Sudah hampir seminggu Jaemin tidak muncul kan diri di Office aku lagi. Gambar yang hari tu aku buang, kini sudah kembali semua ke kedudukan asal dalam pejabat aku.
Hanya sekadar lakonan untuk membuat Jaemin rasa dibenci terok oleh aku. Dia cuma berani muncul di rumah dan di sekolah je.
Akhir² ni, Minhyuk si musuh seberang office aku pon dah mula berbaik dengan aku. Itu pun kami mula berbaik sejak kejadian aku nak buang semua frame yg ada gambar Jaemin. Hurmm susah jugak aku nak fikir kadang², Bila aku ada 2 Minhyuk di real Life fuhhh amat perit bila 2 Minhyuk Chat aku in one day. Sampai aku tukar nama Contact diorang la..
-Minhyuk office- - Minhyuk Schoolmate-
Tapi aku bersyukur, kedua-dua Minhyuk berguna dalam life aku, bukan macam Jaemin... dah tak ada guna langsung... benci tahu benci?
"Jihyun! Jom Lunch" ajak Minhyuk
"Sorry" balas ku simple
"Eiyyy Common la~ Lunch je pun bukannya ajak dinner" petah si Minhyuk.
Apalah yg si mamat ni nak sebenarnya? Dari tadi asyik paksa aku. Haih penat aku nak hadap muka mamat ni.
"Jom la Jihyun" ajaknya lagi
"Shirreo!~ ada banyak lagi kerja nak buat" tegas ku
Tangan kiri ku dipegang erat serta di tarik. Aku beralih dari meja dan kini berdiri di sebelah Minhyuk.
"Susah betul nak ajak kau makan, budak" Kata Minhyuk tanpa pandang aku serta menggelengkan kepalanya
"Lepas lah!" aku cuba lepaskan tangan aku, malangnya tangan aku makin erat di pegang Minhyuk
"Khajja~" kata Minhyuk sambil tangan kanan nya memegang lengan aku dan tangan kirinya mencapai kot baju aku yang tergantung di kayu gantungan baju.
Aku di paksa berjalan dengan Minhyuk serta di tarik olehnya. Pekerja yang pandang mungkin memikirkan benda yang tak sepatutnya, Tapi bukan aku!
"Yah Lepas lah!" aku cuba menarik tangan aku lagi, Malah Minhyuk masih enggan utk lepaskan lengan aku.
apabila kami masuk sahaja ke dalam Lift, Minhyuk lepaskan pegangannya serta memberi Cot baju aku semula.
●●●
Otak aku ligat memikirkan Jihyun. Kenapa dia perlu sekejam ini dengan aku? Hanya di sebabkan aku tak backup dia haritu, dia buat aku macam sampah sekarang! Aku tidak di layan, senang cakap.. macam aku ni tak wujud! Langsung!
Aku tunggu dia di ruang tamu. Aku nak berterus terang segalanya hari ni. Aku tak mampu lagi nak sorok apa² dari dia. Aku terseksa hanya di sebabkan aku menutup dan menyimpan perasaan dan luahan aku.
kedengaran pintu rumah di buka. Itu menandakan Jihyun sudah pulang. Aku terus berlalu pergi ke arah Pintu untuk menyambut Jihyun.
"Apa kau buat dekat sini?" soal Jihyun
Kelihatan dia penat, yela baru balik office kan
"Aku...ada benda nak cakap.."
"Aku tak de benda nak cakap" kata Jihyun pantas dan terus beredar
"Jihyun listen!" aku menarik Lengan Jihyun. Kini Jihyun berdiri menghadap aku.
"Kenapa kau layan aku macam ni? Kenapa kau buat macam aku ni tak wujud? Kenapa kau tak pandang aku langsung? Kenapa kau dah BERUBAH!?" soal ku
Jihyun masih mendiam kan diri dan tidak pandang aku.
"Hanya di sebab kan aku tak tolong kau masa Birthday aku di rumah Bona, Kau nak layan aku macam aku ni tak wujud? Kau buang aku macam sampah Jihyun!" Luah aku lagi
Kelihatan bibir Jihyun bergetar, mungkin dia tengah tahan marah atau ingin menangis..
"K-Kita membesar bersama Jihyun.. Kalau ada masalah, kita share sama². Kita gembira sama², Kita sedih sama²... semuanya sama². Jaebal Jihyun.. jangan buat aku terseksa lagi.. aku tak kuat nak hadapi semua ni.." kata ku dengan suara yg lemah
●●●
".. Aku tak kuat nak hadapi semua ni.." kata Jaemin
"Heh terseksa?" soal ku dengan nada sinis
"Jaemin-si, Aku lagi terseksa dari kau lah" kata ku
Kau silap JAEMIN!! KAU SILAP !!
"Siapa kisah pasal aku? Siapa kisah aku kena maki hamun? Siapa kisah aku di MAKI HAMUN!!?"
"Aku tak perlukan orang backup aku langsung! Aku sedar aku ni tak ada Eomma, Appa dalam hidup! aku ni hanya anak yatim piatu! Mereka pergi tinggalkan aku sebelum mereka sempat ajar aku cara² nak jaga orang yang aku sayang!" Kata ku seraya air mata ku mengalir membasahi pipi.
Menggigil badan aku di buatnya. Aku cuba kuat kan kaki aku yg hampir sahaja terkulai lemah di hadapan Jaemin itu.
"A-aku takut.. Aku dah tak ada sesiapa dalam Hidup aku.. Semua orang yang aku sayang semuanya dah pergi tinggalkan aku.." kata ku, aku lap air mata
"Aku hanya tunggu untuk ikut Eomma dan Appa, aku tak larat nak hadapi dunia ni seorangan.."
Aku beredar dari Jaemin, aku mendaki tangga
"Aku hanya manusia yang menyusahkan.." kata ku lagi seraya mendaki tangga
●●●
dengar sahaja bunyi pintu bilik Jihyun di tutup, Air mata aku jatuh membasahi pipi.
Aku sakit mendengar kata² Jihyun tadi. Semuanya salah aku.. SEMUA NYA SALAH AKU!! Kalau aku tak kenal Bona, pasti semua ni tak akan berlaku! Pasti sekarang aku bersama Jihyun. Aku tak akan nampak Jihyun semurung ini.
Aku duduk di sofa dan meraup kasar muka aku. Aku menangis semahunya di situ. Aku kesal dengan perbuatan aku! Aku yang ubah Jihyun menjadi dingin. Ni SEMUA SALAH AKU !!
selang beberapa minit, aku mendapat mesej dari eomma supaya pulang ke rumah serta merta. Aku segera pulang ke rumah.
"Waweyo eomma?" soalku apabila melihat family aku berkumpul di ruang tamu
"Terangkan apa yang berlaku pada hari jadi kamu di rumah bona hari tu?.." kata Appa dingin
"Noona kena maki!" kata Jisung
"Diam Jisung!" amarah Appa
Jisung terdiam. Aku mula menggigit bibir akibat terlalu gerun. Macam mana Appa boleh tahu?
Mati lah aku kali ni, rahsia dah terbongkar..
tbc~
YOU ARE READING
Don't Go
Roman d'amour"Shin Ji Hyun!!" - Jaemin "Na Jaemin" - Jihyun mereka berpeluk kegembiraan "Aigoo.." - Pn. Shin "BestFriend Forever" - Pn. Na "Moga mereka kekal selamanya.." - En. Na "Takkan terpisah, walau apa pun terjadi" - En. Shin Apakah yg akan berlaku...