata pak daud dan dengan perlahan menghendap ke ruang bilik angah. Sepi. Tiada apa yang mencurigakan, cuma satu saja.." pasaipa katil ni berganjak sampai sni ni??" Pak daud merasakan sesuatu yang tidak kena."Eh abang!! Buat pa kat situu,,?? Jomla cari angah cepatt!" pak daud menyuruh cik midah diam dan mengajaknya lihat sekali ada apa disitu. Cik midah turut hairan dan pelik macam mana katil boleh berganjak padahal tadi masa mencari angah katilnya masih rapi disitu. Selangkah demi selangkah...."Abang..janganla bang..saya takot ni..kang nanti hantu mana ka keluaq haa!!!" xxxxx"Ish awak nii..diamlaa,, bulan mulia ni smua kena ikat! Haa awak nak saya ikat mulut awak tu kaa?? Haa diam,,"
Di sudut katil itu mempunyai ruang sebesar dua kotak oven kecil. Didekatinya sudut itu dan....
**********************
Jam sudah menunjukkan pukul 5:30 petang. Pada masa itu..."Hmm..angah mne sedar angah tido..tiba tiba mak ngan ayah bangunkan angah..kacau je.." Celoteh si angah seusai tidurnya. Rupa rupanya angah tidak hilang tetapi cik midah yang tidak teliti. Walhal si angah tidur terlalu buas sehingga jatuh ditepi sudut katilnya yang betul betul memuatkan tubuh kecilnya itu. Semua yang mengetahui khabar itu mengetawakan cik midah atas sikap kelam kabutnya itu. Nasib baik ada pak daud menyedari keadaan itu,kalau tidak..habis satu kampungnya heboh kehilangan angah.
Bersambung...
YOU ARE READING
Sehari Aidilfitri
Historia CortaMengisahkan seorang kanak kanak lelaki yg taat akan segala suruhan allah dan kedua org tuanya meskipun seorang yg nakal dan masih berusia 10 tahun. Perjalanan kisah ini brmula pada awal ramadhan yang mulia..Angah (nma samarannya) tidak brpeluang unt...